Saturday, April 07, 2007

M44

Seminggu tak bersiaran kat blog ni. Kisahnya aku dan 85 orang sahabat batch 204 berkampung kat Kem Bina Negara Ulu Sepri. Kursus Kepimpinan PTD M44. M44? Yes, M44. Content kursus ni adalah sebagai persediaan nak menaikkan pangkat kami ni ke jawatan yang lebih tinggi. Tu ikut buku program yang ada la. Dan aktiviti2 yang ada bila masuk BTN ni, macam biasa la kan. Ceramah, LDK, Kembara. Dengan jadual yang padat, memang menguji betul jiwa dan raga yang dah lama meninggalkan benda-benda macam ni. And to us, kursus macam ni adalah satu platform untuk reunion semula. Ye la kan, masing2 dah bawak haluan ke sana sini, makanya kat sini la nak buka cerita balik. Cerita kenangan lama kat INTAN, cerita kenangan itu ini.

Sebagaimana sedia maklum, kat BTN ni la kita akan diprovoke oleh fasi2 sekelian tentang perlakuan seharian kita di tempat kerja dan menguji kesetiaan kepada negara dan kerajaan. Fokus kali ini, berkenaan dengan rasuah, dan semangat kerja berpasukan. Dan kali ni, some of us lebih berhati2 dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Biasa la kan, kalau buat pelik2 at the end memang kena bambu la dengan fasi2. Maka dengan sifat berhati-hatian kawan2 tu, selamat la daripada mendengar leteran macam satu masa waktu DPA dulu. Kemuncak segala aktiviti pada aku adalah bila bangun pukul 4 pagi kemudian masuk dalam hutan. Kembara la kononnya. Bersambung sampai la pukul 10.30 pagi. Dengan nak menahan mengantuknya, tuhan saja yang tau. Tamat je kursus, balik umah bawak kereta terhoyong hayang lalok. Mengantuk punya penangan.



Hmm..selesai kursus. Harapan besar JPA supaya kami ni bersedia untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar. Komen aku, kursus ni patutnya ada lagi content2 yang boleh membantu kami ni dalam memegang jawatan yang sedikit tinggi dari sekarang. Tapi, content yang ada tak ubah seperti modul2 BTN yang dah ada sebelum ni. No offense, sekadar cadangan. Apa pun, it was fun to see my friends all over Malaysia (walaupun rata2 yang datang ni dari Putrajaya)
Jumaat, masuk office semula. Jeng jeng jeng....surat dari JPA dah sampai, dan benarlah desas desus selama ni, dapat KUP untuk M44 berkuatkuasa 1 April. Alhamdulillah. Untuk kawan2 sekelian yang dah dapat surat, tahniah diucapkan.
La ni dalam kepala otak dok memikir nasib. Tah mana la depa nak campak aku pulak? Dok BSM lagi ke, transfer pi bahagian lain pulak ka? Sapa tau kan. Tapi semalam dah pegi la jumpa pegawai yang kontrol posting ni. Mintak sangat tak campak aku jauh2. Bukan apa, nak pindah randah ni leceh la. Lagipun, aku baru sangat kat BSM tu. Sabar je la, tunggu je surat dari KKM lak pasal posting ni.
Hmm...esok seminggu lagi aku bawak diri keluar pejabat. Kali ni heret beg ke Kuching untuk kursus ekonomi kesihatan. Wajib ke atas setiap pegawai gred 41 / 44 yang baru masuk KKM. Nak shopping duit takde banyak dah. Tengok je la kot...hahahhaa....
Oh ye, kisah jilat bontot kat posting sebelum ni nampaknya ada jugak respon dari pelbagai pihak kat sekeliling aku. Pesan aku, baca dengan betul, read between lines. Timbul pulak cerita kononnya aku tuduh yang menyampaikan cerita tu batu api. Alahai...tah la tak tau nak cakap apa dah. Kuching...here i come....

5 comments:

Rush Murad said...

Tahniah!!!!!!!!! dah naik pangkat ek??? bila nak belanja i???

shazanateh said...

kim salam la kat org kuching.

bRed said...

nasib baik aku x apply PTD kalau x sure fail ujian kesetiaan kepada kerajaan

Anonymous said...

kalau KUP tak pindah tempat..

Adi Osman said...

bang shidi...

naik KUP je, Kerja Untuk Percuma. Pangkat je naik, tapi gaji menten...


shazanateh

dah selamat balik punnnn


husz...

kau tak setia ke? muahahahahah


anon...

KUP pun pindah...ramai dah kawan2 aku dah kene g ministry lain