Friday, August 03, 2007

I've Been Tagged by TEPAK SIREH

Rasa baru je bulan lepas aku kena tag meme untuk beli van anak yatim by Muzindayanti Retno Dumilah Adipati Handaya Ningrat tu, semalam bila buat hopping ke Tepak Sireh, ada lagi unsur-unsur tagging ni. Anyway, the tag was different. Originated from Nurlea Laurielle, and I suppose benda macam ni menarik. To choose 5 person to bring along together with me to Turkey, kalau diberi peluang.

Istanbul? Such an interesting place to visit. UKM cultural group dah menjejakkan kaki buat show kat sana a few years back. Beijing in 2000, Bali in 2001, and Istanbul in 2002. Teringin nak pergi actually. Since Tepak Sireh dah tag me, I feel so honoured. Sebab ingat jugak dia kat aku yang selalu merengek nak ajak dia cuti sama-sama ni ( I quote him laaaa). The tag rules goes like this:

You've been T A G G E D ! ! ! - "List out 5 people whom you would like to bring along with you to Istanbul, Turkey; where you will spend with them a week- long stay at the luxuriously furnished Grand Sultan Suite at the ever majestic Ciragan Palace Kempinski Hotel. Owh and do tell us why these 5 lucky people deserve to be there with you…" And to that 5 lucky people listed in the entry, CONGRATULATIONS ! ! ! You've just been T A G G E D ! ! !
by Lady Lea Laurielle at http://lealaurielle.blogdrive.com/That 5 lucky person are:

1. TEPAK SIREH - walaupun dia yang tag aku sebelum ni, tapi kalau dibagi peluang memang nak bawak dia, sebab hajat di hati memang nak pegi cuti dengan dia. Well, he seems adventurous. Suka jenjalan sana sini. Makanya memang laaa sesuai nak berjalan-jalan dengan insan-insan yang seperti dia. Lagipun, memang teringin gak nak kidnap dia (mana la tau dapat orang tu spedo I ke kan? I suke je
kalau orang nak spedo) hahahahhaa....jangan marah aaaa Bang Shidi! Ampunnnnnn

2. RED MUMMY - dia pun kena tag dah jugak, tapi tetap aku nak bawak pasal best sembang dengan dia ni. Koman-koman perjalanan ke sana takde la membosankan kalau ada menesia seperti Kak Red yang bodiman ini. Sambil berjalan boleh makan ketupat. Kan kak red kan? Kita buat macam kat DOME KLCC ari tu. Let Tepak and Nurul sembang topik yang kita taktau, then kita buat sembang kita pulak. Hehehehe...

3. BEDAH - ni kawan sekolahku yang amat la rapat. Dia dan laki dia ni dah aku anggap macam adik beradik. Some people panggil aku anak angkat si Bedah ni. Haa..Bedah dan laki dia ni memang kaki jalan. Suka ke sana sini. Bedah..sebab laki kau kan drebar kapal terbang...so kau bawak la laki kau sekali, sah sah la tiket 10% je bayar. Tak pun amek yang free untuk staff tu.

4. DINATRA - budak kecik sorang ni boleh buat kawan untuk dibawa ke sana sini. Senang. Macam Chibi Maruko Chan pun ada. Dah banyak kali ajak dia cuti sama-sama tapi malang seribu kali malang. Boipren dia asek tak kasik ke. Huhuhu....aku bukan nak buat apa pun. Stakat bawak pi jalan je. Wahai Pak Mat Tempe....ketahuilah oleh kami sesungguhnya awekmu ini hanyalah sekadar adik kecik kepadaku.

5. Orang ke 5 ada tapi dia takde blog laa. Kalau aku letak nama dia kat sini pun bukan dia boleh nak balas tag kan? Tapi aku nominate la jugak, Syahir Nasir. PSU(PJ), BSM KKM. Dia ni kaki jalan jugak. Ni dengar-dengar dia nak pi cuti main dengan ikan-ikan kat Pulau.

Aku bukan apa, name listed kat sini yang memang aku rasa selesa kalau nak bawak berjalan-jalan. Nama yang takde kat sini tu jangan la kecik ati ek. Aku bukan tak sayang korang. Hehe....


Hmm...ekceli kan, benda ni mirip aktiviti waktu aku buat PAC sebelum masuk jadi PTD dulu. Dia bagi situasi, pastu kena pilih untuk bawak barang apa yang perlu kalau sesuatu terjadi. Dan...kena nyatakan sebab musabab kenapa barang tu dipilih. It looks the same anyway. Oh ye..untuk Abang Shidi Tepak Sireh, mekaseh sebab tag gue. Rasa macam iklan loreal lak. "Kerana diriku begitu berharga...."

Minggu ni nak balik ESPI...pasai dah lama tak balik! Wowowo balik kampung...wowowo balik kampung...wowowo balik kampung..hati girang.....

Wednesday, August 01, 2007

Breakaway...Tioman Trip (part 2)

(...sambungan)

Mari kita lihat sambungan daripada posting sebelum ni (satu hari 2 posting la pullok....)Ini gambo Anak Tok Bibah dengan Cik Adilah dekat coral area. Depa ni punya la excited dapat snorkeling. Bak kata Anak Tok Bibah, "malam ni dapat la aku tido lena...." Time pegi tu ada la a few boats yang bawak tourists, sama-sama meneroka tempat yang cantik tu. Soon after puas menyelam bermain ikan (it took us about 3 and half hours to complete Tulai snorkeling), time to have lunch! The boatman took us to Salang. Jejak kaki je kat jeti Salang, dah dengar bunyi muzik ala2 disko.View from the cafe...it's all about Salang...siang nampak macam mati sikit. But according to locals, nightlife kat situ happening!
View from Salang Jetty. Jernih. Kalau rajin, bagi la roti kat ikan....untung-untung ikan timbul. "dengarlah wahai bonda kaloiku...." (kat laut ada ikan kaloi ke?)
Hmm..antara resort yang cantik kat Salang. Teringin gak nak dok kat sini. Huhu! Brape la harga agaknye ek? Lepas makan...back into action. Kali ni destinasi ke Monkey Bay. However, sebab ramai sangat orang, dan keadaan air yang keruh (kata boatman laa...tapi aku rasa jernih je....maklum la tak penah tengok laut jernih!)Next destination, Taman Laut. Kat sini ikan-ikan banyak tapi ikan yang boleh kita makan macam ikan kembung, bawal, ikan coral tak berapa nak ada kat sini....aktiviti kat sini, snorkeling, fish feeding, dan boleh jugak buat terjun tiruk dari jeti! Kan aku kata best! Tak caya tengok muka Cik Adilah ni..I'm enjoying it...nak bukak life jacket tu rasa macam dalam sangat. Bukan pasal tak reti berenang, tapi pasal tak kondifen! Watnye kaki cramp macam kat INTAN waktu swimming class dulu tak ke naya? Haru pulak orang nak terjun tarik aku. Konon gambo berbaring dalam air la...sudah montot kene geget dengan ikan coklat yang gigi tajam tu! Huhu...sebab montot sedap kot! Pasal tu kene geget.
Abis sudah aktiviti berendam dalam air, about 4 in the afternoon, kembali ke atas darat. Thank you mr boatman for the lovely bumpy ride! Terhenyak jugak la montot waktu nak pi Tulai tu. Ombak boleh tahan ganas....penat berhibur dengan ikan-ikan, balik je bilik aku pulak tersadai macam ikan paus. Letih....haaa...ni gambar keseluruhan ahli vakasi tioman. Yang tak pakai baju tu tolak tepi laa..tu boatman! Huhu


Day 3

Time to go home. Pagi-pagi ujan turun dengan lebatnya kat Tioman. Huhu...shopping? Takde mende yang menarik pun boleh dibeli. Balik-balik benda yang sama kat lain-lain pulau. And the price...mak ai mahal giler! Mintak diskaun tak kasik. Low season pun nak kekwat ka? 12 noon, time to board the ferry. Another 1 and half hours of joyride. Nasib baik ombak tak kuat ari ni.

Oh ya...for those yang tak tahan mabuk laut, there is another option to get to Tioman. Berjaya Air flies there quite a few times weekly. Nampak kapal terbang landing, macam kat airport Kai Tak, Hong Kong yang dulu. Approach towards the hill, dah macam nak langgar, sharp turn terus masuk runway. Scarry oooo.....price? Mahal gak..untuk budget traveller, baik naik feri laa...hehe! Lepas ni nak pi jalan mana pulak ek? Jeng jeng jeng.....

Lupa, untuk Incik ADO Rompin (Rudyfasha Sanda, ehhh...Incik Rudyfasla Mujid), mekasih sebab mengundang kami ke daerah tuan. Mekasih jugak la buat arrangement dengan Tok Penghulu Tioman. They are very helpful indeed...

Breakaway...Tioman Trip (part 1)

It was such a splendid experience. Marvelous! Well well well, I managed to escape to Tioman with a few friends. 4 of us actually. Sunday till Tuesday. To all readers, weekdays is the most suitable time to go to Tioman. It's not too crowded, free and easy. Tudiaa..cakap omputeh nooo? Hehe..aku berjaya menyelamatkan diri dari hiruk-pikuk pejabat dengan melarikan diri ke Tioman. The journey started on Sunday at Tanjung Gemok. I drove all the way long from Kajang, and it took me about 4 hours using Lebuhraya Pantai Timur, and further down to Rompin.

Day 1

Untuk sapa-sapa yang berminat nak melancong ke Tioman, ada 2 tempat boleh dipilih untuk menaiki feri. Kalau di Tanjung Gemok ni tak banyak frekuensi. Kalau nasib baik 2 kali sehari, kalau nasib tak baik takde feri. Here are some photos taken enroute to the island

Ini la rupa Jeti Tanjung Gemok. Parking banyak, so kalau drive pun takde masalah nak cari parking.My ferry to Tioman. Coral Island 2, can accomodate up to 250 pax. However, waktu aku naik to...it looks like this...
Ado orang? Nan ado...haha...hanya 3 penumpang saje. Makanya suka hati la nak duduk di mana2. Ombak boleh tahan jugak la...melambung! Angin agak kuat. Teroleng-oleng feri tu dilambung ombak.
Muka kekwat pasal perasan dapat conquer bot tuh! Ekceli muka tu menahan pening mabuk kena lambung. Rasakan kau!Perjalanan menaiki feri dari Tanjung Gemuk mengambil masa kurang lebih 1 jam setengah. When I reached Tioman (Tekek precisely), the sun was about to set.
Babura Seaview, this was the place for me to rest. 2 nights were spent here. Rates were quite reasonable, located in front of the beach. Not so far from the jetty, I walked to the resort (ada transport provided tapi drivernye takde waktu aku sampai, makanya menapak laaaa, nasib baik dekat)


Since hari pertama sampai tu dah nak malam, I just checked the place. Walk around, snapped a few pictures, and during night time, makan2 dengan ahli trip yang lain (Ahli trip : Anak Tok Bibah, Adilah, dan Mr Bodyguard). No nightlife kat Tekek. For those yang nak libur-libur, better duduk kat Salang. Haaa...situ penuh dengan foreigners. After dinner, lepak kat pantai la. Diterangi dengan cahaya bulan. Deruan ombak yang tenang. Wowowo....sangat mendamaikan. Lupa kejap masalah2 kat pejabat ni. Dah jauh malam....time to zzzzz...

Day 2

Awal-awal pagi (takde la awal sangat pun), again, berjalan sekitar Tekek, cari bekpes. Nasi dagang yang lazat. Selambak! (musnah laaaa acara mengurangkan makanan). After breakfast, Anak Tok Bibah berjaya mendapatkan bot sewa dengan harga yang berpatutan untuk pergi bermain2 dengan ikan. The boatman came to our chalet and brought us directly to the open sea. 1st destination, Pulau Tulai. With 2 stopovers there, we managed to experienced such a beautiful creature under the water.
Muka ceria Cik Adilah dengan Mr Bodyguard. Skendel ke korang eh? Mesra je, ala2 berbisik je kat atas bot tu! Huhu...
First stop, pantai di Tulai. Cantiknye.....pasir halus sangat2. Dan aktiviti di sini apa lagi, snorkeling laa.
Hepi la kunun tu....haha...Haaa..ahli snorkeling yang sangat gembira. Well, after pantai Tulai, we moved to the other side of the island. Pitstop yang kedua ni dalam sikit. Nak tengok corals bak kata boatman tu. And again, beautiful!Ni kat tempat dalam tu laa...corals kat sini cantik oo...tapi sayang takde water camera. Kalau tak leh amek gambo dalam air. Tapi takpe, ada usaha untuk bagi nampak ikan jugak. Meh kita tengok cmane...Taraaa...tengok ikan-ikan tu dok makan....cantik siot. Kepala aku yang tak brape ada rambut tu abaikan laa ek! Fokus kat ikan-ikan yang ada kat situ....


(....to be continued)