Wednesday, August 01, 2007

Breakaway...Tioman Trip (part 2)

(...sambungan)

Mari kita lihat sambungan daripada posting sebelum ni (satu hari 2 posting la pullok....)Ini gambo Anak Tok Bibah dengan Cik Adilah dekat coral area. Depa ni punya la excited dapat snorkeling. Bak kata Anak Tok Bibah, "malam ni dapat la aku tido lena...." Time pegi tu ada la a few boats yang bawak tourists, sama-sama meneroka tempat yang cantik tu. Soon after puas menyelam bermain ikan (it took us about 3 and half hours to complete Tulai snorkeling), time to have lunch! The boatman took us to Salang. Jejak kaki je kat jeti Salang, dah dengar bunyi muzik ala2 disko.View from the cafe...it's all about Salang...siang nampak macam mati sikit. But according to locals, nightlife kat situ happening!
View from Salang Jetty. Jernih. Kalau rajin, bagi la roti kat ikan....untung-untung ikan timbul. "dengarlah wahai bonda kaloiku...." (kat laut ada ikan kaloi ke?)
Hmm..antara resort yang cantik kat Salang. Teringin gak nak dok kat sini. Huhu! Brape la harga agaknye ek? Lepas makan...back into action. Kali ni destinasi ke Monkey Bay. However, sebab ramai sangat orang, dan keadaan air yang keruh (kata boatman laa...tapi aku rasa jernih je....maklum la tak penah tengok laut jernih!)Next destination, Taman Laut. Kat sini ikan-ikan banyak tapi ikan yang boleh kita makan macam ikan kembung, bawal, ikan coral tak berapa nak ada kat sini....aktiviti kat sini, snorkeling, fish feeding, dan boleh jugak buat terjun tiruk dari jeti! Kan aku kata best! Tak caya tengok muka Cik Adilah ni..I'm enjoying it...nak bukak life jacket tu rasa macam dalam sangat. Bukan pasal tak reti berenang, tapi pasal tak kondifen! Watnye kaki cramp macam kat INTAN waktu swimming class dulu tak ke naya? Haru pulak orang nak terjun tarik aku. Konon gambo berbaring dalam air la...sudah montot kene geget dengan ikan coklat yang gigi tajam tu! Huhu...sebab montot sedap kot! Pasal tu kene geget.
Abis sudah aktiviti berendam dalam air, about 4 in the afternoon, kembali ke atas darat. Thank you mr boatman for the lovely bumpy ride! Terhenyak jugak la montot waktu nak pi Tulai tu. Ombak boleh tahan ganas....penat berhibur dengan ikan-ikan, balik je bilik aku pulak tersadai macam ikan paus. Letih....haaa...ni gambar keseluruhan ahli vakasi tioman. Yang tak pakai baju tu tolak tepi laa..tu boatman! Huhu


Day 3

Time to go home. Pagi-pagi ujan turun dengan lebatnya kat Tioman. Huhu...shopping? Takde mende yang menarik pun boleh dibeli. Balik-balik benda yang sama kat lain-lain pulau. And the price...mak ai mahal giler! Mintak diskaun tak kasik. Low season pun nak kekwat ka? 12 noon, time to board the ferry. Another 1 and half hours of joyride. Nasib baik ombak tak kuat ari ni.

Oh ya...for those yang tak tahan mabuk laut, there is another option to get to Tioman. Berjaya Air flies there quite a few times weekly. Nampak kapal terbang landing, macam kat airport Kai Tak, Hong Kong yang dulu. Approach towards the hill, dah macam nak langgar, sharp turn terus masuk runway. Scarry oooo.....price? Mahal gak..untuk budget traveller, baik naik feri laa...hehe! Lepas ni nak pi jalan mana pulak ek? Jeng jeng jeng.....

Lupa, untuk Incik ADO Rompin (Rudyfasha Sanda, ehhh...Incik Rudyfasla Mujid), mekasih sebab mengundang kami ke daerah tuan. Mekasih jugak la buat arrangement dengan Tok Penghulu Tioman. They are very helpful indeed...

4 comments:

DINATRA said...

bro, jeles giler tengok gambar vacation ko nih! tak aci.... next trip pls count me in ya!

(heheheh... start saving money for next adventure. kalo ko buat kelab pun best bro...)

Adi Osman said...

kelab?

kelab apa tatau? kalau kelab ni suriati elok jadik presiden!

Rush Murad said...

bila lah nak pi jejak ke Tioman laghi ek? 3-4 years ago pi sana pun sorang2.... tapi tenang..... rasanya tak banyak beruabh Tioman ni ek?

Adi Osman said...

bang shidi...

rasenye takde ubah except for jetty tekek, under massive renovation! pastu ada duty free banyak la ni! hehe