Thursday, August 09, 2007

Namaku Khairul Najwa...eh silap silap.....

Nama? Setiap manusia yang lahir tu mesti diberikan nama. Tak kira la bangsa apa pun. Sedangkan yang tak bernama pun diberikan gelaran John / Jane Doe, mesti la ada nama kan! Nama tu diberikan untuk mengenalpasti seseorang itu. Kalau takde nama, bukan orang la maksudnya.

Dalam banyak-banyak isu, why do I choose this topic today? Ada kisah yang terjadi semalam, and somehow somewhat, it hurts my feelings. Sebabnya? Sebab it involves my parents. Kalau setakat aku je aku tak kisah, ni kalau dah kait dengan mak bapak, I assume that particular person kena pegi mintak maaf dengan parents aku yang bertanggungjawab memberikan nama yang sebagaimana aku ada sekarang ni.

Nama aku TARIQ AFFENDI YAHYA BIN OSMAN, dan aku berbangga dengan nama aku walaupun orang kata nama aku tu panjang berjela. Panjang ke? Not that long. I've seen people yang nama lebih panjang dari aku. Just 3 words. Dalam Islam, nama yang diberikan tu adalah satu doa. Dan ibu bapa dituntut untuk memberikan nama-nama yang indah kepada anak-anak yang dilahirkan.

Maksud nama TARIQ AFFENDI YAHYA, setelah aku bukak kitab-kitab nama dan aku gabung jalinkan, dan setelah aku bertanya kepada ibu bapa aku yang memberikan nama yang indah ni kepada aku, maksudnya lebih kurang begini; TARIQ = bintang @ jalan, bergantung kepada ejaan sama ada Tho Alif Ro Qauf, ataupun Tho Ro Yaa Qauf. Dalam konsep nama aku, maksudnya Bintang. AFFENDI = maksudnya payah sikit dicari, tapi more to pembesar sebenarnya. YAHYA = hidup, kehidupan. dan dirangkumkan ketiga-tiga patah perkataan TARIQ AFFENDI YAHYA maka jadilah ia Bintang Kehidupan Seorang Pembesar.

Kisahnya, it happened in a meeting yesterday. While waiting for the chairman to enter the room, we are talking about names, and I asked a few friends about the meaning of their names. Not only Malay, other races are included. Tetibe sedang rancak bincang pasal nama tu, ada pulak insan yang menyampuk;

"Kamu ni mangsa nama-nama moden"

"Kenapa dengan nama moden?"

"Ye la...nama kamu tu panjang berjela...orang-orang moden la suka letak nama macam tu"

"Apa kaitan nama moden dengan nama saya? Tahu tak apa maksud nama saya?"

"Takde la....mak bapak zaman sekarang ni suka letak nama ikut suka....nanti masalahnya dalam kad pengenalan berjela-jela. Kamu kahwin nanti nama anak mesti susah nak tulis dalam surat beranak pasal nama kamu panjang"

Amboi...dah masuk mak bapak pulak, dia tak tau mak bapak aku tu tengok dunia lebih dulu dari dia.

"Jadi apa masalahnya?"

"Takde la...saya tak salahkan kamu sebab tu nama kamu, tapi mak bapak kamu tu yang letakkan nama panjang"

Wah wah wah....sudah melampau bila libatkan mak bapak aku ni. Nak je aku balas, chairman pun dah masuk. Aku stop la kat situ walaupun hati aku ni sikit calar bila orang persoalkan kenapa mak bapak aku bagi nama tu kat aku. Aku diamkan je la, atas tanda hormat pegawai yang lebih senior dan sebab mungkin orang akan katakan isu tu remeh, aku pendamkan jugak la hasrat aku nak melawan balik.

Tapi, terus terang aku tekankan, she has to apologize to my parents. Why? Benda nampak mudah tapi sebab parents aku disalahkan sebab letak nama panjang kat aku, aku anggap benda tu macam memperlekehkan parents aku. Dia tak tau susah payah parents aku pilih nama untuk anak-anak. Seingat aku, siap prepare 2 nama. Satu nama lelaki, satu nama perempuan (ye la kan....dulu2 mana nak scan jantina anak! Makanya prepare la nama supaya senang bila melahirkan anak, terus bagi nama) I've seen my other name (in case i was born as a girl) in my mama's diary. At first aku heran jugak, then aku tanya.

"mama...ni ada 2 nama pasai apa?"

"nama untuk lelaki dan perempuan. kalau lelaki tu la namanya, kalau lahir pompuan, ada la nama jugak untuk dibagi"

So, aku simpulkan. Nama aku TARIQ AFFENDI YAHYA BIN OSMAN, dan aku berbangga dengan nama aku tu. Takdak sapa pun yang berhak nak pertikaikan nama aku tu walaupun dikatakan panjang. Mind your own business. Kau sibuk dok pertikai nama aku panjang ni kau tau ke maksud nama kau tu apa ye wahai Puan ZALEKHA?


11 comments:

Hasbullah Pit said...

Nama anak saya pendek

1. Umar
2. Hamzah

tak moden?

Adi Osman said...

sebol

bukan kira pendek ke panjang ke....
moden ke tidak ke....

kene baca balik apa yang saya maksudkan. renung dan teliti semula!

Rush Murad said...

cuba check nama anak dia..... ntah2 panjang berjela... atau dia tu andartu? speku jek nihh...
kalau dah kat azali (luh mahfuz??) dah tersurat nama kita panjang, maka panjang ler jadinya...kan? tu belum letak 'title' yg memang belum lahir pun dah tersedia... nasib baik nama aku pendek jek.... ek?

vangardx said...

rilek bro..stay tune stay live..buat je mcm biasa

Anonymous said...

Bro. Yahya (bole ek panggil nama nie....nampak molek cam org nyer gak). Gua stuju ngan bro Rush, gue rase cik bedah yg pokpek 2 kena tahu bahwa nama yg di beri oleh org tua kite adalah hak peribadi & x perlu di perlekehkan. Pelik ..ade gak org blaja tinggi tp pemikiran cetek n bodo. Xpe, Bro Yahya nama panjang @ pendek...x penting. Yg penting cara kita membawa nama kita di hadapan org.

Red Mummy said...

hai hai hai

zalekha tu kena jumpa akak merah ko

meh aku settlekan..

Adi Osman said...

bang shidi

dia ni bukan andartu...tapi suka mengepohkan diri. tu la tu...nasib laa dah buang title, kalo tak nama orang mesti lagi panjang. kat depan lagi kat belakang lagi....huhu


vangardz...

memang gue rileks, anyhow when ppl keep playing with ur names..memang rasa tak selesa kan?


t.mizi & k red

memang patut cilikan je orang tu nye molot!

Fauziah said...

dah nama kita cam tu. nak wat camne lagi? syukur sebab ada nama. nama panjang ke pendek tu bukan soal. yang penting nama kita tu ada makna. sedap pe nama awak tu Tariq. cik mek tu je yang saja nak sensasikan. biaq pi la orang camtu. makin dilayan leh bergasak lak jadinya. nama anak akak x panjang n x pendek sangat...sesedap rasa...hehehe yang penting puas fikir camne nak bagi nama kat mereka tu. ckp kat cik mek tu hargailah usaha ibu bapa yg bagi nama kat kita ni. woi bukan 1 jam 2 nak tetapkan nama tu.

DBI said...

rilek fendi..nama dbi panjang..nama anak anak pun panjang..tak de masalh pun..yg penting makna nya bagus..

so khairul najwa tu...nama versi perempuan lah yer....hihihi

gina marna said...

sabaq en. fendi...sy pun selalu gak kene perli sampai dipertikai gak nape la mak ayah sy bg name panjang2...huhu

depa igt buh nama anak mcm beli ikan kat market gamaknyer...anyway..akak x kesahhh

Adi Osman said...

kak poziah...

tu yang saya heran knape la orang dok sebok pertikaikan nama nama orang. lain la kalau nama tu takde maksud, tu boleh gak la nak jadikan isu walaupun tak sesuai jugak sebenarnya.


DBI...

KHAIRUL NAJWA....yes, tu nama versi pompuan, terperasan dalam diary mama dulu.


Gina Marna

nama gina unik...bila baca dalam carta organisasi kat tempat gina kerja dulu...wowowo....