Wednesday, December 05, 2007

Majlis Sentapan PTD bersama SBP Yang Di-Pertuan Agong

Sentapan? Kenapa aku tulis sentapan? Bukan santapan? Yaaaaaa....hanya Johari yang mengenal Maniam. Kisahnya ada jugak yang sentap dengan aku malam tadi gara-gara statement mulut nuraka aku ni. Teeeeeettt....baiklah mari kita tukar topik, takut ada yang saman malu pulak nanti.

Aku mulakan cerita dengan undangan yang diterima dari YBhg Tan Sri KSN untuk majlis makan malam itu. Siapa aku yang melayakkan untuk diundang? Heh....I'm nobody, tapi kementerian diminta untuk menghantar wakil, jadinya aku la wakil kementerian itu. Dari kad undangan yang diterima, tertera Pakaian Lelaki adalah Black Tie. Apakah Black Tie? Hmmm..macam-macam riwayat ada, tapi paling melucukan bila aku ke bridal house di Kajang untuk menyewa pada mulanya. Mengikut kata amoi yang kerja kat kedai tu....

"Sir...black tie aaa? It is tie, in black! You know tie sir? Then u wear coat laaa......so old fashion one sir!"

Sedih laaa hai aku dengar kata-kata yang diberikan oleh pekerja kedai itu.

Black tie, kalau ikut wikipedia mengandungi:

Dan itu la yang aku cari. Dun wori, kalau buat pun boleh claim. Tapi dengan masa yang singkat mampukah aku untuk buat? Lampu di atas kepala mesti menyala mencari idea untuk mendapatkan pakaian itu dengan secepat mungkin. Mujur laaaa ada kawan-kawan yang membantu. Untuk Incik Azral, mekaseh ye! Sama saiz la pulak.....

Well...here it goes...my black tie set! Coat and pants tu pinjam. Cummerbund, bow, pleated shirt, kasut, stokin aku punya sendiri laaa....

Kalau ikutkan hati nak pakai kasut yang sedia ada je. Tapi semalam dalam perjalanan pulang ke rumah (balik awal.....macam laaaa nak set rambut kan?), terngiang-ngiang kata-kata Salim Parlan pasal kasut satu masa dulu....(Tuan Salim, tahniah pasal dah dapat KUP JUSA ekkk)

"Alang-alang nak datang dinner, cuba la dapatkan sepasang kasut baru! Takkan la nak pakai kasut lusuh...buat malu je!"

So aku renung kejap kasut aku pakai keje, nampak dah agak lusuh, makanya singgah sekejap kat ALAMANDA sebelum pulang ke rumah. (Kau pegi ALAMANDA waktu keje? Tak ingat surat orang tu tulis kat KSN ke?). Dan hasil shopping selama 20 minit.....tadaaaaaaaa.....
My new pair of shoes. New Arrival (kalau ikut kat Parkson tu punya sign laa) Bonia. (Kak Red, blog aku pun ada gambo kasut ok.....).

Balik umah siap segala....dan hasilnya......

Gini la lebih kurang gambo berblack-tie. Sendiri pakai aaaa.....untung kalau macam orang kat bawah ni, ada orang pakaikan bow, cummerbund pun orang pakaikan. Tolak seluar dalam je kena pakai sendirik. Kan Jimi kaaaaaaan? Laaaariiikkkkkk..
Pukul 5.30 petang aku bertolak dari rumah ke KLCC, dan sejam kemudian sampai la ke tempat yang dikatakan dalam kad jemputan tu.

Suasana dalam dewan sebelum majlis bermula. Aku naik tumpang bilik urusetia untuk pakai aku punya aksesori. Kalau pakai dari rumah kang kedut lak. Masa berlalu menginjak ke pukul 7.30 malam. Jemputan mula datang. Rata-rata nampaknya JUSA dan Pegawai Kanan yang terlebih dulu menunjukkan muka. Urusetia macam biasa la, ke sana sini berlari untuk memastikan yang terbaik diberikan kepada jemputan.

Dan macam biasa ada sikit laaaaa tergeliat terseliuh. Morale: Kalau ada undangan suruh jawab RSVP, jawab laaa...tak kisah la JUSA ke JUSI ke TKSU ke, dah mintak jawab, jawab. Jangan bila dah sampai kat kaunter pendaftaran untuk semak nama tetiba nama lesap. Sapa nak jawab? Lesson learn.....never take things for granted! If you want to be treated well, treat other people well too....

Sementara menunggu kawan-kawan sampai, mingle dulu la. Sampai la sekumpulan budak botak. Sapa? Yaaa..kadet yang sedang DPA di INTAN. Teringat zaman aku kadet dulu. Majlis-majlis macam ni memang sentiasa kitorang dijemput. Hmmmm....

Some pictures taken during the dinner....(nak amek banyak-banyak tak boleh, this is a formal function, makanya kena behave)

The backdrop....Air fruit punch sementara menunggu majlis bermula. Kembung perut dengan air je dulu. Hiks..yang nampak sipi-sipi sebelah kanan tu roti yang kerasnya macam batu. Kalau baling muka, sah lebam.Menu for the dinner. Macam biasa, namanya panjang berjela tapi bila tengok atas meja, maka keluar la nama-nama biasa seperti ayam masak kicap, coklat KANDOS, ikan 3 rasa dan bermacam-macam lagi nama. Overall, food was so nice!
Hadirin yang hadir, as usual keasabiyyahan batch tu jelas di mana mana. Hiks....kitorang pun dok dekat kawan-kawan batch. Bukan apa, senang nak nyembang. Kalau dengan orang lain payah sikit nak mulakan topik.

Me and my lovely Chibi Maruko Chan, Miss a cup....(dik...kau ingat lagi lesson yang aku ajar kat INTAN dulu?)

Rahah, Karad The Actress, and Diana. (Rahah...muka kau masuk blog aku! Tak hepi ke? Hiks)

Dan tidak dilupakan Incik Kerel dan Puan Syitot. Konon khusyuk menyaksikan amanat Tan Sri KSN. Haaa.. ini laki bini PTD, senang nak datang majlis. At least ada orang kenal laki bini. Takde la macam sorang kawan tu, orang invite dia je, tetap nak bawak spouse! Spouse bukan sekaum M pulak tu. Isk....harus jadi kera yang sumbang.

Suasana majlis...aku rasa more than 1000 pax yang datang. Termasuk 4 bas kadet PTD di INTAN nun.

Sesi makan sopan, tapi dah duduk dengan kawan-kawan sendiri, elemen sopan boleh tolak tepi sikit. Kalau Puan Rahimah INTAN tengok ni sah kena ketuk tangan. Hiks....

Artis yang menghiburkan kami para jemputan. We have Nassier Wahab (Perlu ke aku inform dia ni sedara aku? Hiks.....), Sarah Raisuddin, and Francesca Peters. 3 je..kalau ada Rohana Jalil, Zur Eda, Ayati Tasrip....sah laaa show 80'an. Apa pun...aku suka dengan lagu-lagu yang disampaikan.

Since makan sopan, takde la aku terhegeh-hegeh snap gambar makanan segala. Tapi yang paling menarik hati aku adalah dessert yang disediakan. Sebijik blueberry, sebijik cherry, sesudu puding dan semangkuk kek yang dipenuhi kacang. Sedap.....

Overall, the dinner was great. Sebab short and sharp takde lalut lalut. Untuk urusetia, congrats la ye sebab berjaya menjalankan majlis Santapan Sentapan ini. It is part of experience for me. And I appreciate the opportunity given.....

Tuesday, December 04, 2007

Parliament Duty

Selama ni aku memang mengelak untuk pergi ke parlimen tu. Tapi minggu lepas aku dapat memo, yang diarrowkan kepada aku bertulis, "PSUK(DP), sila hadir". Perghhh....pecah rekod aku selama ni. Kalau tak memang la aku akan taichi kepada orang lain. Since kali ni ada penggulungan rang undang-undang bekalan, makanya terpaksa la aku hadir walaupun aku tak suka. Bukan apa, kerja kat parlimen ni pada aku sangat la membosankan. Duduk, tengok dan catat. Ada permasalahan jawab dengan kadar yang segera.

Bukan kata aku tak pernah terlibat, selama ni memang aku terlibat dengan menjawab soalan-soalan bukan lisan dan soalan bertulis yang dikemukakan oleh ahli parlimen yang berkaitan dengan Sumber Manusia di Kementerian Kesihatan ni. Meeting penyelarasan jawapan parlimen pun aku pergi. Bagi taklimat kat YB SUPAR berkenaan jawapan parlimen. Dalam memo yang dikeluarkan oleh Urusetia Parlimen KKM, tarikh bertugas was on 29th November. So, that date aku pergi. Seharian berkampung kat sana, haram. Tunda ke Isnin yakni semalam.

Dan semalam dengan muka toya aku pergi la buat kali kedua sepanjang perkhidmatan aku. Pagi, takde mende pun. Duduk buang masa, dan petang semalam baru la bermula. Kali ni YB TMK yang membuat penggulungan. Makanya takde la pening nak pikirkan pasal briefing. Selalunya YB TMK boleh cakap sendiri.

Hmm...bermula petang, bertalu-talu soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen. Dari soalan pasal penyakit, soalan pasal kemudahan di fasiliti kesihatan, dan paling penting, most of the MPs tanya kenapa doktor tak cukup dan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah itu. Isk....soalan yang aku rasa sangat laaaaaa tak perlu ditanya. Sebab jawapannya tetap sama. Dari 2 tahun lepas, sampai la ke hari ni, jawapan tetap sama.

Tapi ada jugak soalan yang perlu aku tergedik-gedik menelepon sana sini, sebab bila tak cukup pengisian, teraba aku cari pegawai yang jaga penempatan untuk tengok isi kosong perjawatan yang diperuntukkan. Dan kalau kat klinik, kena tengok turnaround pesakit setiap hari.

Nak dijadikan cerita, soalan dari bahagian lain pun orang rujuk kat aku. Apa kes? Macam aku ni tukang catat! Heh..silap orang la plak untuk mengarah. Dengan muka pro ala-ala bibir bawah bertemu hidung aku tepis. "Eh..ni isu saya ke? Kalau isu saya baik saya yang jadi doktor!" Amek kau...nak sangat!

Tapi tu la kan, skill menjawab pantun waktu sekolah dulu kembali semula. Mana taknya, buatnya satu MP tanya 2-3 soalan pasal HR, dan dengan pegawai urusetia parlimen kementerian yang kelam kabut tu mengarah, rasa la jari-jari aku ni sakit menulis. Nak kasi YB TMK baca, takkan buat tulisan cakar ayam kot? Font sah kena bagi besar supaya senang orang nak baca. Tempat duduk takde, aku decide duduk kat lobi. Dan kat lobi pun kerusi sofa penuh, aku bersila kat meja. Orang memang nampak pelik, tapi aku tak peduli dah, yang penting kerja aku siap.

Hmmm...syukur jugak la sebab dalam kalut-kalut tu (bahagian lain semua pegawai gred 48 ke atas yang datang, mai kat HR, aku yang 44 je yang pegi), aku berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. Ambik feel pesta pantun negeri selangor dulu, chewahhhh....dengan tenang menjawab. Tapi tu laaaa....pas ni aku takmo pegi parlimen lagik. Lewat baliknya. Tak sukaaaaaa.....pukul 8 baru sampai rumah! Huhuhu....



Monday, November 26, 2007

Weekend Escapade to Oil Town


Weekend...orang suka lepak kat rumah, termasuk la aku sebenarnya. Tapi minggu yang baru berlalu ni lain sikit. Managed to squeeze my time and fly somewhere. Kat mana? Tengok plet kereta tu, negeri Kedah kah? Hehehe......dengan berbekalkan enrich points yang tak berapa nak banyak tu, sempat la aku meredeem points yang ada, aku ke Miri, dan langsung membuat lawatan sehari ke Negara yang Sultannya mempunyai 2 isteri. Sultan ada 2 isteri? Berbagi suami kah? Kan Bang Shidi kannnnnn? (sambil tekan butang....teeeeeeeeeeetttt). Mujur 2 isteri, kalau 13 isteri macam King of Swaziland? Hiks...

Perjalanan bermula selepas kerja. Balik rumah, sumbat barang dalam beg. Dan off to airport. Thanks to my hansuari housemate. Flight departed at 2040H, full flight! And I arrived MYY airport approximately at 2300H. Nothing much to do..dah lewat malam sampai. Apa pun mekasih kepada tuan tanah kedaung, Incik Tepak Sireh, dan Incik Chronicle serta Incik Checkered Boxer sebab sudi menjemput aku kat MYY.

This is my first time meeting Dayat and Zoul. And my 3rd time meeting Bang Shidi Tepak. Isk..meleret plak, move to next story.


Saturday (24.11.2007)

Aktiviti ke Brunei bermula. Tapi sebelum tu, sarapan la dulu. Menu? Yaaa, Laksa Sarawak yang sangat lazat. Soon after breakfast, shoot to Brunei. Asal cerita, berempat, kemudian jadi bertiga pasal ada sorang hamba Allah kena ke laut. Kemudian jadi dua, sebab sorang tu tak dapat dihubungi. Tapi lastly, jadi 4 balik sebab yang sorang tu tak jadi ke laut pasal laut bergelora. Yang tak dapat dihubungi tu pun dapat dijejak.

Tour guide merangkap supir untuk perjalanan hari ini, sapa lagi kalau bukan Incik Tepak Sireh. Walaupun mengantuk disebabkan kena bangun awal pagi untuk beberapa hari, still...he managed to drive safely all the way to Brunei. Hati aku ni berkobar-kobar la nak tengok amende la ada kat negara yang kaya dengan minyak itu.

Here are some photos taken on my way to Bandar Seri Begawan, capital city of Brunei Darussalam.Pos imigresen Sungai Tujoh

Masuk ke Negara Brunei...tulisan jawi katanya. Kau reti baca tak?Jalan ke destinasi yang hendak dituju. Dari Miri ke Bandar Seri Begawan jaraknya agak-agak 2 jam perjalanan dengan kelajuan 110KM/J (buat math sendiri..aku malas nak kira).

Soon...sampai la ke Bandar Seri Begawan yang aman damai itu. First impression, aman damai. Macam kat arab daaaa....pasalnya semua tulis jawi. Kedai cina pun tulis jawi! Kat Malaysia? Kau ado? Nan adooooooo....tengok, McD pun tulis Mim Yaa Kaf Dal Wau Nun Dal Sin. Kat sini kalau tulis camtu alamatnya meraba la orang mencari kedai sebab buta jawi! Hiks...

Aku ingatkan bandar yang sesak ala-ala di Malaya ni, rupanya harapanku kachiwa....boleh baring tengah jalannya itu. Destinasi pertama, Gadong Mall. Haaa...untuk makluman kain ela kat Brunei ni memang harganya berpatutan sekali. Mrasa la aku membeli sikit-sikit untuk rang tuaku di kampung. Gadong Mall...macam mana aku nak gambarkan ek? Untuk orang kat Kajang, dia ala-ala plaza Metro Kajang laaa. Indeed, that's the biggest mall in BWN. Huhuhu...nanges...Tapi logik la jugak, sebab rata-rata orang tempatan membeli belah kat tempat lain. Singapore, Kuala Lumpur and even Miri.

Abis beli kain, next is to Bangunan Yayasan....berdekatan dengan Masjid berkubah emas tu...ada la 2-3 pemandangan yang cantik boleh difotokan.
Kampung Ayer....where the inhabitants stay on water. Nak ke sana kena naik bot. Macam kat Pulau Gaya di KK jugak.

Bot untuk ke Kampung Ayer, haaa..boatman tu kekwatnye tuhan saja yang tau. Tak kasik amek gambo melainkan naik bot dia! Celebrity kah? Incik Boatman...patutnya awak perlu rasa bersyukur saya amek gambo awak, pasal saya letak gambo awak ni dalam blog saya! Kan Anep kan?Area Kompleks Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah, berlatar belakangkan masjid berkubah emas yang cantik tu.

Oh ye...kat Yayasan ni, kristal-kristal yang dijual amatlah murah kalau nak dibandingkan di Malaya. Tapi sebab aku bukan pencinta kristal, so aku pandang sebelah mata je la. Lain kalau nak dibandingkan dengan Incik Tepak Sireh. Harus diangkut satu kedai itu kalau terdaya!Ahli rombongan Cik Kiah ke Bandar Seri Begawan. Aku rasa depa ni dah boring mai brunei...tapi sebab aku nak sangat menengoknye, depa pun bawak la aku. Mekasehhhhhhhh...
Hepi la kononnya dapat jejak ke Brunei....well, hajat nak mencari souvenir untuk orang-orang kat sini, tapi serata kedai aku cari key chain yang ada tulis Brunei...haram tak jumpa. Yang ada, Selangor Pewter, harga? Teeeeettttt....tekan butang lagi!

Dah penat berpeleseran kat Bandar Seri Begawan, time to return to Miri. Dah gelap pun time balik tu. Destinasi?

Ke tempat lepak2 yang dipanggil Kiosk dalam Bandaraya Miri tu. Sambil minum...haaa, orang semenanjung yang ke sana mesti pernah jumpa dengan Makcik Kembung Perut menjual ubat. Heh...makcik ni sangat la pushy, paksa orang beli barang2 dia jual tu. Gambo kat atas ni bukanlah gambo Makcik Kembung Perut tu...makcik tu bertudung berbaju kurung. Aku tak sampai hati nak amek gambo dia, sebab aku nak tergelak. Sudah beli produk, tetiba ada konfesi yang sungguh mengejutkan...

"Nama makcik sebenarnya Dayang Siti Nurhaliza..."

Diikuti oleh cerita kisah hidupnya. Siti Nurhaliza? Kau tak pitam dengar?

Kemudian ke Luak, pegi tengok orang bermukun. Kebetulan ada kerja kenduri kat situ, makanya amek la peluang tengok. Dah datang jejauh kan. Selama ni tengok kat TV, kali ni tengok live.

Sikit cerita pasal Mukun, it's a traditional folklore dance. Normally, dipersembahkan waktu ada kerja kenduri. Mula dalam pukul 8 malam, non stop sampai laaa orang yang menyanyi pantun dah habis pantun. Kagum aku tengok makcik-makcik ni bergendang. Non-stop...diulang non-stop.

Dan di depan orang bergendang ni macam ada satu arena untuk orang menari...I'm impressed! Seronok tengok aktiviti berbudaya macam ni. Abis cerita untuk hari Sabtu! Balik rumah Incik Tepak Sireh...zzzzzzzzzzzzzzzzz...penat seh!


Ahad

Hari minggu, aktiviti pertama ke Luak buat kesekian kalinya untuk kenduri. Sampai rumah kenduri, heran jugak la kan, sebab takde meja. Kerusi je bersusun ala-ala hari sukan sekolah. Heh....resam orang kat sebelah sana memang macam tu. In short, it's a great experience to witness a Kedayan wedding ceremony.


Tapi tu laaa....orang lain Ahad cuti, tapi Incik Chronicle ni tetap gak kene meredah lautan pada hari minggu. Konon trip semalam tak jadi tu buat hari Ahad. Kisahnya tetap kena patah balik. Kesian budak ni, penat je mukanya. Maklum laaa...siang malam bekerja membanting tulang. Teeeeeetttttt...(tekan butang lagik). Tapi tetap mampu posing dan memberikan senyuman.

Last but not least, pusing-pusing kat Miri town. Lepak2 kat tepi Pantai kat Piasau Boat Club tu. Haaaa...mrasa la makan umai yang lazat sambil menikmati pemandangan indah di tepi pantai. Best...ombak kuat, boleh buat surfing ala2 kat Bali tuuuu...



Umai yang sangat sedap. Umai tu apa? Ni ala2 raw fish...perah limau. Pastu makan. Sehingga menjilat jari!

Ombak kuat yang sungguh mendamaikan. Tapi tak boleh nak lepak lama2 tepi pantai. Pasal hujan...huhuhu

Hmmm..abis lepak tepi pantai, naik sebelum ke Airport untuk berangkat balik, singgah di Bukit Canada. Menikmati panorama Bandaraya Miri. I bet waktu sunset mesti lagi cantik.

Atas bukit tu la jugak ada The Grand Old Lady. Aku mati-mati ingat selama ni kat tepi pantai. Skali atas bukit daaaa. Haaa...ini tempat minyak dijumpai buat pertama kali kat Miri.

Gigih la pulak menolak....amacam! Penghayatan watak yang sungguh tinggi nilainya. Hahaha...

Soon....lepas selesai melawat Bukit Canada ni, time to go to the airport. Balik la semula ke semenanjung. Sebelum tu, aku nak rakamkan ucapan banyak-banyak terima kasih kepada Incik Tepak Sireh kerana menerima kunjungan muhibah aku ke Miri. Terima kasih jugak kepada Incik Chronicle Dayat, Incik Checkered Boxer Zoul, Incik Luaq Dome Esplanade, Incik Rn8 dan mana-mana yang terlibat sempena kemunculan aku kat Bandaraya Miri itu. Lenkali ada rejeki aku datang lagi. Heh.....