"Kalau takat nak gi Coffee Bean...kat Miri pun ada..."
Anyhow, it was a pleasure to meet all of them. Harapnya pasni leh la jumpa lagi kot! Hehe...bang shidi, pasni kat tempat lain la pulak ek!

Semalam tatkala aku melayari internet lewat waktu tengahari, aku terbaca berita terkini mengenai pembubaran parlimen yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atas perkenan SPB YDPA. Yaaaa...parlimen sudah bubar untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-12. Tarikhnya akan ditentukan sekejap saja lagi.
Bercakap mengenai pilihanraya juga, tatkala tiba pilihanraya juga ramai orang mula sibuk, kempen di sana sini. Parti itu parti ini..masing-masing cuba memancing undi. Yang sudah memihak kepada parti tertentu, sudah tidak menjadi masalah. Yang penting, para pemancing undi akan mula mengorak langkah untuk meraih undi dari para pengundi yang dikatakan atas pagar. Nak kata ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Golongan inilah yang akan menjadi penentu kepada para calon untuk memenangi sesebuah pilihanraya di kawasan-kawasan yang dikatakan 'panas'.
Kali ni, kali kedua aku terlibat sebagai pengundi yang mengundi dalam pilihanraya umum. Siapa yang aku sokong? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. Tak perlu aku nyatakan di sini. Sebagai penjawat awam dari kumpulan pengurusan dan profesional, aku mempunyai tanggungjawab untuk bersikap neutral. Jadi, tiada apa yang perlu aku jelaskan mengenai siapa yang disokong. Kati ka...bulan kaa..(ni kata orang Kedah laa), yang mana jadi pemerintah, sudah pasti akan menjalankan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat!
Teringat satu masa sewaktu di kampus dahulu, ada juga pilihanraya yang diadakan bagi memilih perwakilan pelajar. Macam di luar, di dalam juga ada side merah, dan ada side hijau! Aku, tetap dengan dunia kabaretku, tidak kisah langsung menganai pilihanraya yang dijalankan. Siapa yang aku pilih pun tidak semua yang mengetahui. Cukup aku katakan, kalau nak dijadikan sebagai ketua, biarlah yang terbaik. Tak kira dari mana dia datang, mahukah ketua yang kita pilih tu adalah seorang yang kaki tipu? Mahukah ketua yang kita pilih tu kita tahu bujang, tapi lovebite bertepek di leher? Mahukah ketua yang kita pilih tu kaki pornografi? Bab-bab politik ni aku tak berapa fancy sangat. Aku hanya akan pulang melaksanakan tanggungjawab aku kepada negara. Itu sahaja. The rest, biarlah aku dan Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahui.
Semakan yang dibuat tadi di laman Suruhanjaya Pilihanraya, Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai pemilih yang berdaftar. Tunggu tarikh yang akan diumumkan nanti, akan aku pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Hari ni, usiaku menginjak ke satu angka yang lebih tinggi lagi. Pejam-celik, pejam-celik dah setahun berlalu. Terasa macam baru semalam aku menerima panggilan dari Baba (al-fatihah) mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.
Tahun ni, semua tu tiada....dan aku hampir terlupa yang Baba sudah pergi. Aku ternanti satu panggilan yang saban tahun aku terima. Nampaknya, itu semua tinggal kenangan. Tak pernah aku menyambut hari lahir dengan rasa sebak dan sayu. Sekali lagi, jam 8 pagi tadi air mata tidak dapat aku tahankan. Laju je mengalir. Sampai kena pusing ke belakang...ambik tisu lap. Takkan nak tunjuk kat staf kot! Kalau budak2 boleh la bohong kata masuk habuk! Ni dah nak sama umur dengan aku!Analisis tarikh lahir
1=seorg yg kemas, bersih & bersistematik
2=seorg yg bijak dlm penghujahan
3=seorg yg penyayang & prihatin terhadap keluarga
4=seorg yg sensetif & mudah merajuk
5=seorg yg mudah bergaul
6=seorg yg berjiwa seni
7=seorg yg suker mencuba sesuatu yg baru
8=seorg yg berani melakukan sesuatu
9=seorg yg mempunyai keyakinan yg tinggi
0=seorg yg moody
| A | B | C | D |
| 2 | 2 | 9 | 4 |
| 1+1=2 | 2 kekal krn 1 digit | 1+9+8+0=18 | 2+2+9=13 |
| | | 1+8=9 | 1+3=4 |
A=tingkah laku
B=minda
C=tingkah laku
D=hati3
Secara kesimpulannya,