Tuesday, February 08, 2011

3 Benua, 10 Hari

Walaupun tak dapat bersua muka dengan baba, tapi Fendiosman amat mengharapkan agar baba tenang di sana. Setiap hari Fendiosman panjatkan doa buat baba, dan Fendiosman titipkan bacaan Al-Fatihah untuk roh baba.



Selesai menziarah, barulah boleh buat aktiviti lain. Destinasi pertama sudah semestinya....


Piramid yang sangat terkenal itu. Kalau ke Mesir, kunjungan ke piramid adalah satu kemestian. Ibarat makan nasik tak minum air, macam tu lah boleh disamakan.

"The Great Pyramid of Giza (also called the Pyramid of Khufu and the Pyramid of Cheops) is the oldest and largest of the three pyramids in the Giza Necropolis bordering what is now El Giza, Egypt. It is the oldest of the Seven Wonders of the Ancient World, and the only one to remain largely intact. Egyptologists believe that the pyramid was built as a tomb for fourth dynasty Egyptian Pharaoh Khufu[1] (Cheops in Greek) and constructed over a 14 to 20-year period concluding around 2560 BC. Initially at 146.5 metres (480.6 ft), the Great Pyramid was the tallest man-made structure in the world for over 3,800 years, the longest period of time ever held for such a record. Originally, the Great Pyramid was covered by casing stones that formed a smooth outer surface; what is seen today is the underlying core structure. Some of the casing stones that once covered the structure can still be seen around the base. There have been varying scientific and alternative theories about the Great Pyramid's construction techniques. Most accepted construction hypotheses are based on the idea that it was built by moving huge stones from a quarry and dragging and lifting them into place"

Menjejakkan kaki ke piramid, Fendiosman ternganga sekejap sebab takjub. Bagaimana orang zaman purba dulu boleh membuat binaan seindah begini sebagai tempat pemakaman raja-raja mereka.

Untuk masuk ke piramid, bayaran sebanyak 30 pound dikenakan. Sudah pasti, ada pose wajib mendongak ke langit sebagai signature Fendiosman. Hahahahhahaa!
Dari satu sudut ke satu sudut, memang lama juga masa dihabiskan Fendiosman di piramid. Yang utama, piramid Khufu. Lain-lain piramid yang ada di situ pun diberi nama. Tapi satu kerja lak Fendiosman nak menghafal semua nama. Tak masuk silibus SPM pun.


Nak kata apa lagi? Pictures tell thousands of words. Pose wajib menolak piramid dengan jari.....

Ataupun alien membenam piramid!
Dan, boleh juga melihat sphinx yang dah kehilangan hidung akibat hakisan....(maaflah muka berkerut sebab menahan angin yang kuat serta pancaran matahari yang menusuk mata walaupun suhu sekeliling pada 20 darjah celcius sahaja)

Satu lagi tempat yang menarik untuk berposing adalah di atas bumbung KFC berhampiran exit sphinx. (Nota: gambar ini diambil oleh tukang cuci KFC berusia 13 tahun). Pekerja KFC di situ amat bermurah hati mengoffer bumbungnya untuk dijadikan tempat posing, tapi......bagilah baksish kepada mereka setelah mengambil gambar ye murid-murid!

Menu tengahari di piramid!

Selesai acara di piramid, Fendiosman dibawa pula ke Citadel yang dibina sewaktu zaman Salahuddin Al Ayyubi. Sebuah kota bertujuan sebagai benteng pertahanan.

"The Citadel was fortified by the Ayyubid ruler Salah al-Din (Saladin) between 1176 and 1183 CE, to protect it from the Crusaders.[1] Only a few years after defeating the Fatimid Caliphate, Saladin set out to build a wall that would surround both Cairo and Fustat. Saladin is recorded as saying, "With a wall I will make the two [cities of Cairo and Fustat] into a unique whole, so that one army may defend them both; and I believe it good to encircle them with a single wall from the bank of the Nile to the bank of the Nile."

Binaannya cantik.....ditambah pula dengan modelnya yang gedik!

Memang show la kata orang....

Sangat klasik binaannya!

Fendiosman kagum dengan senibina Islam zaman dulu. Masih utuh dan terpelihara.

Kiranya citadel ni termasuk dalam must-visit place di Kaherah la. Walaupun tak setua piramid, citadel masih ada kisahnya yang tersendiri. Hari pertama, cukuplah dulu dengan tempat-tempat begini. Memandangkan Fendiosman tak mengikut tour group, jadinya agak lewat sikit bergerak. Tapi ada banyak hari, cadang nak pergi tempat lain pada hari yang berikutnya......

to be continued.....

Monday, February 07, 2011

3 Benua, 10 Hari

Mujurlah dalam keadaan mengantuk teramat itu Fendiosman tidak tersembam ke atas bulan mengambang penuh. Pelayaran di sungai nil sampai ke penghujung dan Fendiosman terlelap sejurus sampai di rumah sahabat yang sudi menumpangkan Fendiosman di rumah beliau. Memang berdengkurlah dengan aman....

Di luar negara, perasaan jetlag tu usahlah dikira sangat. Pagi lagi, walaupun tingtong tahap maksima, Fendiosman bangun untuk misi paling utama kunjungan Fendiosman ke Kaherah. Waktu ni Kaherah masih lagi aman walaupun supir Fendiosman bagitau yang dia tak suka Husni Mobarak. Fendiosman ingatkan diorang mogok lite2 macam reformasi Malaysia dulu.....

Abaikan cerita mogok ittewwwww. Fendiosman dibawa merentasi Cairo ringroad untuk ke kawasan Nasr City, berhampiran penempatan pelajar-pelajar Malaysia. Satu je Fendiosman perasan, rumah-rumah kat Kaherah ni memang sepesen je. Dan........satu perkataan yang Fendiosman boleh ungkapkan. Kaherah adalah SANGAT KOTOR. Sampah bertebaran merata-rata, debu-debu bertebaran, penempatan tak teratur, no wonder la rakyatnya mogok!

Perjalanan diteruskan sampailah ke satu kawasan yang sunyi...........
Dan Fendiosman melepasi satu gerbang yang bertulis arab. Tahun 2007 dulu, pernah Fendiosman poskan sesuatu berkenaan tempat ni...

Tempatnya sunyi, syahdu, pilu dan diselubungi kesedihan untuk manusia-manusia yang mengunjunginya! Fendiosman memang menanam azam untuk sampai ke tempat ini. Alhamdulillah, impian Fendiosman tercapai juga akhirnya. Inilah misi utama lawatan Fendiosman......

Di sinilah Allahyarham Osman bin Haji Yahya, baba Fendiosman disemadikan. Baba pergi dengan tiba-tiba sewaktu bercuti di Kaherah bersama-sama dengan mama. Mama pulang keseorangan, dan pemergian baba masih menghantui jiwa Fendiosman sehinggah hari ini.

Ada orang kata, kiriman doa tu boleh disampaikan walau di mana-mana sahaja. Benar, Fendiosman akuinya. Tapi Fendiosman nak melihat sendiri tempatnya. Tempat di mana baba Fendiosman disemadikan sementara menunggu hari kebangkitan. Moga baba bersemadi dengan aman hendakNya.

Kata penjaga pusara, kawasan ini telah penuh dengan jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang disemadikan di sini, dan kawasan pusara baru telah pun dibuka untuk menggantikan kawasan ini.


Kawasan yang ditimbuskan di sini adalah tangga yang menuju ke bilik-bilik persemadian. Kata penjaga pusara lagi, ada 2 bilik untuk jenazah lelaki, dan 1 bilik untuk jenazah wanita. Jenazah disemadikan bersilih ganti, sehinggalah tulang belulang memenuhi ruang bilik persemadian. Walaupun begitu, ada juga jenazah yang tak langsung dimamah tanah, bagaikan baru semalam disemadikan. Subhanallah......

Fendiosman kelu, tidak mampu untuk berkata walau sepatah apabila melihat tempat persemadian baba. Mungkin kerana dapat melihat sendiri dengan mata, dan dapat menjejakkan kaki juga akhirnya ke kawasan tersebut. Entah bilalah lagi nak menziarah. Cukuplah peluang yang diberikan sekali ini, mungkin dapat mengubat sedikit kerinduan yang ada.

Walaupun tak dapat bersua muka dengan baba, tapi Fendiosman amat mengharapkan agar baba tenang di sana. Setiap hari Fendiosman panjatkan doa buat baba, dan Fendiosman titipkan bacaan Al-Fatihah untuk roh baba.
to be continued.....

Tuesday, February 01, 2011

3 Benua, 10 Hari

Kalau dah takde jugak kerja, pandai-pandailah cari port berposing macam Fendiosman!


Setelah hampir 7 jam tersadai di Istanbul, plane untuk ke destinasi berikutnya pun sampai.....

Kali ni Fendiosman naik syarikat ini....

Destinasinya sudah pasti......

Ke sini!

2 jam bersama chicken or beef, dan tray makanan dicampak ke atas meja....ohhhh!

Tibalah Fendiosman ke destinasi yang ditujui setelah hampir 22 jam dalam perjalanan.....

Dengan gediknya Fendiosman berposing sebab keadaan aman dan tenteram sehinggalah beberapa hari yang berikutnya!

Selesai urusan imigrasi......

Fendiosman dibawa ke pejabat teman yang menyediakan penginapan sepanjang kunjungan Fendiosman ke Cairo ini.
Malam pun menjelma, dan Fendiosman dibawa makan malam di Nile Cruise, on the house kata tuan rumah...

Makanannya nampak lazat, tapi memandangkan waktu di Malaysia sudah jam 2 pagi, masih lagi Fendiosman jetlag....

Sambil menikmati makanan,

Para diner disajikan dengan pemandangan yang indah dari Sungai Nil yang sangat terkenal itu!

Di samping nyanyian yang sendu dari penyanyi yang ada! Menambahkan lagi rasa kantuk yang Fendiosman alami.
Ada juga persembahan tarian Darwish yang dikontemporarikan!

Skirt yang beliau pakai boleh terbang sampai atas kepala!

Dengan perasaan yang sangat mengantuk, menu yang dihidangkan pun dikuis-kuis sahaja. Mana taknya, jam biologi Fendiosman menunjukkan pukul 2 pagi tapi tuan rumah suruh makan heavy meal.....

Hampir ke pertengahan pelayaran. Fendiosman dihiburkan dengan persembahan muzik tempatan yang sangat menarik!

Rasa macam tengok channel ART di astro. Bila masuk toksyeh yang ada ni, Fendiosman rasakan ada sesuatu yang bakal berlaku!

Dan benarlah telahan Fendiosman.....

Tarian gelek yang sangat terkenal itu!

Menggiurkan......

Kata tuan rumah, inilah persembahan yang tersohor di seluruh cruising restaurant di Sungai Nil!

Sehinggakan menarik perhatian pengunjung untuk menari sama walaupun ketiak beliau basah. Mujurlah beliau agak hensem untuk dipasangkan dengan penari gelek yang harum semerbak itu!

Bukan setakat 1, tapi 3 tarian yang digelekkan!

Sempat lagi bertukar baju, dan mengekalkan kedudukan bra kecik yang dipakainya ittewwwww. Fendiosman tak tau apakah saiznya, dan apakah beliau membuat implan.....tapi memang bulan mengambanglah! Mungkin teman di MITI yang pernah mendengar kelas Bahasa Inggeris yang Fendiosman anjurkan mengerti apakah erti cup yang penggelek ini gunakan! Opssssssssssssss

Mujurlah dalam keadaan mengantuk teramat itu Fendiosman tidak tersembam ke atas bulan mengambang penuh. Pelayaran di sungai nil sampai ke penghujung dan Fendiosman terlelap sejurus sampai di rumah sahabat yang sudi menumpangkan Fendiosman di rumah beliau. Memang berdengkurlah dengan aman....


to be continued.....