Monday, February 07, 2011

3 Benua, 10 Hari

Mujurlah dalam keadaan mengantuk teramat itu Fendiosman tidak tersembam ke atas bulan mengambang penuh. Pelayaran di sungai nil sampai ke penghujung dan Fendiosman terlelap sejurus sampai di rumah sahabat yang sudi menumpangkan Fendiosman di rumah beliau. Memang berdengkurlah dengan aman....

Di luar negara, perasaan jetlag tu usahlah dikira sangat. Pagi lagi, walaupun tingtong tahap maksima, Fendiosman bangun untuk misi paling utama kunjungan Fendiosman ke Kaherah. Waktu ni Kaherah masih lagi aman walaupun supir Fendiosman bagitau yang dia tak suka Husni Mobarak. Fendiosman ingatkan diorang mogok lite2 macam reformasi Malaysia dulu.....

Abaikan cerita mogok ittewwwww. Fendiosman dibawa merentasi Cairo ringroad untuk ke kawasan Nasr City, berhampiran penempatan pelajar-pelajar Malaysia. Satu je Fendiosman perasan, rumah-rumah kat Kaherah ni memang sepesen je. Dan........satu perkataan yang Fendiosman boleh ungkapkan. Kaherah adalah SANGAT KOTOR. Sampah bertebaran merata-rata, debu-debu bertebaran, penempatan tak teratur, no wonder la rakyatnya mogok!

Perjalanan diteruskan sampailah ke satu kawasan yang sunyi...........
Dan Fendiosman melepasi satu gerbang yang bertulis arab. Tahun 2007 dulu, pernah Fendiosman poskan sesuatu berkenaan tempat ni...

Tempatnya sunyi, syahdu, pilu dan diselubungi kesedihan untuk manusia-manusia yang mengunjunginya! Fendiosman memang menanam azam untuk sampai ke tempat ini. Alhamdulillah, impian Fendiosman tercapai juga akhirnya. Inilah misi utama lawatan Fendiosman......

Di sinilah Allahyarham Osman bin Haji Yahya, baba Fendiosman disemadikan. Baba pergi dengan tiba-tiba sewaktu bercuti di Kaherah bersama-sama dengan mama. Mama pulang keseorangan, dan pemergian baba masih menghantui jiwa Fendiosman sehinggah hari ini.

Ada orang kata, kiriman doa tu boleh disampaikan walau di mana-mana sahaja. Benar, Fendiosman akuinya. Tapi Fendiosman nak melihat sendiri tempatnya. Tempat di mana baba Fendiosman disemadikan sementara menunggu hari kebangkitan. Moga baba bersemadi dengan aman hendakNya.

Kata penjaga pusara, kawasan ini telah penuh dengan jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang disemadikan di sini, dan kawasan pusara baru telah pun dibuka untuk menggantikan kawasan ini.


Kawasan yang ditimbuskan di sini adalah tangga yang menuju ke bilik-bilik persemadian. Kata penjaga pusara lagi, ada 2 bilik untuk jenazah lelaki, dan 1 bilik untuk jenazah wanita. Jenazah disemadikan bersilih ganti, sehinggalah tulang belulang memenuhi ruang bilik persemadian. Walaupun begitu, ada juga jenazah yang tak langsung dimamah tanah, bagaikan baru semalam disemadikan. Subhanallah......

Fendiosman kelu, tidak mampu untuk berkata walau sepatah apabila melihat tempat persemadian baba. Mungkin kerana dapat melihat sendiri dengan mata, dan dapat menjejakkan kaki juga akhirnya ke kawasan tersebut. Entah bilalah lagi nak menziarah. Cukuplah peluang yang diberikan sekali ini, mungkin dapat mengubat sedikit kerinduan yang ada.

Walaupun tak dapat bersua muka dengan baba, tapi Fendiosman amat mengharapkan agar baba tenang di sana. Setiap hari Fendiosman panjatkan doa buat baba, dan Fendiosman titipkan bacaan Al-Fatihah untuk roh baba.
to be continued.....

4 comments:

Chik Att said...

Al Fatihah ... semoga baba ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

swit@kon said...

al-fatihah.
entry ini sungguh mengharukan.

LavenderGal08 said...

Al-Fatihah..sebak seketika

Hambali ® said...

alfatihah.
Ana paham perasaan ente.

Walaupun orang selalu cakap "doa tu bleh dikirim dari jauh" tapi ana tetap faham perasaaan ente.

Maybe depa lain.