Untuk pemandangan yang sebenar, silalah berada di atas bumbung bot cruise yang sememangnya sejuk. Bukan apa, kalau duduk di dalam kabin saja, nanti ada GERHANA yang melindungi pemandangan. Diletaknya bontot di tingkap bot, haruslah kita nampak bontot saja sepanjang 2 jam perjalanan! Lainlah kalau anda memang sukakan bontot! Hikssss
Alhamdulillah, takde la dilambung badai yang kuat! Walaupun laut agak bergelora tapi kiranya bot cruise itu cukup kuat untuk menahan kami daripada terhoyong-hayang.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, sempat juga Fendiosman singgah di Spice Bazaar.
The Spice Bazaar, (Turkish: 'Mısır Çarşısı', or Egyptian Bazaar) in Istanbul, Turkey is one of the oldest bazaars in the city. Located in Fatih, in the neighborhood of Eminönü, it is the second largest covered shopping complex after the Grand Bazaar.
Fendiosman lebih suka datang ke Spice Bazaar ni berbanding Grand Bazaar. Kenapa? Sebab dari segi saiznya, Spice Bazaar ni lebih kecil dan tak menyesatkan. Hanya ada 3 Entrance dan Exit. Lagipun barangan yang dijual di sini sama juga dengan barang yang dijual di sana.
Cumanya kat sini ada lebih sikit la, ada rempah! Bazar ini adalah pusat penjualan rempah utama di Turki. Tapi kan....awat masakan Turki tak berempah sangat eh?
Ada juga dijual pelbagai jenis teh! Ada teh untuk menangani stress ( ni sesuai untuk Bonda Phachat), ada LOVE TEA.....teh ni bagi kita rasa lebih HORNY menurut kata penjual teh ittewwww. Jadi untuk sesiapa yang nak jadi HORNY, boleh beli LOVE TEA itu ya murid-murid!
Untuk peminat teh buah-buahan, eloklah membeli serba sedikit teh granul yang dijual ni. Dijual mengikut timbangan. Ada yang dalam kotak, tapi tak sesedap yang ditimbang ni. Kalau lebih gedik, sila mengorat penjual dan mintak dia bancuh teh yang ada. Kalau tak dia bagi Turkish Tea yang sangat sembelit ittewww. Tapi awas! Sila pastikan penjual teh tak minum LOVE TEA sebelum kita mengorat dia. Kalau tak, habis la kita kalau dia horny! Sapa nak jawab?
Fendiosman membuat sedikit kerosakan di sini dengan membeli minyak wangi yang dijual. Baunya seperti attar, dan bukanlah seperti jenama di Malaysia yang dikatakan mampu meningkatkan pendapatan ittewwww! Takde bau yang sama dengan yang sedia ada di sini. Jadinya, dapat botol kecik pun dah cukup untuk membuat hati ini aaamat puas!
Dah lunyai mencuci mata, makan malam pada hari ini adalah.....
Ya, mcdonalds ya murid-murid! Tavuklu itu bermaksud AYAM. Takde di Malaysia. Jadi tak la rasa terkilan sangat membeli mcdonalds. Kenapa mcdonalds? Sebab Fendiosman dah tak lalu makan Doner.......dan sebagai pengembara berhemah, kena cari makanan yang murah demi menampung perbelanjaan untuk hari-hari terakhir siri kembara ini.
Sebelah malamnya, aktiviti biasa......menunggu hari siang yang terasanya sangatlah lama.
Pejam...bangun....pejam...bangun...pejam lagi....dan bangun! Fuhhh memang lama la tunggu siang! Hari ketiga di Istanbul dimulakan dengan siri penjelajahan kawasan sekitar Sultanahmet lagi!
Nampaknya cuaca agak mendung! Fendiosman tak kisah mendung, tapi janganlah hujan. Kalau snow tu takpa la jugak. Heh..............
Pagi ni Fendiosman nak ke Topkapi dan Aya Sofya
Pasti Bonda Phachat gembira kalau berada di sini! Sebab ada wifi merata-rata. Bolehlah beliau main blekberi beliau yang karam dalam mesin basuh ittewww! Untuk pengguna internet tegar, kalau berada di kawasan Sultanahmet, perkhidmatan internet ini adalah percuma. Jadinya, anda bolehlah melayari internet sambil update profile pic facebook anda setelah berposing di hadapan mercu tanda Bandaraya Istanbul ini.
Aya Sofya ni memang cantik!
Kedudukannya, berhadapan dengan Masjid Biru. Kiranya kalau posing depan Masjid Biru, boleh tengok Aya Sofya. Begitulah sebaliknya! Bayaran masuk lebih kurang 20 Lira. Interior dalam Aya Sofya ni memanglah indah. Tapi sebab ia adalah muzium, sukar sikit nak ambik gambar di dalamnya! Paham-paham je la ye murid-murid.
Di sebelah Aya Sofya tu jugalah terletaknya Topkapi Palace!
Dari kejauhan, terlihat pintu utama masuk ke Topkapi Palace, yang lebih dikenali sebagai Gate of Salutation.
The large Gate of Salutation (Arabic: Bâb-üs Selâm), also known as the Middle Gate (Turkish: Orta Kapı), leads into the palace and the Second Courtyard. This crenelated gate has two large octagonal pointed towers. The date of construction of this gate is not clear, since the architecture of the towers is of Byzantine influence rather than Ottoman. It is speculated that the gate emulates the Gate of St. Barbara (Cannon Gate), which used to be the royal seaside entrance to the palace gardens from the shore of the Bosphorus.[23] An inscription at the door dates this gate to at least 1542 during the reign of Sultan Mehmed II. In a miniature painting from the Hünername from 1584, a low-roofed structure with three windows above the arch between the towers is clearly visible,[24] probably a guards' hall that has since disappeared.[25] The gate is richly decorated on both sides and in the upper part with religious inscriptions and monograms of sultans.
Masih mengekalkan harga yang sama seperti Aya Sofya, pengunjung akan dikenakan caj sebanyak 20 Lira untuk masuk ke dalam kompleks Topkapi Palace ini.
to be continued.....

No comments:
Post a Comment