Wednesday, February 09, 2011

3 Benua, 10 Hari

Kiranya citadel ni termasuk dalam must-visit place di Kaherah la. Walaupun tak setua piramid, citadel masih ada kisahnya yang tersendiri. Hari pertama, cukuplah dulu dengan tempat-tempat begini. Memandangkan Fendiosman tak mengikut tour group, jadinya agak lewat sikit bergerak. Tapi ada banyak hari, cadang nak pergi tempat lain pada hari yang berikutnya......

Memandangkan kunjungan yang Fendiosman buat ni berlangsung pada musim sejuk, jadinya waktu siang itu adalah agak pendek. Jam 5 petang matahari dah nak mula terbenam. Waktu lawatan pun tak boleh diperpanjangkan sebab tempat-tempat pelancongan semuanya tutup awal.

Sebelum beransur pulang ke tempat penginapan, Fendiosman berkunjung ke Corniche terlebih dahulu. Corniche tu waterfront la kiranya. Orang Mesir panggil Corniche. Waktu gambar ni diambil, Corniche kelihatan aman tenteram.

Sebagai bukti, haaaaaaaaaaa...ni la Sungai Nil yang tersohor ittewww.

Sebelah malamnya, tuan rumah membawa Fendiosman ke rumah anggota kerja Kedutaan Malaysia. Ada makan-makan katanya! Perjumpaan dengan students yang ada. Kebetulan juga ada yang datang dari Malaysia untuk latihan praktikal. I wonder apa la nasib diorang selepas insiden pergolakan ittewwwww.

Haaaa...inilah tuan rumah yang satu masa dulu bodynya berketak-ketak. Sekarang dah jadi beg udara yang emmmmmpuk buat anaknya berehat! Apa pun, ke'hospitality'an beliau dan isterinya sewaktu menerima kunjungan Fendiosman ke sana amatlah Fendiosman hargai.

Hari ketiga, Jumaat! Bangun awal pagi, talian telefon dah mula bengong. Kejap ada, kejap takde. Internet access langsung dah tak boleh dikesan. Fendiosman mengganggap ia hanya perkara biasa, dan kunjungan diteruskan ke Alexanderia yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari Cairo. (Mengikut gaya pemanduan supir yang memandu kereta)

Lebuhraya Cairo - Alex amatlah melucukan, setiap 10km ada bumper ya. Bila dah sedap-sedap laju, kena brek! Bayangkan supir Fendiosman memandu dengan kelajuan 150km sejam (Fendiosman memang sentiasa menekan brek angin di sebelah tempat duduk pemandu!)

Kurang lebih 11 pagi, tibalah Fendiosman ke destinasi yang ditujui...

Alexandria (Arabic: الإسكندرية‎ Al Iskandariyya; Coptic: Rakotə; Greek: Αλεξάνδρεια Alexandreia; Ancient Greek: Ἀλεξάνδρεια ἡ κατ' Αἴγυπτον Alexandreia e kat Aigypton; Egyptian Arabic: اسكندريه [eskendeˈrejːæ]) is the second-largest city of Egypt, with a population of 4.1 million, extending about 32 km (20 mi) along the coast of the Mediterranean Sea in the north central part of the country; it is also the largest city lying directly on the Mediterranean coast. It is Egypt's largest seaport, serving approximately 80% of Egypt's imports and exports. Alexandria is also an important tourist resort. It is home to the Bibliotheca Alexandrina (the new Library of Alexandria). It is an important industrial centre because of its natural gas and oil pipelines from Suez.


Montazah, destinasi pertama tujuan. Dan inilah destinasi terakhir untuk lawatan pada hari tersebut.

Damai, dan menenteramkan.

Sesuai untuk membawa keluarga berkelah! Mode sayangilah keluarga anda katanya.
Seperti biasa, Fendiosman pun tak melepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat indah di Montazah.

Mode fotogedik bagaikan selalunya!

Suasananya sungguh menarik hati, hinggalah selesai waktu solat Jumaat tatkala Fendiosman dalam perjalanan dari Montazah untuk ke Pompeii Pillar. Sewaktu menjelajahi jalan tepian pantai di Alex.....

Inilah yang Fendiosman nampak...

Perarakan besar-besaran penentang Hosni Mobarak di Alex....

Mulanya kelompok kecik, dan supir Fendiosman turut memberhentikan kereta untuk memberi sokongan kepada penunjuk perasaan! Dan Fendiosman mula cemas......

Sebab penunjuk perasaan semakin besar saiznya. Fendiosman cuba menelefon tuan rumah di Cairo, hampa! Telahan Fendiosman, mungkin disebabkan tunjuk perasaan ini talian telefon di Alex semuanya disekat! Supir berpatah balik ke belakang.....

Dan saiz perarakan memenuhi ruang jalan. Walaupun jam baru menunjukkan jam 2 petang, hanya 3 jam selepas ketibaan di Alex, Fendiosman mengarahkan supir agar Fendiosman dibawa pulang kerana Fendiosman rasakan suasananya amat genting. Bukan Genting Highlands ya murid-murid! Talian telefon masih disekat.......

Cepatlah sampai Cairo.....

to be continued.....

1 comment:

nishashburn said...

owh suspensionnyer!