Ditambah pula tuan rumah yang rajin memasak sampai periuk hangus! Memang misi menurunkan berat badan seperti di Jepun satu ketika dulu gagal dan hanya dibawa angin lalu................
Seawal jam 7 pagi hari berikutnya, kami ke Ankara Esenboga Airport untuk penerbangan ke Istanbul bagi destinasi terakhir lawatan Fendiosman ke 3 benua. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal Ankara. Kalau ada rejeki yang lebih, kot2 boleh otstesen obersi macam Bonda Phachat, Insya Allah Fendiosman akan jejakkan lagi kaki ke sini.
Dari Ankara, Fendiosman menaiki Anadolujet, syarikat penerbangan milik Turkish Air yang menawarkan harga yang lebih murah untuk ke Istanbul.
Tapi, takdelah sekejam syarikat kapal terbang merah Malaysia yang semuanya nak minta dibayar. Koman-koman dia bagi luggage allowance 15kg, dan sajian cheese sandwich untuk penerbangan 1 jam.
Cumanya, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gocken yang terletak di sebelah Asia bandaraya Istanbul. Lapangan terbang ini adalah salah satu lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Berhad dan Fendiosman rasa berbangga bila diberitahu yang Lapangan terbang ini diuruskan oleh syarikat dari Malaysia.
Oleh sebab tak sempat nak sarapan, jadi......pekenalah kopi yang cantik dahulu!
Barang-barang di Turki ni semuanya harga standard dengan harga Malaysia. Cumanya, Malaysia gunakan ringgit, dan Turki gunakan Lira. Secawan latte di Turki = 9 Lira, Secawan latte di Malaysia = 9 ringgit. Tapi, 1 Lira = 2 Ringgit. Jadi.....silalah kira sendiri. Dan....petuanya, janganlah convert sekiranya anda jenis yang kedek taik idung masin!
Hotel penginapan di Istanbul terletak di Sultanahmet yang berada di sebelah Eropah. Kira-kira sejam setengah perjalanan dari Sabiha Gocken, bergantung kepada keadaan trafik. Dan, trafik di Istanbul amatlah dahsyat sesaknya! Setibanya di tempat penginapan di Istanbul, Fendiosman berehat barang seketika. Itulah permintaan partner Fendiosman yang amat gemarkan aktiviti tidur tanpa kira masa. Ohhhhhhhhhhh.....
Setelah cuaca nak gelap barulah Fendiosman meneroka kawasan sekeliling. Hotel penginapan ini terletak cuma 150 meter dari Masjid Biru yang glamer ittewww....tapi tempat kunjungan yang pertama adalah Grand Bazaar yang terkenal di kalangan kaki shopping warganegara Malaysia sampaikan peniaga di situ pun mahir bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tapi yang tak sedapnya.....
"Malaysia? Murah...murah...lelong lelong..."
Masing-masing dah tau orang Malaysia ni nak menawar sampai titisan terakhir. Pastu bila dah tawar tak beli! Chettttt. Pastu bila tak beli, rasa menyesal. Pastu dok ulang alik tiap-tiap hari tempat yang sama macam orang meroyan. Begitulah pengalaman Fendiosman bersama-sama orang Malaysia. Pasal tu Fendiosman suka jalan sorang-sorang.
Untuk kali ini, Fendiosman membuat sedikit kerosakan kepada wang Lira Fendiosman dengan membeli barangan kerja tangan hasil buatan rakyat tempatan.
Ingatkan sedikit yang rosak, rupanya selambak jugak duit yang abis. Ni semua gara-gara harga yang ohhhhh! Kata tuan rumah di Ankara, nak menawar di Grand Bazaar ni perlu skill. Kalau dah peniaga tepuk tepuk tangan, tu maksudnya last price dan tak boleh ditawar lagi.
Pusing kiri, pusing kanan, pusing depan, pusing belakang, tanpa disangka hangus juga sebahagian Lira Fendiosman.
Tujuan utama adalah untuk mencari buah tangan untuk saudara-mara, teman-teman, adik beradik serta yang kirim-kirim dengan wang....
Setelah hampir 2 jam di Grand Bazaar, misi utama mendapatkan barang-barang yang disenaraikan berjaya!
Dan Lira yang hangus juga begitulah banyak! Agak-agak boleh ke survive berhari-hari lagi di sini? Nak menari gelek, perut menggeleber, tak cantik nak buat. Jadi...cmane la nak cari sumber pendapatan sampingan ye?
Selesai aktiviti merosakkan Lira, teruslah melawat kawasan sekitar Sultanahmet sewaktu matahari terbenam. Antaranya ialah Column of Constantine yang menjadi mercu tanda Istanbul sewaktu zaman Byzantine satu masa dulu.
The Column of Constantine (or Burnt Column) (Turkish: Çemberlitaş sütunu, from çemberli 'hooped' and taş 'stone') is a Roman monumental column constructed on the orders of the Roman emperor Constantine the Great in 330 AD. It commemorates the declaration of Byzantium (renamed by Constantine as Nova Roma) as the new capital city of the Roman Empire. The column is located on Yeniçeriler Caddesi in central Istanbul, along the old Divan Yolu (the 'Road to the Imperial Council') between Sultanahmet and Beyazıt Square (known as Forum Tauri in the Roman period.). The Column of Constantine is one of the most important examples of Roman art in Istanbul. The column is 35 meters tall today. Restoration work has been going on since 1955. Cracks in the porphyry were filled and the metal brackets renewed in 1972. Since 1985, the monuments of the historic peninsula of Istanbul, including the column, have been listed as a World Heritage Site.
Paling penting adalah Masjid Biru yang terkenal itu!
Sangat cantik tatkala mentari terbenam. Dan disebabkan kamera Fendiosman buat perangai dalam tasik di Ankara, tak bolehlah ambik gambar cantik-cantik di waktu malam. Ohhhhhhhhhhhhhh.
The Sultan Ahmed Mosque (Turkish: Sultanahmet Camii) is a historical mosque in Istanbul, the largest city in Turkey and the capital of the Ottoman Empire (from 1453 to 1923). The mosque is popularly known as the Blue Mosque for the blue tiles adorning the walls of its interior. It was built between 1609 and 1616, during the rule of Ahmed I. Like many other mosques, it also comprises a tomb of the founder, a madrasah and a hospice. While still used as a mosque, the Sultan Ahmed Mosque has also become a popular tourist attraction.
Berdekatan dengan Blue Mosque juga terletak Hippodrome dan German Fountain yang menjadi landmark kepada kawasan Sultanahmet ini.
The Hippodrome of Constantinople (Turkish: Sultanahmet Meydanı, At Meydanı) was a circus that was the sporting and social centre of Constantinople, capital of the Byzantine Empire. Today it is a square named Sultanahmet Meydanı (Sultan Ahmet Square) in the Turkish city of Istanbul, with only a few fragments of the original structure surviving. It is sometimes also called Atmeydanı (Horse Square) in Turkish. The word hippodrome comes from the Greek hippos ('ιππος), horse, and dromos (δρομος), path or way. Horse racing and chariot racing were popular pastimes in the ancient world and hippodromes were common features of Greek cities in the Hellenistic, Roman and Byzantine eras.
The German Fountain (Turkish: Alman Çeşmesi) is a gazebo styled fountain in the northern end of old hippodrome (Sultanahmet Square), Istanbul, Turkey and across from the Mausoleum of Sultan Ahmed I. It was constructed to commemorate the second anniversary of German Emperor Wilhelm II's visit to Istanbul in 1898. It was built in Germany, then transported piece by piece and assembled in its current site in 1900. The neo-Byzantine style fountain's octagonal dome has eight marble columns, and dome's interior is covered with golden mosaics.
Tak sempat nak habis explore, dah matahari pun terbenam. Orang di Turki ni bila musim sejuk, pukul 6 dah tutup semua tempat perniagaan. Jadi.......apalah yang boleh dibuat! Memang berkurung la di bilik. Ditambah piula dengan kesejukan yang amat sangat. Memang menghitung hari menunggu siang.
to be continued.....






















No comments:
Post a Comment