Dengan tourguide merangkap supir dan tuan rumah berbahasa Melayu, maklumat setiap destinasi itu dapat dijelaskan dengan mendalam dan sampai kepada Fendiosman tanpa perlu banyak persoalan. Masih panjang lagi sesi lawatan hari ini. Namun, Fendiosman memang seronok dan puas dengan apa yang disajikan walaupun perjalanannya ittewww agak memenatkan!
Perjalanan merentasi laluan berliku masih diteruskan setelah ke Ihlara Valley. Sana sini putih. Jalan putih, bumbung rumah pun putih, pokok pun putih. Tapi bukanlah keputihan ya murid-murid. Tu lain maksudnya. Kena pergi jumpa Gynae untuk ambik ubat. Heh....
Tapi memang rasa macam tengok cerita-cerita dongeng waktu kecik2 dulu......mengembara, lepas tu dari kejauhan nampak kampung waktu turun bukit!
Dari lembah, Fendiosman dibawa masuk ke kota di bawah tanah. Didaftarkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO, kota ini memperlihatkan bagaimana masyarakat zaman dahulu membina penempatan di dalam batu, yang terletak setinggi 11 tingkat namun ia berada di bawah permukaan tanah.
Derinkuyu Underground City is an ancient multi-level underground city in the Derinkuyu district in Nevşehir Province, Turkey. With its eleven floors extending to a depth of approximately 85 m, it was large enough to shelter tens of thousands of people together with their livestock and food stores. It is the largest excavated underground city in Turkey and is part of a network of several underground complexes found across Cappadocia. It was opened to visitors in 1969 and to date, only ten percent of the underground city is accessible to tourists.
Setiap tingkat di kota ini dipisahkan dengan pintu batu yang besar dan amat berat, antara 200 hingga 500 kilogram. Pada sesuatu masa, penempatan ini mampu memuatkan sehingga 50 ribu penduduk dan ia mengandungi kelengkapan asas termasuklah syaf udara, ruang tamu, gereja, hinggakan ke kandang kuda.
Tapi, nak masuk ke dalam adalah sangat menyeksakan. Kena menunduk melalui terowong yang sempit! Menurut tourguide berbahasa Melayu itu, tujuan laluan sempit adalah untuk mengelakkan musuh bergerak dengan pantas. Senang nak serang dari belakang.........
Tapi memang mengah la ye murid murid! Ditambah dengan suasana yang sempit, dan udara yang tipis serta hawa yang amat sejuk di bawah permukaan tanah, Fendiosman tercungap mengambil nafas untuk naik turun tangga! Lutut pun bunyi kruk kruk.....alahai! Dah sezen nampaknya!
Macam mana la orang dulu boleh survive ye? Memang mengagumkan!
Naik je ke atas permukaan, salji turun lagi sekali! Walaupun lite-lite saja turunnya, tapi cukup untuk menyejukkan telinga. Risau jugak kot2 telinga jadi rapuh! Pegang terus hancur! Gila tinggi imaginasi.....
Yang penting, aksi gedik di tengah jalan.......
Dari Derinkuyu, pemandu pelancong membawa kami untuk menyaksikan Fairy Chimneys yang terletak dalam wilayah Cappadocia. Bentuknya mengingatkan Fendiosman kepada sesuatu yang ada pada diri Fendiosman. Apakah?
Cappadocia (pronounced /kæpəˈdoʊʃə/; also Capadocia; Turkish Kapadokya, from Greek: Καππαδοκία / Kappadokía, Armenian: Կապադովկիա, Persian: کاپادوکیه - "Land of Beautiful Horses") is a region in central Turkey, largely in Nevşehir Province.
The name was traditionally used in Christian sources throughout history and is still widely used as an international tourism concept to define a region of exceptional natural wonders, in particular characterized by fairy chimneys and a unique historical and cultural heritage. The term, as used in tourism, roughly corresponds to present-day Nevşehir Province.
Kalau waktu musim panas, keadaannya lagi cantik! Begitulah ujar pemandu pelancong! Kalau ada duit banyak, bolehlah menyewa belon panas yang akan membawa anda merentasi kawasan canyon ittewww. Tapi sebab Fendiosman pelancong bajet, asalkan nampak sudahlah!
Dan sudah semestinya acara menggedik diteruskan sehinggalah travel partner Fendiosman bosan dan mula memoncongkan molot beliau!
Acara berguling atas salji pun tidak dilepaskan.........
Begitu juga acara membelek salji!
Serta posing di merata-rata ceruk!
Ya la kan, dah datang jauh-jauh cenggini, haruslah dirakamkan semua kenangan! Nak tunggu outstation overseas, kita ni dok sumber manusia. Mana la ada kerja overseas. Nak tunggu sambung belajar, dah kena reject dah. Hanya mampu mengumpulkan Enrich points sahaja untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan ke destinasi yang dihajatkan.
Errrr....selesai di batu 3 beradik, Fendiosman menjejak pula ke Güvercinlik Vadisi, yakni Pigeon Valley. Di sini, pemandangan indah masih seperti sebelumnya. Cumanya di sini ada banyak burung merpati yang jinak.
Tapi jinak-jinak merpati la kan, makin dekat dia akan lari...Fendiosman pun macam tu jugak....hikssss!
Suasana di sini pun sungguh menenangkan.
Ada satu benda yang menarik perhatian Fendiosman di sini. Tak lain tak bukan penggunaan Evil Eye ataupun Eye of Medusa dalam kepercayaan masyarakat Turki.
In Turkey, evil eye jewelry and other such trinkets are particularly common. The evil eye is also known as the Eye of Medusa (a mythical Greek gorgon). A nazar or evil eye stone (Turkish: nazar boncuğu) is an amulet that protects against the evil eye. Colorful beads, bracelets, necklaces, anklets, and all manner of decoration may be adorned by this particularly popular symbol, and it is common to see it on almost anything, from babies, horses, doors to cars, sidewalks, cell phones, and even airplanes.
Kononnya benda tu akan menyerap semua kejahatan yang ada dalam diri seseorang. Tapi kalau dah jahat tu, jahatlah jugak. Takde benda yang boleh menyerap ataupun mengubah kejahatan seseorang itu melainkan diri sendiri yang berniat untuk berubah. Letaklah mata, idung, telinga, segala benda....kalau memang taknak berubah, memang takkan berubah!
to be continued.....





















No comments:
Post a Comment