Sunday, February 13, 2011

3 Benua, 10 Hari

Perjalanan selama 2 jam ke Istanbul selamat tiba di Ataturk International Airport pada jam 5.40 pagi. Dan kunjungan Fendiosman bakal diteruskan pula di negara dua benua ini.

Tiba di Istanbul, perjalanan Fendiosman diteruskan dengan penerbangan ke Ankara pula. Dari terminal antarabangsa, Fendiosman terus menghayun langkah ke terminal domestik Ataturk International Airport. Ankara adalah ibu negara Turki dan terletak kira-kira sejam perjalanan dengan menaiki pesawat dari Istanbul.

Memandangkan hampir 24 jam Fendiosman gagal mendapatkan tidur yang nyenyak, sementara menantikan penerbangan berikutnya jam 9 pagi, apa lagi.....Fendiosman mengambil peluang untuk melelapkan mata sejenak.

Boleh jugak berbaring kalau anda bukan jenis pemalu seperti Fendiosman. Hikkkkss

Kalau di Istanbul, Fendiosman disambut dengan suasana yang dingin pada awal pagi. Di Ankara, harapan Fendiosman untuk menyaksikan salji turun tercapai. Penerbangan mendarat di Esenboga International Airport sewaktu salji turun dengan lebatnya.

Suhu dilaporkan serendah -3 darjah celcius ketika ketibaan. Alamatnya memang kena berselubung sentiasa la. Tapi kan, walaupun suhunya amat sejuk, tapi orang Turki tetap mempunyai anak yang sedikit. Kenapa ya? Teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt......

Fendiosman dijemput oleh tuan rumah di lapangan terbang dan terus dibawa pulang ke rumah untuk berehat. Memang tebal salji yang turun ya murid-murid.

Dan suhunya amatlah sejuk, sehinggakan air yang menitis bertukar menjadi ais!

Haaa..inilah rumah penginapan yang Fendiosman tumpangi! Terima kasihlah kepada tuan rumah yang sudi menumpangkan musafir berkelana seperti Fendiosman ini.

Secara langsung dari tingkap rumah penginapan. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah menidurkan diri setelah melalui perjalanan yang amat memenatkan. Dapat sejam dua pun jadilah!

Nak ambik gambar tuan rumah agak kurang sesuai untuk dipaparkan. Apa kata kita tengok anak tuan rumah yang sangat sihat dengan posisi kegemaran beliau! Sungguh bambam budak ini ya!

Setelah berehat ala kadar, misi pertama sudah semestinya bermain salji!

Dan juga membuat orang salji! Tu pi posing kat orang salji readymade!

Kalau rajin, boleh jugak main baling-baling salji!

Ataupun boleh jugak rasa macam mana teksur salji tu!

Nak masuk dalam mulut pun boleh, provided tempat salji yang diambil tu bersih la ye murid-murid! Ish, kalau ada sirap lagi best ni.....

Boleh juga posing bagaikan sudah lama bergelumang dengan salji, seolah-olah memang membesar di sana....


Hajat di hati konon nak pergi tempat ski, tapi bila duduk kat laman rumah pun dah menggigil, jadinya abaikanlah. Fendiosman dibawa bersiar ke pejabat tuan rumah. Hanya jalan kaki saja, 10 minit dah sampai!

Haaaa...sudah sampai pun.....

Mestilah ambik gambar di depan signboard untuk pembuktian!

Sebelah malamnya tuan rumah bawa Fendiosman untuk merasai makanan tempatan.

Menunya, kebab dan kebab dan kebab, pelbagai jenis dan kaedah masakan! Kompius nak memilihnya!

Dan tuan kedai tetap jugak suruh kita ambil gambar dia! Mungkin dia ingat Fendiosman ni ala2 TokTi yang bertaraf selebriti di Malaysia! Oh ya....seorang lagi rakyat Malaysia yang tercampak dalam gambar ini adalah travel partner Fendiosman yang turut serta dalam siri lawatan Fendiosman ini.

Teh pekat kelat melekat sembelit adalah menjadi minuman utama di sini. Apa pun menunya memang sedap! Sebab sedap sangatlah menu itu Fendiosman jadi terlupa nak ambik gambar! Tapi di negara-negara sebegini, hidangan kambing adalah amat menjadi kegemaran. Sebab Fendiosman memanglah tak reti makan kambing, jadinya ayam dan daging sajalah yang mampu dicekik.....

Fendiosman hanyalah merehatkan diri di rumah untuk hari pertama di Ankara. Hari kedua tuan rumah bercadang nak membawa Fendiosman bersiar-siar. Ke mana tatau?




to be continued.....

No comments: