Oleh sebab Fendiosman berkunjung pada musim sejuk, mudahlah untuk bergerak dengan hanya berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain di Istanbul.
Dek kerna tempat kunjungan tidak dibuka, Fendiosman menelusuri tepi laut Bosphorus untuk menikmati pemandangan indah yang disajikan. Terus terang Fendiosman memang suka duduk tepi laut. Damai......rasa macam satu kepuasan yang amat sangat. Sukar dikecap kalau pergi tempat-tempat lain.
Matahari macam terik, tapi tak panas langsung....
Pusing punya pusing, jam dah menghampiri 12 tengahari, menandakan masuknya waktu makan tengahari. Nak makan doner, dah puas. Kambing....never ever. Dalam rancangan World Cafe Asia bersama Bobby Chin, ada satu tempat yang dikunjungi yang menyajikan makanan laut segar. Jadi, Fendiosman beranikan diri mencari tempat yang dimaksudkan. Dari kawasan istana sampailah ke Golden Horn, Fendiosman langkahkan kaki demi mencari makanan!
Sedih sebab tak jumpa. Tapi.....Fendiosman jumpa pasar ikan segar!
Dan dalam pasar tu ada warung yang menyajikan ikan bakar yang nampaknya amat menyelerakan.
Menunya terdiri dari makanan laut sahaja. Ikannya tak dikenali sangat. Takde lak ikan bawal mahupun ikan Uji Rashid! Mungkin ikan tu warganegara Malaysia kot, pasal tu takde kat Turki.
Di Turki ini juga, jangan risau kalau menu tu hanya tunjukkan ikan. Setiap menu yang dipesan mesti dihidangkan bersama roti! Cumanya kalau nak nasik tu........agak sukar la!
Tadaaaaa......ikan mackerel segar yang dibakar! Dihidang bersama bawang besar, lemon dan daun roket. Kata orang, daun roket ni meningkatkan libido seseorang itu! Patut la Fendiosman rasa semacam je lepas makan daun tersebut. Hikkkkk.......
Tapi serius, menu itu memang sedap walaupun serba ringkas. Mungkin kunjungan semula ke kedai ini perlu dibuat pada keesokan harinya!
Cara penyediaan pun ringkas...
Siapa sangka di celah pasar ikan ada warung yang menyajikan menu yang lazat berasaskan makanan laut!
Di sekitar kawasan pasar itu juga ada peniaga-peniaga jalanan yang menjual sandwich ikan......harganya pun murah. Sebab perut dah membuntal, takde la Fendiosman nak beli lagi makanan!
Di kawasan pasar inilah terletaknya Golden Horn di mana kawasan teluk yang agak pelik.
The Golden Horn (Turkish: Haliç or Altın Boynuz) is a historic inlet of the Bosphorus dividing the city of Istanbul and forming the natural harbor that has sheltered Greek, Roman, Byzantine, Ottoman and other ships for thousands of years. It is a scimitar-shaped estuary that joins the Bosphorus just at the point where that strait enters the Sea of Marmara, thus forming a peninsula the tip of which is "Old Istanbul" (ancient Byzantion and Constantinople). Its Greek and English names mean the same, but the significance of the designation "golden" is obscure, while its Turkish name Haliç simply means "estuary". It has witnessed many tumultuous historical incidents and its dramatic vistas have been the subject of countless works of art.
Di sini terdapatnya Galata Bridge yang menjadi tumpuan pemancing untuk memancing ikan. Fendiosman ingatkan aktiviti pemancing ni adalah aktiviti mengisi masa lapang.
Rupanya mereka adalah nelayan ye murid-murid! Hasil tangkapan amatlah memeranjatkan. Memang banyak! Tak sangka pulak tengah-tengah bandar ada ikan laut yang banyak macam ni!
Dan di Golden Horn ini juga tempat mulanya Bosphorus Cruise yang membawa setiap pengunjung menikmati pemandangan Bandaraya Dua Benua ini.
Fendiosman ambil peluang untuk menaiki bot cruise yang ada. Untuk pengunjung2 sekelian, kalau beli guna pakej, anda akan dibawa menaiki bot yang lebih kecil, dan pakej yang anda pilih itu termasuk makan tengahari di atas kapal. Tapi untuk yang lebih murah, boleh naik bot cruise yang ada di Golden Horn.
Tak sangka pulak dari bot cruise tu, Fendiosman sebenarnya terjumpa tempat yang Fendiosman cari untuk makan tengahari. Kedai yang dikunjungi oleh Bobby Chin. Uniknya kedai makan ni, peniaga menjual makanan dari dalam bot. Dalam keadaaan teroleng-oleng, mereka menyajikan makanan kepada pelanggan yang membeli dari darat! Macam mana la boleh jual dalam goyang-goyang tu ye?
Tak sangka pulak dari bot cruise tu, Fendiosman sebenarnya terjumpa tempat yang Fendiosman cari untuk makan tengahari. Kedai yang dikunjungi oleh Bobby Chin. Uniknya kedai makan ni, peniaga menjual makanan dari dalam bot. Dalam keadaaan teroleng-oleng, mereka menyajikan makanan kepada pelanggan yang membeli dari darat! Macam mana la boleh jual dalam goyang-goyang tu ye?
Dengan cruise ini, anda akan dibawa menikmati pemandangan di Selat Bosphorus yang indah. Sekejap anda berada di Asia, sekejap di Eropah.
Ada pemandangan Dolmahache....
Dan lain-lain pemandangan indah sekitar Istanbul.
Serta jambatan yang menghubungkan kedua-dua benua!
Waktu Fendiosman menaiki cruise ini, banyak burung yang mengekori bot! Meriah sekali dengan kicauan burung! Memang seronok! Kalau rajin, bolehlah baling roti bagi burung-burung ni makan! Jangan sampai jatuh laut sudah la.....
Paling cantik adalah Rumelihisari yang terletak di sebelah Eropah.
Rumelihisarı (Rumelian Castle) is a fortress located in the Sarıyer district of Istanbul, Turkey, on a hill at the European side of the Bosporus. It gives the name of the quarter around it. It was built by the Ottoman Sultan Mehmed II between 1451 and 1452, before he conquered Constantinople. The three great towers were named after three of Mehmed II's viziers, Sadrazam Çandarlı Halil Pasha, who built the big tower next to the gate, Zağanos Pasha, who built the south tower, and Sarıca Pasha, who built the north tower.
Keseluruhannya, Bosphorus Cruise ini mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Dalam musim sejuk seperti sewaktu kunjungan Fendiosman, sila pastikan anda membawa pakaian tebal yang secukupnya walaupun dalam bot cruise itu ada heater!
Untuk pemandangan yang sebenar, silalah berada di atas bumbung bot cruise yang sememangnya sejuk. Bukan apa, kalau duduk di dalam kabin saja, nanti ada GERHANA yang melindungi pemandangan. Diletaknya bontot di tingkap bot, haruslah kita nampak bontot saja sepanjang 2 jam perjalanan! Lainlah kalau anda memang sukakan bontot! Hikssss
to be continued.....
























1 comment:
kalau malam, tempat makan yg Bobby Chin pergi ni nampak cantik sangat..lampu-lampu atas bot, pakaian tradisional yg dipakai waiter- sgt unik dan klasik.. tp seriosly mmg kagum depa leh masak atas bot tu, kita yg nengok dari atas yg rasa mabuk..
Post a Comment