Tak sempat nak habis explore, dah matahari pun terbenam. Orang di Turki ni bila musim sejuk, pukul 6 dah tutup semua tempat perniagaan. Jadi.......apalah yang boleh dibuat! Memang berkurung la di bilik. Ditambah piula dengan kesejukan yang amat sangat. Memang menghitung hari menunggu siang.
Kejap kejap terjaga, kejap kejap terjaga. Rasa macam malam tu panjang sangat. Tapi itulah hakikatnya kalau musim sejuk macam ni. Untuk orang di Khatulistiwa yang biasa merasa siang dan malam yang sama panjang, memang keadaan sebegini akan jadi sedikit pelik dan perlukan masa untuk penyesuaian.
Pagi di Istanbul, Fendiosman menikmati pemandangan indah dari atas bumbung hotel tempat penginapan sewaktu sarapan. Rata-rata hotel di kawasan Sultanahmet ini menjadikan bumbung hotel sebagai tempat menjamu selera sewaktu pagi.
Saujana mata memandang....
Memang sarapan yang ala-ala sedih pun jadi sedap! Tetibe nama adik Fendiosman naik jadi jenama jem. Mulalah budak ittewww menjadi chiwi sebab menjadi jenama barangan. Tapi dia setakat jenama jem sajjah. Heh....
Teman travel Fendiosman tetap mampu melicinkan semua makanan yang ada. Fendiosman ni orang Melayu, susah sikit kalau takde yang berempah! Semuanya bland sajjah...
Selesai melahap, mulalah aktiviti dengan melawat ke Masjid Biru. Awal pagi macam ni, memang ramai tourist yang mulakan sesi kunjungan. Nak bergambar pun kena cari timing yang sesuai. Kalau tak, memang akan ada hantu lilin yang menyemak.
Dan satu lagi, kat sini banyak tourist guide tak bertauliah. Ada budak, ada orang tua, ada macam-macam. Pesan Fendiosman, pedulikan saja diorang tu walaupun baju anda ditarik. Bukan apa, biasanya diorang ni akan taruh pelancong dengan harga yang bukan-bukan dan perkhidmatannya adalah bagaikan anda menonton filem Slumdog Millionaire.
Masjid di Turki ni semuanya direka dengan rekabentuk yang sama. Yang membezakan antara satu masjid dan masjid yang lain adalah tiangnya. 1 tiang, masjid persendirian. 2 tiang, masjid yang dibina kerajaan. 4 tiang, masjid negeri. 6 tiang, ni lah satu-satunya...Masjid Biru.
Nak posing gedik, kurang sesuai sebab kawasan masjid ye murid-murid! Kenalah buat cara sopan sambil mengontrol keayuan!
Berhadapan Masjid Biru, terletak pula sebuah Gereja yang dijadikan Masjid, dan pada masa sekarang, bertukar pula menjadi muzium. Aya Sofya namanya!
Hagia Sophia (from the Greek: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom"; Latin: Sancta Sophia or Sancta Sapientia; Turkish: Aya Sofya) is a former Orthodox patriarchal basilica, later a mosque, and now a museum in Istanbul, Turkey. From the date of its dedication in 360 until 1453, it served as the cathedral of Constantinople, except between 1204 and 1261, when it was converted to a Roman Catholic cathedral under the Latin Patriarch of Constantinople of the Western Crusader established Latin Empire. The building was a mosque from 29 May 1453 until 1931, when it was secularized. It was opened as a museum on 1 February 1935.[1]
Sebenarnya di Istanbul ni, senang je nak bergerak. Ada tram di kawasan-kawasan yang strategik. Dengan bayaran sebanyak 1.75 lira, anda boleh mendapat 1 JETON yang boleh digunakan untuk sekali perjalanan, tak kira jauh atau dekat.
Jadinya, dengan berpandukan kemahiran yang ada.....Fendiosman redah je naik tram untuk ke Taksim Square.
Taksim Square (Turkish: Taksim Meydanı) situated in the European part of Istanbul, Turkey, is a major shopping, tourist and leisure district famed for its restaurants, shops and hotels. It is considered the heart of modern Istanbul, and is the location of the Cumhuriyet Anıtı (Republic Monument), which was built in 1928 and commemorates the formation of the Turkish Republic.
Memandangkan Fendiosman dalam kesamaran di kawasan Istanbul ini, jadinya terpaksalah melangkah mencari Tourists Information Centre bagi mendapatkan maklumat. Jarak dari satu tempat ke tempat pelancongan yang lain hanyalah berdekatan. Bolehlah berjalan kaki, ataupun menggunakan tram yang sedia ada.
Berjalanlah kami ke Dolmabahçe Palace, kediaman Mustafa Kemal satu ketika dulu.
The Dolmabahçe Palace (Turkish: Dolmabahçe Sarayı, IPA: [doɫmabahˈtʃe saˈɾajɯ]) in Istanbul, Turkey, located on the European side of the Bosporus, served as the main administrative center of the Ottoman Empire from 1856 to 1922, apart from a twenty-year interval (1889-1909) in which the Yıldız Palace was used.
Agak malang sikitlah, sebab pada hari kunjungan, Dolmabahçe Palace ditutup untuk memberi rehat kepada pekerja-pekerjanya. Pada hari Khamis, memang Dolmabahçe Palace tidak membuka pintunya kepada sebarang pelwat. Jadi, Fendiosman abaikan sesi ini dan meneruskan perjalanan ke detinasi seterusnya
Oleh sebab Fendiosman berkunjung pada musim sejuk, mudahlah untuk bergerak dengan hanya berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain di Istanbul.
to be continued.....

No comments:
Post a Comment