Walau bagaimanapun, perasaan khuatir tetap hinggap di hati Fendiosman. Sepatutnya awal pagi Ahad yakni keesokan harinya, Fendiosman akan berlepas ke Istanbul semula, entah boleh entah tidak......
Hampir jam 12 tengahari, tuan rumah pulang dan memberitahu bahawa perjalanan Fendiosman ke lapangan terbang harus diawalkan. Penerbangan Fendiosman patutnya berlepas jam 3.40 pagi, dan mengikut perancangan awal, Fendiosman hanya ke sana pada jam 11 malam. Namun, akibat dari perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir, tuan rumah meminta agar Fendiosman berada di lapangan terbang seawal mungkin. Fendiosman diminta bertolak pada jam 2 petang, yakni Fendiosman akan menghabiskan masa selama 12 jam menunggu pesawat yang masih belum pasti akan muncul. Katanya, semua penerbangan pada malam sebelumnya dibatalkan! Entahlah....
Perjalanan ke lapangan terbang membolehkan Fendiosman menyaksikan pelbagai pemandangan!
Kedai-kedai yang dipecahkan......inilah punca bunyi mesingan malam tadi! Pasukan keselamatan menembak mereka yang memecah masuk ke kedai katanya!
Dapat juga melihat perihal rakyat Mesir dalam krisis yang meletus.
Trafik sesak kerana semuanya masing-masing cuba keluar dari Cairo
Sewaktu melintasi jambatan yang merentangi Sungai Nil, inilah yang disaksikan...
Kereta perisai yang dibakar, dalam tv pada malam sebelumnya ada ditunjukkan secara langsung. Hari ni tinggal rangka saja!
Bangunan NDP yang dibakar oleh perusuh. Pun ada dalam tv. Parti NDP tu adalah parti pemerintah yang diterajui oleh Hosni Mubarak. Kebakaran masih lagi belum habis walaupun dah lebih dari 12 jam! Habis rentung ye murid-murid.
Dan keadaan rusuhan yang masih belum reda! Semuanya secara langsung di depan mata Fendiosman.
Kereta kebal pun ada.......
Askar pun raaaaaaamai! Polis semuanya lari menyembunyikan diri sebab menjadi sasaran penunjuk perasaan. Abis semuanya tukar pakaian preman. Termasuklah polis yang bekerja di kedutaan. Sekarang ni askar yang mengambil alih kawalan.
Trafik ke airport memang sesak. Macam cerita Armageddon pun ada jugak! Semua berpusu-pusu ke sana untuk keluar dari Mesir ke tempat yang lebih selamat.
Setibanya di airport, lagilah huru hara...
Macam pusat pemindahan banjir ya murid-murid!
Banyak penerbangan yang dibatalkan, lagi menambahkan perasaan gusar Fendiosman. Mintak-mintak Fendiosman punya penerbangan tidak dibatalkan.
Ada 12 jam lebih di airport. Sementara tunggu pukul 3 pagi, bolehlah lelapkan mata sebentar!
Orang ramai lain beratur mencari tiket untuk keluar dari Mesir. Walaupun kaunter tiket dah tutup, tapi orang tetap beratur panjang. Mujur Fendiosman dah ada tiket! Tapi yang tak mujurnya, walaupun dah ada tiket, blom tentu penerbangan dapat berlepas!
Selama ni kedai runcit tak pernah orang jejak. Tapi hari tersebut, habis semua makanan dan meninggalkan hanya rak kosong setelah semuanya dikaut oleh penumpang yang terkandas.
Air pun takde! Apa la nak diminum lepas ni?
Di sini, tak macam di KLIA, kita boleh check in sesuka hati walaupun waktu penerbangan blom tiba. Sebab internet pun langsung tak boleh access, semua kena buat manual di airport. Tapi tetaplah tak boleh masuk ke airside sebab kaunter hanya membenarkan orang check in 3 jam sebelum pesawat berlepas.
Jadi, pakatlah dok menepek kat lobi, dan tidur beramai-ramai!
Tapi kalau segan, boleh jugak tido duduk!
Tunggu punya tunggu, tido sudah, duduk sudah, buang air sudah, solat pun sudah.....akhirnya kaunter check in dibuka untuk penerbangan yang Fendiosman naiki. Alhamdulillah penerbangan tak dibatalkan. Tapi lagi plane tak naik, lagi tu sebarang kemungkinan boleh berlaku!
Lepas pasport control.......fuhhhh sikit lagi rasa lega!
Sebab dah kebulur, hanya air teh secawan yang ada yang boleh mengisi perut Fendiosman pada jam 1.30 pagi! Harapnya dalam kapal terbang nanti adalah makanan yang mengenyangkan! Fendiosman memang kebuluran! Menu terakhir yang Fendiosman telan adalah sarapan di rumah penginapan pada sebelah pagi!
Bila nampak je plane dock-in, harapan Fendiosman untuk keluar makin menggunung. 2.55 pagi, akhirnya dapatlah masuk ke dalam pesawat. Tepat pada waktunya, 3.40 pagi, Turkish Airlines yang Fendiosman naiki meluncur dari landasan Cairo International Airport. Alhamdulillah, syukur sebab dapat keluar dari negara yang bergolak ini. Entah apalah nasib rakyat lain yang tinggal.......
Fendiosman mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohd Hazam Hajanan, teman Fendiosman yang sudi menumpangkan rumah beliau sepanjang kunjungan Fendiosman ke sana. Untuk isterinya juga, Ainol Zuhaida yang menyediakan hidangan makanan yang enak-enak tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hikkkkssss...serta anak-anak mereka yang menceriakan kunjungan Fendiosman.
Misi utama, menziarahi pusara Baba, telah Fendiosman capai dengan izin Allah. Syukur. Lain-lain tempat, mungkin ada masa dan ketikanya nanti Fendiosman akan berkunjung lagi. Untuk kakitangan kedutaan Malaysia, terima kasih atas bantuan yang diberikan dalam memastikan keselamatan Fendiosman. Fendiosman amat hargai bantuan yang dihulurkan. Perasaan Fendiosman bercampur baur bila meninggalkan Cairo.
Sebenarnya, setelah Fendiosman lihat sendiri apa yang dilakukan oleh orang-orang Kedutaan, ternyata tanggungjawab mereka amat berat dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Tanpa mengira bendera yang dikibar di tanahair, Kedutaan Malaysia amat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat Malaysia. Kalau ada masalah sikit tu, adat la kan. We can't impress everybody! Tapi, sekurang-kurangnya apa yang dilakukan diorang tu, membawa manfaat kepada semua. They are the unsung heroes! Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.
Perjalanan selama 2 jam ke Istanbul selamat tiba di Ataturk International Airport pada jam 5.40 pagi. Dan kunjungan Fendiosman bakal diteruskan pula di negara dua benua ini!
to be continued.....
No comments:
Post a Comment