Kata pemandu pelancong, demikianlah lawatan sehari ke Cappadocia. Jadinya, selesai hari kedua di Ankara. Sebelah malam hanya berkurung di rumah. Musim salji macam ni takde orang nak keluar malam pergi clubbing segala. Nak keluar makan, dah ada chef istimewa dari Malaysia. Nak pergi tengok gelek-gelek, dah ditengok di Cairo. Jadinya.......eloklah menghitung detik di rumah sambil menonton tv bersama seisi keluarga.
Hari terakhir di Ankara dimulakan dengan lawatan ke kompleks pusara Mustafa Kemal Atatürk.
Mustafa Kemal Atatürk ([musˈtafa ceˈmal ataˈtyɾk]; indeterminate, 1881–10 November 1938) was a Turkish army officer, revolutionary statesman, writer, and founder of the Republic of Turkey, as well as the first Turkish President. Atatürk was a military officer during World War I.[1] Following the defeat of the Ottoman Empire in WWI, he led the Turkish national movement in the Turkish War of Independence. Having established a provisional government in Ankara, he defeated the forces sent by the Allies. His military campaigns gained Turkey independence. Atatürk then embarked upon a program of political, economic, and cultural reforms, seeking to transform the former Ottoman Empire into a modern and secular nation-state. The principles of Atatürk's reforms, upon which modern Turkey was established, are referred to as Kemalism.
Kata pemandu pelancong, janganlah dikritik Mustafa Kemal di khalayak ramai ini kerana akan menimbulkan kemarahan kepada penduduk Turki. Beliau dianggap sebagai negarawan terulung kerana membebaskan Turki dari peperangan.
Kompleks pusara ini mengandungi pusara, serta muzium sejarah Turki pada zaman Mustafa Kemal. Pusara ini akan dikunjungi oleh semua kenamaan dari seluruh dunia sekira berkunjung ke Turki sebagai tanda memperingati Bapa Turki Moden ini.
Kalau dilihat, di serata Turki ini, statue Musrafa Kemal dan namanya akan diabadikan di hampir kesemua tempat utama. Ada lapangan terbang Ataturk, ada stadium Ataturk, ada Jambatan Ataturk, dan segala macam Ataturk lagi la yang diletakkan.
Kebetulan sewaktu kunjunga Fendiosman, ada kunjungan hormat dari Duta Slovenia yang baru bertugas di Ankara. Jadinya dapatlah dilihat upacara meletakkan kalungan bunga pada pusara Mustafa Kemal.
Dari Kompleks Pusara, Fendiosman melawat pula ke Ankara Citadel yang terletak nun di atas puncak.
Ankara Citadel is situated in the Ulus Bentderesi District of Ankara. Ankara Citadel is one of the symbols of the capitol city of Turkey. Although the exact date of its construction is not known there is widespread belief that the Citadel was built by Romans. The Citadel has two sections. The outer castle has twenty towers and surrounds old Ankara . In the inner castle there is one interior and one exterior gate . The height of the walls of the inner castle which was built with collected stones varies between 14-16 m. Those who visit the Citadel do not only visit the Citadel itself but also the many authentic structures standing there. The old Ankara houses are lined up alongside of the road leading to the Citadel. Some of them have been restored and serve as cafe or restaurant. Recently fish restaurants have been opened nearby. The Anatolian Civilizations museum where opuses from many civilizations lived in Anatolia are displayed is also located within the complex of the Citadel.
Di sini, pemandangan seluruh Ankara dapat dilihat dengan jelas. Saujana mata memandang. Ingatkan Ankara tu cenonet je saiznya!
Sekali tengok dari puncak Citadel ni, wuiiiiiiiiii........................
Alang-alang dah pemandangan cantik, bolehlah membuat aksi model modelan lagi!
Memang pemandangannya sangat indah untuk beraksi!
Kalau ikut tren semasa pengantin Malaysia, tempat ni memang show untuk dibuat sesi fotografi.....
Angin yang menderu, salji yang memutih, ditambah pula dengan mode ceria Fendiosman. Fuh...kalaulah boleh melawat lagi ke sini! Memang satu gerombolan Ahli Fotografi nak Fendiosman bawak, tapi sebab mahal, dan Fendiosman pun mampu meredeem enrich saja untuk berkunjung ke mari, eloklah diabaikan saja hasrat terpendam ittewww.
Walaupun begitu, anda mestilah berani untuk memanjat tangga yang licin sekiranya anda ingin mendapatkan gambar yang terbaik. Tapi kalau tak berani nak panjat, mengesot macam beliau pun cukuplah.
Ataupun merangkak waktu nak mendaki!
Dan, ujar pemandu pelancong berbahasa Melayu ittewww, tatkala sejuk sebegini, waktu yang amat nikmat untuk meminum secangkir kopi Turki!
Kata orang, kopi Turki ni tak sedap. Tapi sebab Fendiosman ni peminum kopi tegar, rasanya amatlah kena dengan selera tekak Fendiosman. Siap boleh tilik nasib lagi...........guna serdak kopi. Tapi khurafat la kan. Perlukah percaya?
Di sini jugalah Fendiosman diperkenalkan dengan Gozleme.
Gözleme is a savory Turkish pastry made by rolling dough with a thin roller and repeatedly folding it. It is filled, and browned in a pan.
Kiranya macam Murtabak la di Malaysia. Cumanya intinya dibuat dari sama ada bayam, feta cheese, daging, atau ayam, atau bawang, atau kesemuanya sekali.
Rasanya...................sampai hari ini Fendiosman terkenangkan! Memang sedap!
Selesai aktiviti lawatan untuk hari terakhir. Fendiosman sempat membeli sedikit kekacang untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Paling menarik hati adalah Cranberry kering yang memang sedap. Kat citadel ni orang jarang sikit membeli, tapi harganya memang murah.....
Aktiviti selebihnya adalah bermalas-malasan di rumah sambil bergurau senda dengan Bambam.
Sebelah malamnya Fendiosman buat aktiviti best....
Yakni dengan memakan eskrem di waktu malam pada musim salji. Wooooooooooooooo........
Dengan bantuan tuan rumah wanita yang mahir berbahasa Turki, maka inilah hasilnya!
Sepanjang lawatan ke dua tempat, Fendiosman berjaya menambah 5kg dengan jayanya berkat hasil makanan yang halalan toyyiba. Punah ye.....punah!
Ditambah pula tuan rumah yang rajin memasak sampai periuk hangus! Memang misi menurunkan berat badan seperti di Jepun satu ketika dulu gagal dan hanya dibawa angin lalu................
to be continued.....





























2 comments:
kontrovesi udang masak lemak tempoyak...
yg pasti periuk yg hangus bukan salah akak ye...periuk ini sudah dibanned dari ditenggekkan atas dapur..duduk ko diam2 dalam itu almari..sampai skrg masih berharap incik suami yg menjadi punca kerentungan periuk menggantikan semula periuk baru kat i..huhuhu
apa kata suruh kakak besar yang spedo u beli periuk baru. kira upah bawa dia pi hammam la....
heh
Post a Comment