Hari kedua di Ankara, salji masih lagi melitupi sebahagian besar kawasan persekitaran. Sangat dingin! Untungnya duduk di negara sejuk macam ni, mandi sehari sekali sajjah. Badan tak berpeluh langsung, jadinya cukup takat mandi macam P Ramlee! Deodorant pun tak perlu sangat ditenyeh di celah lengan. Tapi kalau dah seminggu tak mandi, lain la pulak ceritanya ya murid-murid.
Bangun pagi, Bambam pun dah celikkan mata! Hari ni ayah Bambam nak bawak Fendiosman jalan-jalan. Trip hari ni memang akan memakan masa seharian. Dari matahari naik sampailah matahari terbenam. Semuanya menggunakan kereta. Mujurlah orang diplomat ni harga minyak dapat diskaun. Kalau harga ikut pasaran, mau sampai 8 lira seliter.......nangis nak bayar ya murid-murid!
Persinggahan pertama adalah Tuz Gölü. Lake Tuz (Turkish: Tuz Gölü meaning Salt Lake) is the third largest lake in Turkey and one of the largest hypersaline lakes in the world. It is located in the Central Anatolia Region, 105 km (65 mi) northeast of Konya, 150 km (93 mi) south-southeast of Ankara and 57 km (35 mi) northwest of Aksaray.
Abaikan signage ittewww, signage ittewww hanyalah menyuruh orang pergi mencari toilet kalau nak buang air. Memandangkan tasik ini adalah tasik bergaram, ia menjadi sumber garam utama di negara Turki. Kuasa Allah S.W.T, tengah-tengah benua yang jauh dari laut, tiba-tiba airnya masin. Macam mana tu?
Pemandangannya memang cantik!
Tasik ini sememangnya meninggalkan seribu kenangan buat Fendiosman gara-gara insiden kamera Fendiosman yang setelah sekian lama berkhidmat tercampak masuk ke dalam tasik lantas merosakkan seluruh kamera yang Fendiosman miliki. Inilah gambar yang menjadi punca kerosakan kamera Fendiosman ittewwwww......
Untuk menarik lebih ramai pelancong, kawasan sekeliling tasik ini dibangunkan dengan membina spa untuk rawatan menggunakan mineral tasik bergaram ini. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang serius. Tapi bak kata Anita Sarawak, wudhu' yang sempurna juga boleh menyumbang kepada kejelitaan yang dimiliki. Bergantunglah kepada keadaan kulit anda!
Dalam hati yang sedih dan gundah sebab kamera dah jahanam, Fendiosman tinggalkan tasik tersebut dengan perasaan remuk redam sebab dah susah nak berposing gedik lagi!
Pada mulanya kamera itu masih boleh berfungsi seperti biasa....
Namun, lama kelamaan ia tenggelam ditelan air garam..........................
Inilah snap terakhir yang berjaya diambil dengan kamera tersebut!
Mujurlah Fendiosman membawa bekalan telefon Berihitam! Walaupun kameranya tak secantik Nokia Fendiosman yang hancur ataupun Nikon yang mengakhiri riwayatnya gara-gara lemas di dalam tasik, cukuplah untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan di tempat orang.
Perjalanan diteruskan ke Bandar Aksaray untuk mengisi tangki yang lapar gara-gara kesejukan. Menunya sekadar kudap-kudapan ringan (ringaaaaaaaaan sangat katanya)!
Inilah kawasan mainan pada hari ini.
Namun yang paling menarik hati Fendiosman adalah bandar ini! Fendiosman membayangkan kalau Fendiosman berasal dari tempat ini, dan dalam satu sesi suaikenal bersama-sama teman baru......
"Nama saya Fendiosman berasal dari BATMAN....."
*Pitammmmmmmmmmmmmmmmmmm.......kuasa superhero katanya!
Dari hentian di Aksaray, perjalanan diteruskan melalui jalan-jalan yang merentasi perkampungan....
Sampailah ke destinasi seterusnya iaitu Ihlara Valley
Ihlara is a township with own municipality in Aksaray Province, Central Anatolia, Turkey. It is situated at about 40 km (25 mi) from the province seat of Aksaray and near the town of Güzelyurt. The township is famed for the nearby valley of the same name, Ihlara Valley, which is a 16 km (10 mi) long gorge cut into volcanic rock in the southern part of Cappadocia, following several eruptions of Mount Erciyes. The Melendiz Stream flows through the valley.
Di sini terletaknya kawasan seperti Grand Canyon yang sangat cantik tatkala musim panas. Terdapat gua-gua yang menjadi tempat orang zaman dahulu kala menjalani kehidupan. Diukir dan dipahat dinding gua itu menjadi rumah dan gereja. Kesannya dapat dilihat hingga ke hari ini.
Memandangkan salji yang tebal menutupi sebahagian kawasan, dan suhu sekeliling yang sangat dingin, tidaklah Fendiosman menerokai gua-gua yang ada. Sewaktu kunjungan, hanya kami bertiga sajjah yang berada di kawasan tersebut.
Jadinya, bolehlah peluang digunakan untuk menggedik!
Seperti ini...
Dan ini juga....(kau berani short sleeve dalam suhu -7?)
Dan ini lagi............
Boleh juga main salji sesedap rasa...
Sambil menyampaikan hajat rakan-rakan lain yang tak dapat main salji.................
Di samping menghiburkan diri sendiri buat seketika!
Kira memang bergelumang dengan salji la kisahnya.
Walaupun kesejukan, demi mendapatkan gambar terbaik, pengorbanan perlu dilakukan! Begitulah kata Tyra Banks dalam rancangan realiti terbitan beliau.
Dengan tourguide merangkap supir dan tuan rumah berbahasa Melayu, maklumat setiap destinasi itu dapat dijelaskan dengan mendalam dan sampai kepada Fendiosman tanpa perlu banyak persoalan. Masih panjang lagi sesi lawatan hari ini. Namun, Fendiosman memang seronok dan puas dengan apa yang disajikan walaupun perjalanannya ittewww agak memenatkan!
to be continued.....


















No comments:
Post a Comment