Saturday, December 03, 2011

Suntanning for the second time

Apa yang ada di Swasana?


Haaaaaaaaaaaaaaaa.......mrasalah memilih pakej rawatan spa.


Seperti biasa, anda akan dibelai dan dimanjakan sejurus melangkah masuk ke spa ini. Sama seperti mana-mana spa eksklusif yang terdapat di Phuket.


Kalau anda bijak memilih, anda akan dapat pakej yang amat berpatutan untuk beberapa rawatan sekaligus.


Pakej yang Fendiosman ambil ini termasuklah pakej membuat rawatan kuku kaki dan tangan. Manicure Pedicure katanya......


Kuku dan kutikel mati dirawat sebaik mungkin oleh pekerja Swasana yang ramah serta kaya dengan cerita-ceriti termasuklah pengalaman menghadapi tsunami satu ketika dulu. Berlarian menuju ke bukit untuk menyelamatkan diri. Ish......tetiba terbayang insiden tu di depan mata.


Sambil menyaksikan panorama senja di Patong, Fendiosman menikmati rawatan berlatarbelakangkan Laut Andaman yang menelan beratus-ratus ribu nyawa satu ketika dulu.


Destinasi ini indah, tapi pada pandangan Fendiosman, untuk yang menikmati suasana yang serene secara total, SAMUI adalah tempat yang paling sesuai.


Sedar tak sedar, matahari hilang di ufuk barat. Malam pun menjelma, dan kehidupan di Patong pun bermula....


Di Phuket, mudah untuk anda mendapatkan makanan halal. Jadi, anda tak perlu khuatir kalau anda jenis yang tak boleh makan di kedai pork free (walaupun makan seafood), ataupun bertukar menjadi mode vegetarian barang seketika! Ada masakan Arab, Thai, India, Iran, dan macam-macam lagi!


Tapi, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan lain-lain destinasi yang pernah Fendiosman kunjungi. Kalau kebab pun dah 120 baht, apa lagi secawan Green Tea Latte kan?


Errrrr, sebelah malam di Patong ni sesuailah kalau anda nak menikmati malam yang meriah dan sambil berpesta!

Fendiosman? Malam pertama ni Fendiosman nak rehat.......

Jalan-jalan? Esoklah......


Friday, December 02, 2011

Suntanning for the second time


Kalau dulu di Samui, Fendiosman memilih untuk menginap di Impiana Resort, kali ini di Phuket, Fendiosman masih menggunakan hotel yang sama. Dengan harga yang berpatutan, Fendiosman membeli pakej yang meliputi harga penginapan termasuk sarapan (yang pork free), complimentary massage, complimentary dinner, serta.....



Yaaaaa, pengangkutan dari lapangan terbang ya murid-murid.


Ada supirnya! Terasa macam orang kaya pulak! Harga supir ini, termasuk air mineral di tepi itu dari lapangan terbang ke tempat penginapan di Patong adalah 900 baht. Agak berpatutan walaupun nilai Ringgit Malaysia susut sedikit berbanding 100 Thai Baht.


Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 50 minit dan Fendiosman disajikan dengan pemandangan biasa seperti di negara sendiri. Ada pokok getah, ada motosikal, ada kampung-kampung, ada masjid. Cuma tulisannya saja yang berbeza.


Mrasa feeling-feeling Zehra di TV3......


Pusing punya pusing, jalan punya jalan, tibalah Fendiosman di Impiana Cabana Resort, Patong.


Servisnya masih sama. Disajikan dengan tuala sejuk penyegar muka, dan minuman roselle buat penghilang dahaga.


Walaupun hotel ini biliknya berjumlah 64 buah saja, tapi tetap Fendiosman dibekalkan dengan peta. Khuatir sesat katanya!


Plinkkkkk...ini biliknya. Waaaaaaaaaau....


Ada bath tub terbuka...... (lampu atas kepala Fendiosman menyala, tanda scene mandi buih Sopeah Jin perlu dimasukkan ke dalam aturcara harian)


Ada juga buah-buah tempatan!


Dan ini pemandangan di depan bilik Fendiosman. Tempat abang dan kakak saleh berjemur


Hotel ini sebenarnya pernah dilanggar tsunami pada tahun 2004 yang lalu. Inilah Patong Beach yang pernah muncul di kaca-kaca tv sebagai antara tempat yang terjejas apabila dihempas ombak besar.


Apa yang ada di sini? Ooooh, ada kakak saleh berjemur......


Ada juga bapak saleh gendut dan wanita asia yang menaruh pengharapan agar bapak saleh itu membawanya pulang menjadi suri rumah di negara saleh.


Errr...mujurlah Fendiosman tak dikurniakan badan sebegini rupa. Kalau tak mesti Fendiosman jadi beachboy kat sini. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....


Jadi, sebab makan hati tengok badan yang cantik, Fendiosman menyedari kekurangan diri, makanya, duduklah berbaring tanpa menanggalkan sebarang pakaian seperti abang dan kakak saleh yang ada.


Tapi kalau kompidens macam atok saleh ni, apa salahnya kalau berjemuran kan?


Suasana di Impiana Resort ini amatlah menyenangkan Fendiosman. (antara punca kenapa tempat ini dipilih sebagai tempat penginapan berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu di Impiana yang berbeza di Malaysia dan Thailand)


Dan oleh sebab suasananya menyenangkan, Fendiosman memilih untuk ke Swasana, satu tempat yang menjadi trademark resort ini. Apa aktivitinya? Nanti kita sambung ye murid-murid! Dan panjang lebar pun posting ni.

Thursday, December 01, 2011

Suntanning for the second time

Fendiosman memang selalu berhajat nak update blog ni sekerap mungkin, tapi kerana kesibukan kerja, kerana masa yang begitu mencemburui Fendiosman, kerana jadual yang padat, kerana aktiviti heret beg ke sana ke mari, Fendiosman terpaksa melupakan hasrat untuk membuat posting seperti yang Fendiosman cita-citakan.

Tapi........

Kali ni, Fendiosman curi sedikit masa untuk bercerita mengenai aktiviti Fendiosman sewaktu hujung minggu yang lalu, yakni sewaktu Awal Muharram. Fendiosman mencuri sedikit masa untuk diri Fendiosman sendiri.

Kalau pertengahan tahun dulu, Fendiosman ke Koh Samui, kali ni, Fendiosman ke sebelah barat pula, iaitu Phuket.


Sesetengah pembaca mungkin merasakan duit Fendiosman berkepuk-kepuk! Tapi hakikatnya, tiket ke Phuket ni adalah tiket miles redemption Enrich, dan Fendiosman hanya membayar cukai serta sewa hotel yang harganya amat berpatutan.


Seperti biasa, Fendiosman mulakan perjalanan di ERL Putrajaya usai terbitnya matahari pagi. Pagi Jumaat, Cuti Sekolah, memang musim orang berjalan-jalan bercuti ke sana ke mari. Fendiosman pun sama!


Dan urusan bagasi dan pengesahan dokumen di KLIA berjalan lancar! Moralnya : BAYARLAH PTPTN kalau nak bergerak mudah ke sana ke mari!


Sarapan pagi berlatarbelakangkan pemandangan di domestic pier! Well, Fendiosman enjoy dengan pemandangan sebegini sebenarnya. Damai dan mendamaikan.


Fendiosman pula feeling2 bagaikan orang kaya sambil membuat rutin bacaan akhbar pada awal pagi.


Kau dah bayar? Fendiosman dahhhhh...........


KLIA di waktu pagi adalah tempat warga asing tidur melepaskan lelah setelah tiba dari destinasi yang jauh dan menuju ke destinasi seterusnya!


Agak sibuk hari ini!


Kau tau tak Christmas Island tu kat mana?


Fendiosman pula resah dengan ramalan keadaan cuaca. Buatnya ujan. Habis rosak program..... :(


Nampak macam penuh je! Tapi abang dan kakak Saleh lah yang ramai!


Burung tua tunggangan Fendiosman....


Dan tempat duduknya!


Serta anak kapalnya, sekali lagi insiden mistaken identity berlaku untuk kesekian kalinya! Jadi, lakonan yang cemerlang perlu bagi memastikan identity yang tersalah itu boleh dikekalkan.


Errrr, untuk yang nakal2, anda bolehlah cuba mintak PEN dari anak kapal yang bertugas. Biasanya anda akan dapat PEN yang hangat dari ketuhar. Depa akan letak pen di tempat yang Fendiosman letakkan ini. Provided anda mintak dari perempuan lah. Kalau lelaki, mana ada ketuhar. Ketuhar dia di tempat lain!




Kabin yang penuh ya murid2!



Jiran Fendiosman adalah warga Afrika Selatan yang sangat jinak! Baru 3 bulan, dah jalan jauh2....


Sejam suku perjalanan, yakni meal sector yang amat kelam kabuts untuk anak kapal, tibalah Fendiosman di Phuket.


Biasanya Fendiosman dapat kacang selambak, tapi kali ni, hasil keramahan Fendiosman dengan LSS, plinkkkkk! Tuaian yang berjaya Fendiosman offload dari burung tua. Biskut dan Jus Oren sebagai teman bercuti kata LSS.

Selesai urusan imigresen dan kastam dengan pantas. Dan bermulalah episod jemuran untuk merentungkan diri di Phuket bagi diri Fendiosman. Nanti kita sambung yaaaa! Janji!