Thursday, December 01, 2011

Suntanning for the second time

Fendiosman memang selalu berhajat nak update blog ni sekerap mungkin, tapi kerana kesibukan kerja, kerana masa yang begitu mencemburui Fendiosman, kerana jadual yang padat, kerana aktiviti heret beg ke sana ke mari, Fendiosman terpaksa melupakan hasrat untuk membuat posting seperti yang Fendiosman cita-citakan.

Tapi........

Kali ni, Fendiosman curi sedikit masa untuk bercerita mengenai aktiviti Fendiosman sewaktu hujung minggu yang lalu, yakni sewaktu Awal Muharram. Fendiosman mencuri sedikit masa untuk diri Fendiosman sendiri.

Kalau pertengahan tahun dulu, Fendiosman ke Koh Samui, kali ni, Fendiosman ke sebelah barat pula, iaitu Phuket.


Sesetengah pembaca mungkin merasakan duit Fendiosman berkepuk-kepuk! Tapi hakikatnya, tiket ke Phuket ni adalah tiket miles redemption Enrich, dan Fendiosman hanya membayar cukai serta sewa hotel yang harganya amat berpatutan.


Seperti biasa, Fendiosman mulakan perjalanan di ERL Putrajaya usai terbitnya matahari pagi. Pagi Jumaat, Cuti Sekolah, memang musim orang berjalan-jalan bercuti ke sana ke mari. Fendiosman pun sama!


Dan urusan bagasi dan pengesahan dokumen di KLIA berjalan lancar! Moralnya : BAYARLAH PTPTN kalau nak bergerak mudah ke sana ke mari!


Sarapan pagi berlatarbelakangkan pemandangan di domestic pier! Well, Fendiosman enjoy dengan pemandangan sebegini sebenarnya. Damai dan mendamaikan.


Fendiosman pula feeling2 bagaikan orang kaya sambil membuat rutin bacaan akhbar pada awal pagi.


Kau dah bayar? Fendiosman dahhhhh...........


KLIA di waktu pagi adalah tempat warga asing tidur melepaskan lelah setelah tiba dari destinasi yang jauh dan menuju ke destinasi seterusnya!


Agak sibuk hari ini!


Kau tau tak Christmas Island tu kat mana?


Fendiosman pula resah dengan ramalan keadaan cuaca. Buatnya ujan. Habis rosak program..... :(


Nampak macam penuh je! Tapi abang dan kakak Saleh lah yang ramai!


Burung tua tunggangan Fendiosman....


Dan tempat duduknya!


Serta anak kapalnya, sekali lagi insiden mistaken identity berlaku untuk kesekian kalinya! Jadi, lakonan yang cemerlang perlu bagi memastikan identity yang tersalah itu boleh dikekalkan.


Errrr, untuk yang nakal2, anda bolehlah cuba mintak PEN dari anak kapal yang bertugas. Biasanya anda akan dapat PEN yang hangat dari ketuhar. Depa akan letak pen di tempat yang Fendiosman letakkan ini. Provided anda mintak dari perempuan lah. Kalau lelaki, mana ada ketuhar. Ketuhar dia di tempat lain!




Kabin yang penuh ya murid2!



Jiran Fendiosman adalah warga Afrika Selatan yang sangat jinak! Baru 3 bulan, dah jalan jauh2....


Sejam suku perjalanan, yakni meal sector yang amat kelam kabuts untuk anak kapal, tibalah Fendiosman di Phuket.


Biasanya Fendiosman dapat kacang selambak, tapi kali ni, hasil keramahan Fendiosman dengan LSS, plinkkkkk! Tuaian yang berjaya Fendiosman offload dari burung tua. Biskut dan Jus Oren sebagai teman bercuti kata LSS.

Selesai urusan imigresen dan kastam dengan pantas. Dan bermulalah episod jemuran untuk merentungkan diri di Phuket bagi diri Fendiosman. Nanti kita sambung yaaaa! Janji!

No comments: