Friday, December 16, 2011

Suntanning for the second time

Selain makanan dan minuman ringan di atas bot, pakej yang disertai ini turut menyediakan makan tengah hari di salah satu pulau yang termasuk dalam itenerary lawatan.



Pulau pertama, Pulau 9. Ke tempat penyu bermain, Pulau 8. Makannya di Pulau 5 kira-kira 10 minit dari Pulau 9.


Haaa...ada taman negara katanya.


Seperti kembara Fendiosman ke Halong Bay Vietnam dulu, makan di sini pun perlu dimakan bersama-sama orang lain yang datang bersama kumpulan rombongan yang sama bot dengan Fendiosman.


No pork served! Tapi tak perlulah makan ayam segala tuuu. Nasik lauk telur dengan sayur pun dah cukup. Bukan untuk kenyang ye murid-murid, sekadar lapik perut je haaaa. Adat merantau, we can never be so comfortable. Dan di sinilah kita akan mengerti maksud THERE IS NO OTHER PLACE LIKE HOME. Tapi, Fendiosman berseru, kalau ada peluang untuk mengembara, silakan. Pergilah tengok tempat orang, kemudian barulah kita akan lebih menghargai apa yang kita ada.


Selesai mengisi tangki, barulah boleh pose-pose ambik gambar di tepi pantai.


Siesta time...


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pantai ini. Main pasir boleh, mandi laut pun boleh. Jalan-jalan tanpa arah tujuan pun boleh, dan boleh juga bercekak pinggang dengan berperasaan seperti model yang sedang membuat photoshoot. 


Dan anda juga boleh membuat photoshoot sendiri seperti pasangan yang baru berkahwin ini.


Kata orang, kat Phi Phi dan Phang Nga tu sesak. Tapi kat sini pengunjungnya memang terhad. Dalam sehari, ada bilangan tertentu sahaja yang boleh menjejakkan kaki ke sini.  


Pemandangannya memang menarik hati. Boleh lihat betapa eratnya hubungan keluarga....


Betapa intimnya juga kasih sepasang merpati!


Serta betapa cerahnya pemandangan sambil disinari warna yang terang benderang.


Fendiosman pun turut serta dalam acara siesta ini.



Errrr......cantik kan lautnya tu?


Selesai bersiesta, kami ke pulau terakhir, yakni ke Pulau 4 untuk aktiviti terakhir yakni snorkeling.


Ada juga aktiviti diving oleh penyelam-penyelam skuba. Ni kena ambik lesen dulu baru boleh buat.


Fendiosman dah tak larat nak terjun ke laut. Cukuplah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan keindahan alam seperti di belakang Fendiosman itu!


Seharian di laut lepas, selesailah aktiviti bercengkarama di Pulau Similan. Terkelepek bagai kain buruk akhirnya.


Lambungan ombak juga tidak dihiraukan sebab terlalu letih dengan segala macam aturcara yang ada.


Sebelah malam, beginilah keadaan Fendiosman. Terus koma sehingga keesokan harinya.

No comments: