Matahari dah terbenam. Fendiosman kembali ke tempat penginapan untuk makan malam. Pakej penginapan yang Fendiosman tempah itu termasuk satu set makan malam untuk dua orang. Makanya malam itu adalah malam candle-light dinner di tepi pantai. Mrasaaaaaaaaaa
Suasana makan malam diiringi deburan ombak yang memecah pantai....
It was a 6 course meal, dan Fendiosman sempat merakamkan beberapa meal yang dihidangkan.
The meal was fine.........sampailah ke main course, Fendiosman pitammmmmmm....
Bila nasik dihidangkan berbentuk HATI ya. HATI BENTUK CINTA....matila Elyana! Padanlah bila kami nak duduk, waitress yang layan tu sengeh-sengeh je! Chettttt! Tengok kiri kanan, semuanya kapel kapel kakak dan abang saleh sedang makan melainkan kami berdua yang sama-sama ber'keris'.
Burrrp. Selesai sudah dinner romantik di tepi pantai! Teruslah kami meninjau suasana kehidupan malam di sekitar Patong.
Kat Patong ni ramai yang bekerja malam.
Mencari sesuap nasi katanya.......dan ada juga yang menunggu untuk dikerjakan. Ni namanya 'kerja' syif malam. Tapi kalau orang Asia macam Fendiosman ni, depa tak pandang. Depa lebih suka FARANG, ataupun FOREIGNER, mungkin disebabkan.........saiz? Atau wang yang banyak walaupun gendut? Kesimpulan yang Fendiosman boleh buat, mereka mengimpikan kehidupan yang indah di negara Barat dan amat mengharapkan agar mereka dipinang oleh abang-abang Saleh walaupun perutnya gendut dan badannya hapak! Realiti kehidupan......
Errr.....tempat yang paling meriah di sini adalah di Bangla Road. Penuh aksi.........persis Patpong di Bangkok.
Ada pelbagai tawaran yang diberikan kepada pengunjung. Kalau di Bali, Kuta amat meriah dengan kehidupan malamnya, Bangla Road adalah Kuta versi Phuket, ditambah pula dengan Go go Show yang sangat menarik hati pengunjung itu. Gadis-gadis bergayutan di tiang sambil mengharapkan dibawa pulang ke bilik penginapan. Begitu juga golongan gadis berdada bidang, berbahu lebar dan bersuara garau. Semuanya mencari pelanggan untuk memastikan dapur di rumah menyala apinya!
Namun, Fendiosman ada misi utama pada malam itu! Tapi bukanlah di kedai jambu ini!
Ataupun di restoran ini....
Jauh sekali hendak berMuay Thai bersama lelaki-lelaki sasa ini!
Apatah lagi hendak mengikut kakak ini meniaga di tepian air......
Haaaaa.....inilah misi Fendiosman sebenarnya!
Mendapatkan ole-ole wajib untuk diri sendiri....
Well, I'm not into shopping, but when I buy things.......Masya Allah! Nanges ye..nanges!
Selesai misi membakar wang tunai demi kemajuan ekonomi rakyat Thailand! Walaupun lebar senyumannya, dalam hati................ohhhhhhh!
Errr...sebelum duit terbakar lagi, marilah bergegas pulang ke bilik penginapan. Esoknya perlu bangun awal untuk aktiviti berikutnya. Kalau ikutkan malam masih muda, tapi takut terbabas......jadi, perlulah mengalah walaupun hati melonjak kegirangan! Huuuuuuuu





1 comment:
Ya... yang penting untuk diri sendiri ...
Sementara masih bujangan ..... terokailah dunia ....
kalau dah berderet mcm CA ni .... nak pegi mana2 pikir 40 kali
Post a Comment