Pulau Similan adalah gugusan pulau yang terdiri dari sembilan buah pulau. Terletak di laut Andaman, Pulau ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 diving spot yang terbaik di dunia. Untuk kaki skuba, tempat ini bagaikan syurga dunia untuk menikmati keindahan di bawah laut.
Bagi pencinta alam semulajadi pula, ia adalah tempat yang paling sesuai untuk merehatkan fikiran. Lautnya yang membiru, pasirnya yang memutih, tapi bukanlah mengalami masalah keputihan ya murid-murid!
Melangkah turun dari bot yang dinaiki dari tanah besar, satu kelegaan. Fendiosman cuba cari wajah-wajah yang sebangsa dengan Fendiosman. Malangnya, takde langsung! Macam Fendiosman cakap sebelum ni, rakyat negara Fendiosman suka menjelajah pusat membeli-belah, dan menikmati keindahan kedai-kedai yang menawarkan bidaan yang menarik untuk pengunjung menghabiskan wang.
Kalau nak menikmati pemandangan pulau-pulau yang ada ni, kena mendaki bukit yang curam dulu. Untuk yang menghadapi masalah gout, atau masalah badan seumpama kenderaan berat, aktiviti mendaki ni kurang sesuai sikit lah. Bukan apa, takut nanti menyusahkan orang lain nak memapah atau memegang tangan kalau tersangkut di mana-mana perhentian di sepanjang perjalanan mendaki itu.
Tapi, bila dah sampai ke atas bukit itu, memang saujana mata memandang. Kalaulah dapat buat rumah yang ada pemandangan macam ni! Alangkah bestnya...................
Ramai jurufoto tegar yang menjadikan Pulau Similan ini sebagai medan untuk menguji kemahiran dan bakat yang ada.
Sekeliling 360 darjah pemandangan Fendiosman, pelbagai bentuk dan warna yang dapat disaksikan.
Walaupun pulaunya itu berjumlah sembilan kesemuanya, tapi kami hanya dapat menjejakkan kaki ke 4 buah pulau saja. Pulau-pulau yang tak dapat dijejak tu disebabkan oleh masalah untuk melabuhkan bot, serta langkah kerajaan untuk memelihara tapak-tapak warisan semulajadi daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tapi kalau anda salah sudut pusingan, anda akan dapat pemandangan bulu ketiak jurugambar, ataupun pemandangan selulit nenek-nenek saleh yang selesa berbikini walau di mana saja mereka berada. Dapat juga pemandangan burger berlipat kalau anda berdepan dengan manusia-manusia tegap sebegini!
Selain dari aktiviti hiking, kita juga boleh membuat aktiviti snorkeling di celah-celah batu sambil bermain dengan anak-anak ikan. Tapi awas, ombaknya sukar diduga. Silap haribulan, terhempas ke batulah jawabnya.
Fendiosman pula mengambil kesempatan untuk menjadi model Hero Remaja bulan Muharam pada kunjungan kali ni.
Penat bersnorkeling, memang stim kalau dapat air oren berkabonat. Pakej yang Fendiosman sertai ini termasuk minum-minuman dan buah-buahan yang disediakan di atas bot, serta makan tengahari dan juga pengangkutan pergi dan balik dari tempat penginapan ke jeti. Jadi takdela mahal sangat. Tapi kalau kedekut, 5 ringgit pun dah kata mahal. Tak gitu?
Setelah puas di pulau yang sangat cantik, kami dibawa ke satu lagi pulau untuk menikmati pemandangan bawah laut pula. Makanya bersiaplah Fendiosman dengan safety jacket dan snorkeling gear untuk aktiviti di bawah laut ini.
Bagaikan dugong terjun ke air, rasa seronok bila dibuai olengan ombak!
Sedang sedap menikmati pemandangan yang ada, haaaa...ada pula makhluk pemalu yang turut menyertai aktiviti snorkeling kami.
Boleh juga melihat pemandangan sebegini, jangan pulak pi tegur kata depa ni songsang walaupun dah terang-terang depa songsang. Sekgi tak pasai kena saman dengan depa.......
No comments:
Post a Comment