Hari kedua di Phuket dimulai dengan sarapan pagi di Sala Bua Restaurant, yang berhadapan dengan Patong Beach.
Satu yang unik dengan hotel-hotel di Thailand ni, they serve local fruits.
Dan jenis makanan yang dihidangkan adalah dari jenis yang boleh dimakan oleh masyarakat Muslim.
Sewaktu tsunami melanda pada tahun 2004 yang lalu, pantai ini musnah dipukul ombak. Jadi, kerajaan Thailand telah mengaktifkan sistem amaran tsunami untuk memastikan keselamatan pengunjung yang berjemur di sini.
Hajat di hati nak berbaring mengadap pantai, tapi Fendiosman kena bergegas ke lapangan terbang untuk menjemput seseorang yang menyertai Fendiosman dalam siri jelajah pada kali ini. Di samping sama-sama bercuti, Fendiosman buat sesi mentoring coaching di luar negara untuk mentee Fendiosman ini.
Makanya aktiviti rileks-rileks terpaksa digantikan dengan aktiviti minum kopi di lapangan terbang.
By the time kapal terbang sampai, waktu pun dah nak tengah hari. Jemput makan GRABS jom! GRABS itu adalah KETAM ya! Ejaan dalam bahasa tempatan katanya.....
Kalau di Malaysia, bunga raya adalah bunga kebangsaan. Di Thailand, bunga orkid menjadi hiasan di mana-mana saja termasuklah di gelas minuman.
Boleh juga buat hiasan di telinga sambil feeling-feeling cantekkkkkk.
Kalau datang ke Thailand, sia-sialah kalau tak makan tomyam! Fendiosman pilih tomyam ikan siakap untuk mengisi tangki perut sebelum operasi mengambil gambar di bawah sinaran mentari yang terik.
Serta brokoli goreng GRABS......
Perut kenyang, hati senang. Mulalah operasi lawatan ke pantai-pantai yang fofular di Phuket.
Fendi Osman.......mode OMBAK RINDU katanya!
Walaupun cuaca amat terik, tapi pantai-pantai di sini tetap menjadi pilihan kakak dan abang Saleh untuk menggelapkan kulit.
Fendiosman pun tak dapat nak jelaskan, entah kenapa pantai-pantai di sini amat menarik hati Fendiosman.....
1 comment:
aii pergi sorang je ke en fendiosman??
Post a Comment