Pagi terakhir di Phuket dimulakan dengan sarapan tatkala mentari sudah meninggi. Buah ciku, nanas dan jambu menjadi pembuka selera Fendiosman pagi ini. Kebetulan bertemu dengan satu pasangan warga emas rakyat Malaysia yang melawat anak mereka yang merupakan General Manager resort itu, sempatlah sesi beramah mesra bergosip bersembang menuntut ilmu dengan mereka. Sedar tak sedar, sesi kami dah memakan masa lebih 2 jam di situ.
Dengan badan yang melekit, Fendiosman mengambil peluang yang ada untuk membelai diri sendiri di tub mandi terbuka di dalam bilik penginapan. Mentee Fendiosman telah selamat berangkat ke lapangan terbang, jadinya, peluang ini mesti dimanfaatkan sebaik mungkin!
Maka mulalah pelbagai aksi bagaikan kanak-kanak riang di dalam air. Mujur takde itik kaler kuning kecik tu!
Suka Fendiosman ingatkan, aksi-aksi ini dirakamkan sendiri tanpa bantuan jurukamera.
Memang kena dapatkan sudut yang tertentu bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak diingini muncul di dalam kamera.
Selesai acara rendaman di bilik air! Fendiosman mengambil peluang menyusuri pantai Patong yang dipenuhi oleh sunbathers. Cuaca pagi Isnin itu amatlah baik dan sesuai untuk aktiviti jemuran badan.
Haaaa....tercari-cari Fendiosman bendera Malaysia! Takde rupanya, sebab orang kita dah semulajadi cantik kulitnya. Tak perlu berjemur untuk mendapatkan warna keemasan pada tona kulit kita.
Seperti pantai-pantai lain yang dipenuhi pelancong, di sini pun pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh pengunjung. Contohnya watersports.
Scene biasa yang boleh dilihat!
Jemuran yang tak mengenal erti kepanasan demi mendapatkan kulit yang sekata warnanya. Orang kata, kecantikan melalui penderitaan....
Pelbagai jenis bentuk badan dapat disaksikan. Ada yang terlebih selulit. Ada yang kekar. Ada juga yang sedang-sedang. Semuanya dengan satu tujuan, menikmati keindahan pantai sambil menenangkan fikiran.
Fendiosman sopan. Sebab dah gelap. Tak perlulah nak menggelapkan diri lagi.
Satu lagi perkara unik yang diambil perhatian oleh pihak berkuasa ialah membuat kawasan khusus untuk mereka yang nak mandi laut. Motobot dan aktiviti watersport tak dibenarkan dibuat di kawasan yang berpelampung kuning ini. Ciri-ciri keselamatanlah kiranya. Mungkin di Malaysia pun boleh diadakan kawasan sebegini untuk mengelakkan kemalangan yang melibatkan pengunjung-pengunjung pantai.
Dari hujung ke hujung. Kiranya rosaklah aktiviti mandi pagi Fendiosman setelah aktiviti rentas pantai
Sedar tak sedar, dah kena kemas barang dan check out!
Fendiosman dibawa ke Lapangan Terbang Phuket untuk keberangkatan balik ke Malaysia. Panjang barisannya, tapi sebagai golongan yang menikmati keistimewaan, Fendiosman diberikan seorang butler yang mengikut Fendiosman bagi keseluruhan proses daftar masuk hinggalah Fendiosman berada di lounge untuk menunggu waktu perlepasan.
Sementara tu, Fendiosman cuba-cubalah ambil gambar untuk menajamkan skil dengan kamera kompak.
Mencabar jugak sebenarnya, lebih-lebih lagi dengan objek yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi.
Baru Fendiosman tau betapa susahnya jadi kameraman. Tapi kalau dah minat, apa nak dikira lagi dak? Habis lenguh2 kepala Fendiosman mencari angle untuk difotokan.
Untungnya, di lounge ini disediakan perkhidmatan urut percuma!
Jadinya, bolehlah Fendiosman cuba untuk menghilangkan lenguh tengkok yang dah teleng menengok kapal terbang.
Tiba waktu berlepas, Fendiosman pun turut serta dalam barisan yang panjang itu bersama-sama abang dan kakak saleh serta penumpang-penumpang lain yang hendak ke Kuala Lumpur.
Penutup kunjungan Fendiosman ke Phuket adalah berlepasnya pesawat dari lapangan terbang di tepi laut itu......
Matahari pun terbenam di ufuk timur!
Dan Fendiosman pun penat. Tamatlah episod kali ini. Nanti kita tunggu cerita lain pulak ya!




No comments:
Post a Comment