Pantai Kata adalah antara pantai yang menerima kunjungan abang dan kakak Saleh untuk menggelapkan kulit sambil bermain ombak.
Fendiosman pula terus meneroka di bawah terik matahari yang mencengkam kulit kepala (kesannya, sampai hari ni kulit Fendiosman rentung, dan menggelupas)
Seperti yang dimaklumkan, Fendiosman bukan berseorangan. Dalam penerokaan kali ni, Fendiosman disertai oleh anak didik Fendiosman di pejabat. Beliau ni menjadikan mengambil gambar sebagai hobi. Jadi amat sesuailah kalau nak mencari sudut terbaik untuk dirakamkan.
Fendiosman pun suka ambik gambar, tapi...........................kamera Fendiosman hanyalah compact kamera yang boleh dimasukkan ke dalam poket. Tapi, kalau pandai cari angle, akan dapat jugak gambar yang cantik macam Fendiosman ambik ni. (Ya lah kan.............sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)
Pantai ini juga sesuai untuk anda melayan perasaan sambil kaki anda dipukul ombak...............
Cuma satu saja yang Fendiosman kagumkan. Walaupun pantai di sini dikunjungi ramai pelancong. Tapi kebersihannya tetap terpelihara!
Dari Kata, kami ke Kata Noi. Di sini terdapat resort-resort yang mewah yang di bina di lereng bukit di tepi laut. Fendiosman dibawa ke Impiana Private Villa Kata Noi untuk mengambil gambar. Terpegun sejenak dengan keindahan suasana villa yang dibina. Harganya......Fendiosman hanya mampu menelan air liur saja!
Salah satu tempat yang menarik untuk melangsungkan perkahwinan katanya! Dan kebetulan sewaktu kunjungan Fendiosman, ada satu perkahwinan yang bakal berlangsung sewaktu matahari terbenam pada hari tersebut.
Kalaulah Fendiosman banyak duit, nak saja duduk di sini barang semalam dua!
Sejurus selepas menyegarkan mata dengan pemandangan yang indah, kami ke puncak Big Buddha untuk menyaksikan pemandangan indah dari kejauhan. Walaupun pemandangannya menarik, tapi Fendiosman agak kurang selesa berada di bawah terik matahari. Ditambah pula kunjungan masyarakat tempatan yang menghabiskan hujung minggu di sini, kawasan Big Buddha ini agak padat dengan pengunjung.
Bagi yang menggemari suasana ketika matahari terbenam, Cape Phromtep adalah satu kawasan yang amat sesuai untuk dikunjungi
Fendiosman pun tidak terkecuali.......
Kalau jenis jurugambar tegar, suasana sebegini memang dicari-cari untuk diabadikan.
Memang suasananya amat menarik!
Subhanallah.....
Tak terucap dengan kata-kata!
Mungkin itulah juga perasaan jurugambar ini.......
Bagi pasangan yang suka menghayati suasana sambil mengucapkan kata-kata indah, di sini, persekitarannya amat romantis! Dan bagi yang sebatang kara seperti kami berdua, kami hanya tolong tersenyum melihat telatah mereka.
Errrrr....sila abaikan plus size model yang berbaju merah itu ya! Sesungguhnya beliau amatlah merosakkan gambar!
Detik berlalu, matahari mula melabuhkan tirainya. Suasana makin sepi......makanya marilah kita pulang. Nanti tak nampak jalan ya murid-murid!
Biarlah mereka leka dibuai perasaan mereka. Yang penting, Fendiosman gembira dapat menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi.


1 comment:
photo yang ada sibaju merah t .... memang cantik ...
Post a Comment