Thursday, November 17, 2011

Evolusi

Hari ni Fendiosman takmau cerita apa-apa......
Takde isu yang menarik untuk Fendiosman paparkan untuk pembaca sekelian.

Cumanya ada satu perkara yang menarik hati Fendiosman kebelakangan ini. Yakni.....

 Mukaku terevolusi di terbitan antarabangsa...

Mrasa iklan free sekejap! Muka kau ada ke masuk international cam muka Fendiosman?

Sebenarnya isu yang Fendiosman cuba paparkan adalah....


Evolusi duit 100 ringgit. Kalau jaman Fendiosman lahir dulu, ginilah rupa bentuk duitnya! Tanda RM pun takde lagi. Nilai waktu tahun 80 tu aaaamatlah besar! Gaji seseorang pun dalam seratus dua ratus je.

Masuk pulak cetakan baru duit 100 itu

Ada gambar masjid negara! Zaman ni dalam pertengahan 80an rasanya! Fuhhhh....kalau nilai time tu, bolehlah berbangga kalau nilai duit raya mencecah 100 lebih-lebih lagi kalau di kampung. Ya lah, gi rumah orang dapat sekupang dua je! Kalau 100 tu maksudnya anda rajin bergerak dari rumah ke rumah (Fendiosman tak pernah buat sebenarnya) untuk mengutip duit raya!

Dan....................akhir sekali


Inilah rupanya duit sekarang

Sekarang ni, dengan nilai 100 ni, cukuplah untuk makan pagi dan tengahari di pejabat untuk seminggu kerja. Seminggu 100. Minyak seminggu setengah kalau naik MYVI macam Fendiosman.

Tapi, entahlah....duit 100 ni memang menarik perhatian rakyat Malaysia kebelakangan ni.  Wallahua'alam

1 comment:

Naz said...

kelasssnya muka masuk terbitan international! tapi adekah muka en tariq diletak sama kerana disalah tafsir sebagai orang afrika? ;)