Monday, November 07, 2011

Dekat lagi mendekatkan....


Pada kesempatan ini Fendiosman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua pengunjung blog Fendiosman yang Fendiosman hormati.

Perayaan yang disambut oleh seluruh umat Muslim di serata dunia ini merupakan perayaan yang terbesar dan ia juga dikenali dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Apabila disentuh mengenai korban, kita pasti mengingati kisah Nabi Ibrahim A.S mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S sebagai tanda taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. Namun, ramai yang kurang mengetahui sebenarnya korban pertama yang dilakukan di dunia ini adalah pada zaman Nabi Adam A.S apabila anak-anaknya Qabil dan Habil mengorbankan hasil ternakan dan tanaman untuk dipersembahkan kepada Allah. Kisah ini turut disuratkan dalam surah Al-Maidah dan ia merupakan titik tolak kepada ibadat korban yang diadakan pada hari ini.


Korban berasal dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud dekat, atau mendekatkan. Jadi, dalam ibadat yang dilakukan ini, ia bertujuan untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T.


Tahun ini Fendiosman berkesempatan untuk menyertai korban yang dibuat di sekolah tempat Fendiosman menuntut sewaktu pengajian menengah dulu. Kali pertama Fendiosman menyumbang untuk aktiviti ini. Satu pengalaman yang baru buat Fendiosman. Nukilan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi ia sebagai perkongsian perjalanan hidup Fendiosman yang penuh dengan warna-warni.

Acara anjuran sekolah ini dikelolakan oleh......................


Haaaa! Ustaz manisnya kurma itu yang merupakan guru di sekolah tempat Fendiosman menuntut satu ketika dulu. Dari zaman muda trang tang tang tang, sampailah zaman menjadi pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah memang gigih menjalankan aktiviti seumpama ini.


Seawal jam 9, 2 ekor lembu telah ditumbangkan oleh petugas-petugas majlis. Fendiosman terlepas acara menumbangkan lembu dan sembelihan gara-gara salah percaturan masa dan disebabkan oleh keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Setibanya Fendiosman di tempat kejadian, lembu sedang menggelepar dan ikatan kaki sedang dibuka.


Kerja gotong-royong ni memang cepat. Selesai sembelih, teruslah lembu-lembu dilapah dan diselesaikan aktiviti pembersihan belulang dan organ dalaman.


Satu demi satu kerja dilaksanakan dengan pantas dan tersusun.


Macam dah tau kerja apa nak buat. Tapi tukang perhati pun ramai jugak, bukan pasal takde kerja, tapi benda-benda ni eloklah dibuat oleh mereka yang berpengalaman.


Aktiviti ini bukan saja melibatkan pihak sekolah dan pelajar, tapi Bekas Pelajar seperti Fendiosman turut diundang untuk memeriahkan acara. Walaupun bilangannya boleh dibilang dengan jari, ada la jugak sumbangan dari kami ni. (sila abaikan acara merokok berjemaah itu ya, kurang sesuai untuk ditonton masyarakat)

Lapah sudah, belah sudah, potong sudah, ramah-tamah pun sudah.

Fendiosman pulak buat apa?



Oooo.....Fendiosman hanya tolong memotong daging yang hendak dimasak dalam majlis kenduri untuk pelajar-pelajar.


Macam-macam kemahiran memotong daging boleh dijumpai di sini. Ada yang kali pertama potong daging.


Ada jugak yang sangat terer berdasarkan saiz pisau yang digunakan.


Potong punya potong, kerat punya kerat, cincang punya cincang...


Siaplah daging untuk dimasak. Tapi Fendiosman takdaklah nak menunggu sampai selesai kenduri, banyak komitmen lain yang menunggu seperti acara membasuh menyidai baju, serta mengemas rumah setelah ditinggalkan bersepah sewaktu pulang ke kampung.


Apa pun, pengalaman kali pertama menyertai acara ini cukup menyeronokkan. Harapan Fendiosman agar dikurniakan rezeki yang berkat dan mencukupi pada tahun hadapan di samping dipanjangkan usia untuk terus menyumbang pada tahun-tahun yang berikutnya. Wallahua'alam

1 comment:

art said...

Good for you!
I telah mengorbankan seekor kambing tahun ni... First time! terkial-kial nak melapah dgn suami.

It is more meaningful when we are involved, kan? I doakan FendiOsman dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya. Amin.