Tiap-tiap ujung bulan, setiap penjawat awam akan menerima gaji sebagai bayaran upah kepada kerja-kerja yang dilakukan. Fendiosman juga tidak terkecuali, Fendiosman turut menerima bayaran upah kepada perkhidmatan yang Fendiosman berikan.
Kata orang, lagi besar upah, lagi banyak belanja, lagi sedap untuk bekerja. Tapi hakikatnya, lagi banyak upah, sebenarnya lagi besar tanggungjawab. Lagi banyaklah nak kena marah. Bekas bos Fendiosman di Kementerian Kesihatan dulu, yakni CityGirl pernah berkata,
"Gaji you ribu-ribu tu separuh tu adalah untuk kena marah dan maki hamun tau tak?"
Dan itulah yang menjadi pegangan Fendiosman sehingga hari ni, sampailah kena telan ubat tido sebab stress kena dera dengan Pontianak Kening Pantis satu ketika dulu.
Dan itulah yang menjadi pegangan Fendiosman sehingga hari ni, sampailah kena telan ubat tido sebab stress kena dera dengan Pontianak Kening Pantis satu ketika dulu.
Tapi dalam banyak-banyak hasil yang dituai, sudah pasti ada hasil yang kita tak tau kebersihannya sama ada betul kita melaksanakan sebarang pekerjaan itu dengan niat yang betul-betul suci. Biasanya, wang yang kotor ini akan dikeluarkan dalam bentuk musibah yang menimpa yang memerlukan kita membayar untuk satu-satu perkhidmatan dengan keadaan paksa rela.
Bulan ini, Fendiosman menerima gaji pada 20 Oktober, awal sedikit berbanding lain-lain bulan. Kenapa? Yaaa...sebab nak raya Yenna Yenni, nak raya Haji. Kononnya untuk buat persiapanlah. Tapi Fendiosman pun bersiap la jugak, berangan itu berangan ini. Kebetulan ada pulak jadual ke sana ke mari, bolehlah nak shopping konon.
Tapi Fendiosman lupa, dalam banyak-banyak wang yang diterima itu, kita kena membuat penyucian. Sepatutnya disalurkan ke tempat-tempat yang sepatutnya, tapi Fendiosman agak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.
Jadi.............................

Terbanglah duit melayang-layang dari wallet kerana berlaku insiden yang tidak diingini yang melibatkan kenderaan BJE848 tatkala Fendiosman sedang enak bergembira di Langkawi.
Redha dengan ujian. Walaupun kata orang, banyak duit yang nak digunakan untuk mengembalikan kenderaan Fendiosman kepada keadaan asal, Fendiosman menganggap ini hanyalah satu kaffarah kepada dosa-dosa dan kekotoran yang Fendiosman lakukan selama ini.
Kenderaan Fendiosman yang dipandu oleh Lukmanosman terlanggar sebuah kereta apabila sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak berhenti sewaktu lampu isyarat berwarna merah sedang menyala di sebuah persimpangan. Satu sikap yang Fendiosman rasa perlu dikikis oleh setiap pemandu di Malaysia. Kalau dah merah tu, berhentilah. Apa salah kalau tunggu sekejap, melainkan anda tu Perdana Menteri ataupun ambulans. Haaa...kesannya, kereta Fendiosman jugak yang kena.
Tak pasal-pasal dah kena hantar ke kedai untuk diketuk dan dicat semula. Melayanglah hampir 2 ribu wang Fendiosman untuk membaiki kereta yang dah penyek bagaikan tin diketuk. Apa pun, Fendiosman bersyukur sebab adik Fendiosman, Lukmanosman tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur sangatlah!
Dan satu pencapaian buat Fendiosman, buat kali pertama, Fendiosman berjaya mengawal kemarahan setelah Lukmanosman memberitahu mengenai kemalangan yang menimpa beliau dan BJE848 yang Fendiosman sayangi itu. Biasanya, darjah keroyanan Fendiosman amatlah tinggi. Alhamdulillah, Fendiosman langsung tak melenting, walaupun ada perasaan sedih apabila mengenangkan kos yang Fendiosman terpaksa tanggung untuk menghantar kedai ke bengkel, menyewa kereta lain untuk kegunaan ke tempat kerja, dan membayar wang kepada pemilik kenderaan yang dicium oleh Fendiosman itu.

Walau apa pun yang berlaku, Fendiosman belajar untuk REDHA dengan ujian Allah dan bersyukur atas kesabaran dan kecekalan yang diberikan olehNYA tatkala Fendiosman ditimpa musibah. Tapi, Fendiosman menganggap, ia adalah satu teknik yang diberikan untuk Fendiosman membuat penyucian dan ia juga balasan kepada dosa-dosa yang Fendiosman lakukan selama ini. Semoga Fendiosman dilindungiNYA dari segala mara bahaya dan anasir-anasir yang tidak diingini. Amin.
Wallahua'alam

2 comments:
tahniah! itulah yg sebaiknya. redha dgn apa jua ketentuanNya krn pasti adah hikmah tersembunyi utk kebaikan kita jua. kalau marah2 pun, bukannya kereta yg kemek tu boleh jadi elok semula kan.
En. FendiOsman,
Yus pun mngalami kejadian yang sama sabtu 29102011.. eksideng kecik namun menginsafkan, smg dijadikan suatu peringatan.. "anjing putih" yang hampir dilanggar pd mlm sebelum kejadian rupanya suatu petanda.. pintu KODOKSILVER yus kemek dek seorg studeng yang kalut nak hantar aweknye konvo.. die xtahu yang haku jugak kalut nk g jpe adik yg juga mahu konvo.. kesucian KODOKSILVER yus terhakis sudahhhh... waaaa!!!
Post a Comment