Wednesday, October 12, 2011

Gaji Naik Nohhh?



7 Oktober 2011 yang lalu merupakan satu tarikh yang amat ditunggu oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen ditunggu-tunggu tidak kira sama ada penyokong Kerajaan ataupun pihak pembangkang. Masing-masing menunggu modal untuk dijadikan bahan berita untuk dikarang. Usai bajet dibentang, berjenis-jenis berita yang ditulis di dada-dada akhbar, di blog, di laman web. Tidak kurang yang menjadikannya topik perbualan di pejabat, di warung-warung kopi, di atas katil sebelum beradu (ehhhh!), dan di mana-mana saja.


Antara golongan yang paling menantikan pengumuman ini adalah sebahagian besar penjawat awam yang membuat beberapa tuntutan termasuklah mengenai kenaikan gaji dan pelanjutan umur persaraan.

Alhamdulillah, dalam teks ucapan YAB PM, diumumkan perkara-perkara berkenaan seperti yang Fendiosman petik melalui laman web Perbendaharaan Malaysia:-

"Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan dan penamatan perkhidmatan penjawat awam berdasarkan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:-

Pertama : Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berperstasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Kedua : Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada grad DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit.

Ketiga : (Fendiosman melangkau kerana ia hanya melibatkan skim perkhidmatan pendidikan, DG)

Kempat : Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan atara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, penjawat awam yang menerima opsyen SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 17 peratus"

Tatkala semua perhatian ditumpukan kepada perkara kedua, ketiga dan keempat yang memberi peluang para penjawat awam menambah pendapatan, ada yang lupa langsung mengenai Dasar Pemisah yang digariskan di perkara pertama, yang mendahului ketiga-tiga perkara yang terkemudian.


Belum apa-apa garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, ada juga insan yang terlebih rajin mengeluarkan kenaikan gaji sendiri dan disiarkan di laman sosial seperti Facebook. Jadual Kenaikan gaji SBPA yang Fendiosman paparkan di atas adalah contoh kenaikan yang didakwa oleh sesetengah pihak. Terus terang, Fendiosman agak kurang selesa dengan rajah yang diterbitkan. Bukan sebab nilai kenaikan, tapi disebabkan oleh rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang 'SENTIASA SELANGKAH DI HADAPAN' yang lebih hadapan dari INTAN mahupun JPA.


Suka Fendiosman ingin mengingatkan, tiap-tiap perkara yang digariskan dalam ucapan tersebut disusun mengikut kepentingan. Perkara yang mula-mula sekali disentuh adalah, DASAR PEMISAH, dan bukannya KENAIKAN GAJI. Jadi, apa benar sifir yang dibuat itu? Dari sumber mana ia diperoleh? Pada pendapat Fendiosman, ia satu kira-kira yang amat sia-sia. Biarlah pihak JPA dan Agensi Pusat mengeluarkan pekeliling-pekeling tertentu sebelum bertindak. Bukan apa, takut nanti menggigit jari bila komitmen kewangan dah pun mula dibuat.

Secara keseluruhannya, dapat Fendiosman simpulkan....

"HOI...HANGPA DAH TAKDAK KHEJA LAIN KA NAK BUAT? ORANG SURUH BUAT KHEJA, HANGPA DOK KALUT KIRA GAJI BARU. LEPAIH TU, BILA TAK DAPAT APA HANGPA NAK, HANGPA KOMPLEN. KOMPLEN KOMPLEN KOMPLEN, TAPI KHEJA TAK TERA MANA. BUATLAH KHEJA YANG BERFAEDAH SIKIT. BARULAH SETIMPAL DENGAN PENGUMUMAN YANG DIBUAT. NI DOK KIRA NAK HORA HORA SAJA. HAISHHHH....."

Jadi, demikianlah pendapat Fendiosman mengenai ucapan bajet 2012 yang disiarkan di kaca televisyen secara langsung baru-baru ini. Sekian....


1 comment:

Chik Att said...

CA pun heran gak.... tak dan apa2 lagi.... dah ada yang keluar memo sendiri... tangga kenaikan gaji ...