Saturday, after returning from a long holiday, I've decided to visit my Keluarga Angkat at Kampung Air Mati, Boston...(ish, speaking London la pulak hai). Untuk Azhar Tani n wife, trimas sebab bawak aku tumpang ke Perak. Dah lama teringin nak pegi, tapi takde kenaikan. Cmane aku nak pegi ke sana. Mujur la ada insan yang bermurah hati bawak aku pegi. Insyaa Allah tahun depan aku pegi sendiri (ni bagi hint sesuatu kot?)
Oh ye, keluarga angkat ni aku dapat waktu kursus kat INTAN dulu. 10 hari spend time jadi kampung boy. Kisahnye aku ni mai dari kampung gak. So takde masalah nak sesuaikan diri kat sana. Adat berdagang kat tempat orang, kena la buat baik macam duduk dengan mak bapak sendiri. Baru la orang sayang. Ye dak? Buktinye, sampai bila pun orang akan kenang kita. Rite?
Seawal 6.30 pagi aku dah gerak keluar ke Komuter Kajang, naik tran kul 7 ke Shah Alam. Azhar pikap aku kat sana, 0900H gerak ke Bota, rilek2 dalam 1230H sampai la ke umah ayah mak angkat aku. Aku tak telepon dari awal, takut depa tertunggu2. Saje wat seprais. Sudah sampai kat Tapah baru la call. Alhamdulillah ada orang jugak kat umah.
Dah sampai, ada ayah je dok tunggu. Heran gak sunyi sepi je umah. Dan dan lidah aku ni tune frekuensi ikut orang perak cakap. Sape2 yang penah dengor awok belabun ni...mungkin deme tau le kirenye.
Sampai je salam peluk cium ayah, kemdian ayah cakap mak takde, gi khoje kenduri umah adik. Terus gi ajak makan kat Tanjung Blanje. Ate pueh bebenor le teman gi makan kenduri, ade gulai tempoyak ikan patin. Idok le teman suke bebenor pun, tapi kagum sebab ada gulai tempoyak tu.
Sampai umah kenduri, salam mak. Mak peluk aku, cium aku. Cakap "mak rindu kat di..." Uh, sensitip kejap. Tapi tu la, macam aku cakap. Buat baik tu insya allah orang akan kenang. Kat kampung tu jadi heran sat tengok mak angkat aku peluk anak orang. Ahaks...
Abis makan, jumpa la sedare2 angkat aku yang lain. Ayat pertama kakak cakap "apsal dah kembang?" Hahahaha....memang kembang pun!
Balik kenduri, salam2 dulu then drop ayah kat umah. Terus proceed g Pasir Salak umah parents angkat si Azhar lak. Cian tengok bapak dia. Wheel chaired skang ni. Katanya lutut dah kering grease tu! Untuk family azhar bior le dia yang ceghite. Eheks...Abis melawat sume, gerak la balik ke KL. Dah kul 10 malam baru sampai umah. Erk, drynye posting aku hari ni. Apa pun, pengalaman 10 hari kat Bota tu cukup indah. Ada sesetengah orang rasa pahit tapi aku rasa cukup indah. Seronok kiranya. Walaupun derang tak raise aku dari kecik, 10 hari je tapi derang layan aku macam anak derang sendiri.
Ayah dan Mak kat Bota, thanks sebab terima Di. Umur panjang kita jumpa lagi ye...Oh ye, kat atas ni gambo amek kat Bota ari tu. Tak banyak sebab aku excited gile jumpa both of my parents angkat.
Sampai penang terus amek teksi ke jeti. Naik feri la kan..macam biasa. Haa, korang perhati betul2 apa yang tertulis kat feri tu, nama dia sungguh menarik. Yang aku heran feri lain penuh je tulisan, walhal nama panjang i.e Pulau Talang Talang, double word tu. Tapi feri kat bawah ni, p.undan...hahahahah....tergelak aku tengok.
Dah selesai cerita feri, sampai umah mula la acara membesarkan badan. Fahmi Osman ngan Lukman Osman lom sampai lagi. So tak penuh la umah tu. Merasa la aku tido atas katil semalam. Puasa 2 stengah hari, sahur 2 kali. Bila dah balik semua, meriah la umah. Bising ngan budak2 kecik. Mami Dedi pun happy. Tapi yang paling aku happy tengok Baba pakai baju yang aku beli tu. Thank God dia suka. Hmm, malam raya bayar fitrah kat amil. Pagi2 raya acara bergambar la plak. Haa, kat bawah ni latest look di pagi raya, baju raya 2 tahun lepas. Muat lagi. Whew lega..maksudnye takde la aku ni membesar bagai johan sangat kot.
Gambo ngan family, ni macam acara wajib tiap2 tahun. Pastu Baba frame letak kat living hall, as u can see down here, my family. Kat tengah sekali, my beloved dad. Belakang tu semua siblings aku, all boys. Kat depan, geng2 pompuan, Mama, sis-in law, and my nieces.
Dah abis gambo ramai2, amek gambo posing la plak. Haa, ni ha anak2 sedare aku. Almas Nadhirah & Ambreen Thuraya (huk..payah la hai nak sebut nama orang yang canggih2 skang ni). Soalan2 membunuh untuk aku bila orang dok tanya "Hang bila lagi?". Aku buat donno je. Lantak la orang nak cakap apa pun. Aku peduli apa kan. Aku yang nak kawin bukan orang yang dok tanya tu.
Haaa..ni anak mak. Kalau aku letak cermin mata muka aku jadi macam seorang wanita di sebelah aku ni. Mama...kalau dulu nak raya dia la sibuk buat kue tat untuk jual. La ni main tunjuk je laaa....Kan mama kan?
Hmm...beraya ngan parents, takde la formal macam dalam TV tu, parents dok atas kerusi, pastu datang anak2 salam, yang sulung lead. Kat umah aku tak..sapa siap dulu, salam la dulu. Janji beraya kan? La ni takde la duit raya dah. Huhu..
Baba hantar sampai jeti, Ajax Tomok amek dekat Tanjung sana. Mekasih Ajax. Sementara menunggu Ajax tu, ada pulak matsaleh dok naik Lanca kat sana.Amek gambo (maklum la kamera bau kedai lagi - ya allah peliharalah kameraku kali ni). Macam kiut lak naik beca tu. Teringin ahh....
Ajax sampai. Pi pusing makan laksa penang kat Pantai Seagate bertentang ngan Pulau Jerejak tu. Bukan apa, teringin sangat nak makan laksa. Kalau tak salah dalam posting aku waktu aku kursus kat penang aku dah letak gambo laksa yang sedap tu.
Kenyang melantak....pegi la Airport. Kali ni plane tak penuh. Load dalam 40 pax je. Tapi kan skang ni, kalau naik MAS, selain dapat oren juice tu, ada kacang masin nostalgia tu. Ari tu balik ke umah dapat sepaket. Kali ni outbound to KL, aku tapau bawak balik. Hahaha.....rasakan. Agaknya MAS pun pening kot pasal orang asek mintak kacang je. Nak2 kalau dapat passenger cam aku ni.