Friday, December 18, 2009

Sakit Kena Tikam


FENDIOSMAN sekali lagi nak berehat sebentar dari blog. Kalau dulu KAWAN PLASTIK yang tikam, kali ni PEGAWAI SENDIRI sampaikan kena HEMPUK dengan RATU SHEEBA KE-3 dalam MESYUARAT di CHERATING tempohari.



HARIMAU YANG TIDUR JANGAN DIKEJUTKAN. NANTI DIA BANGUN DIA MENGAMUK. JADI................TUNGGU SAJA LA HARIMAU YANG BARU BANGUN TU MENGAMUK. I'VE BEEN TRYING TO ACT COOL IN THE OFFICE, TAPI NAMPAKNYA DAH KENA PIJAK. MAKANYA, KENA LA MENGAUM. TUNGGU LA HARI DAN KETIKANYA YA.

Friday, December 04, 2009

Bila Jadi Biul...

Ingat tak posting Fendiosman pasal mencari sanggul? Ala...cerita pasal Fendiosman terjerumus semula dalam dunia kabaret sebagai cameo untuk satu produksi ittewww.....


Haaaa....bila buat produksi ni mula la ada acara bergambar. Makanya semalam terjebaklah semula dalam acara bergambar ni untuk dipaparkan di pintu masuk. Walaupun watak sebagai penari kabaret untuk persembahan extraturn sahajork, tapi kenalah paparkan imej yang malatop!

Ramai menyangkakan Fendiosman ni bongkak, serius dan jugak susah didekati serta yang sewaktu dengannya. Bukan sengaja Fendiosman bertindak sebegitu. Kata orang, bila dah naik level tinggi ni hidung makin tinggi, tapi untuk menunjukkan kita ni sesuai dengan gred yang dipegang, kita kena ada sedikit perubahan sesuai dengan peringkat jawatan kita. Tapi tu semua di pejabat saja, di luar, kita jadi orang biasa. Sama seperti orang lain. Tak gitu? Bila ada acara berlibur macam ni, sebolehnya redakanlah perasaan tensi di kalangan orang ramai, dan kalau orang nak suruh kita bergembira, kita gembira seadanya.

Heh...acara fotogedik ittewww telahpun selamat dilaksanakan petang semalam. Gigih ni, menaichi Cik Pramugari (oh ya.....Fendiosman ada PSU 41 baru masuk......bekas anak kapal MAS) untuk pergi mesyuarat semata-mata untuk bergedik di depan kamera. Hasilnya..............

(KREDIT UNTUK ENCIK HASSANAL JKKN YANG TELAH MENGAMBIL GAMBAR INI - FENDIOSMAN AMBIK DARI ALBUM FESBUK BELIAU)


Bila dah disuruh beraksi......tudiaaaahhh, over katanya!


Ni ahli kabaret lelaki yang terlibat sama. Yang kat tengah2 tu penyanyi, makanya dia kena lebih menyerlah dari orang lain! Kaaaa...tapi sebab nak overshadow, kena la letak wig jenny kejung!


Ni ahli-ahli kabaret keseluruhan. None of us yang penari sepenuh masa, semua administrator. Tapi depa ni dari suku kaum B. Fendiosman je anak tiri kaum M. Tapi, dah duduk tempat orang, kita kena blend in. Tak gitu? Baru la orang kata kaum M ni boleh bawak bincang bawak gurau senda......




Tetibe rasa ayu sangat gambo Fendiosman dalam ini take......ayooooo


Nak bergambar ni tak perlu masuk kelas Tyra Banks...bila dah ada kamera, letak je mana-mana. Insya Allah menjadi. *Matikla perasan....



Heh..hari ni ala-ala jadi bahan jugak la di pejabat. Sebab orang yang disangka tak boleh buat macam ni tetiba berubah dengan magisnya! Jadi.....moral of the story, pandai-pandailah bawak diri di tempat orang. Jangan terlalu ego. Nanti orang tak suka. Kaaaaaaan?

Friday, November 20, 2009

Setinggi-tinggi bangau terbang....



Adushhhhh......awat kena tampaq pulak ni? Oh tuhan, why is the? Awat kena tampaq di khalayak ramai ni? Huuuuuuuuuu.....murid-murid sekelian, ni aksi kandid yang diambil sewaktu Fendiosman khusyuk bergosip dengan cikgu Fendiosman waktu sekolah menengah dulu. Tak sangka pulak kandid nampak macam kena tampaq! Seingat Fendiosman, sekali saja Fendiosman biasa kena tampaq, tu pun waktu darjah 5 pasal tak hafal sifir 8. Malu tau kena tampaq, tapi sebab malu tu la Fendiosman jadi apa yang Fendiosman jadi sekarang.


Satu masa dulu Fendiosman pernah mendiami kawasan ni. 5 tahun. Bukan sekejap ya murid-murid! Teringat waktu hari pertama dicampak. Jauh datang dari utara, tiba-tiba terputus hubungan dengan Mama dan Arwah Baba. Ditinggal dengan suasana dan rakan-rakan baru. 'Sakit Rumah' tu memang la perkara biasa. Kena buli dengan senior tu perkara biasa la, tapi semua tu mendewasakan Fendiosman. Bumi Kajang ni memang banyak mendewasakan Fendiosman. Dari Disember 1992 hinggalah sekarang, rasanya tempoh Fendiosman bermastautin di Kajang lebih lama dari masa yang Fendiosman habiskan di negeri tanah tumpah darah Fendiosman.


Tak sangka pulak, Fendiosman dijemput untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah, untuk yang tak tau, Fendiosman ni dulu belajar di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Zaman Fendiosman dulu memang orang kata tiptop la sekolah ni. Tempat menghimpunkan excellent students creme de la creme katanya. Setanding dengan sekolah-sekolah elit lain. Ranking dalam negara, biasanya dalam top-10. Kali ni Fendiosman melibatkan diri menjadi Fasilitator untuk adik-adik tingkatan 5 yang nak ambik SPM. Budak-budak ni lahir tahun 1992, sama tahun dengan Fendiosman jejak kaki ke SMAPK. Tudiaaaahhh.....apakah ertinya? Fendiosman sudah kertu? Atau........


Program ni part of program Sirih Pulang Ke Gagang yang memanggil pulang alumni dari SPM1990 hinggalah yang terkini, SPM2008. ANADI SMAPK katanya, ANAk DIdik SMAPK. Terus terang, Fendiosman berbangga jadi sebahagian daripada ANADI ittewww, dan Fendiosman tak malu untuk berkata yang Fendiosman pernah menuntut di situ. Walaupun jaman sekolah dulu Fendiosman agak skema, dan nerd kata teman-teman sebatch. Tapi.......di sinilah tempat Fendiosman menuntut, menghabiskan sebahagian dari usia remaja Fendiosman. Buruk busuk manis masin tu semuanya mengajar Fendisman erti kehidupan.


Bab mengelola LDK untuk adik-adik SPM ni, terus terang adik-adik tu kagum dengan senior diorang. Ya la, sekolah Fendiosman takde la tua macam ada OBA OBA PUTERA PUTERA maupun AL AL, tapi dengan pencapaian sedia ada, Fendiosman pun rasa berbangga. Kembang kejap idung ni! Mula la menceritakan kisah-kisah lama kepada adik-adik, di samping memberi semangat dan harapan untuk adik-adik ni menduduki peperiksaan yang menjadi tiket untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading. Sekarang ni SMAPKAJANG tergolong dalam sekolah cluster, yang menjadi tumpuan dalam bidang Memanah, Debat, Nasyid dan Kepimpinan. Ehmmm...no wonder ramai ex-SMAPKAJANG jadi PTD! Motif? Hahahahahaha


Ada satu acara tu, heh.....memperkenalkan alumni kepada adik-adik yang ada. Kau berani kelek anak pastu bercakap macam abang ni? Nama saya Yada Yada Yada, kerja Engineer.....Anak sudah 3! Hmmm...memang berjaya sangat! Fendiosman? Takat anak tekak je la kan!


Antara alumni yang ada termasuklah kumpulan SAUJANA. Errr..korang abaikanlah apa yang korang terperasan dalam OIAM ittewwwww. Pada hemat Fendiosman, masa beredar, orang memang akan berubah. Termasuklah Fendiosman yang menjadi kabaret pada masa menuntut di Menara Gading. Masing-masing dengan hala tuju tersendiri. Ada yang jadi dokter (haaa...yang ni memang jadi tumpuan la, baik cikgu baik adik-adik superduper junior), ada yang jadi engineer, ada yang jadi PTD (PTD tu apa? Pitemmmmm bila ditanya soalan macam tu setelah memperkenalkan diri kat adik-adik), ada jugak yang jadi artis (Termasuklah Saujana dan Vokalis kumpulan Sonar), macam-macam adaaaa.


Tapi dalam menjadi apa yang Fendiosman dan Anadi yang lain jadi sekarang, sudah pasti ada yang bertungkus lumus memastikan kami berjaya. Kena herdik kena hempuk (mind me, budak-budak sekarang tak boleh lagi buat macam tu...nanti parents serang guru!), dan rasa Fendiosman, para pendidik ni lah yang paling berbangga bila melihat Anadi mereka berjaya. Memang Fendiosman sangat berterima kasih kepada mereka.


Hmmm..harap tahun depan ada la lagi event macam ni. Di samping memeriahkan suasana, berjumpa dengan sahabat yang ada, dapat jugak menambah lagi jaringan persahabatan. Mana tau, kalau dulu kawan-kawan tak suka, tetibe dapat diterima setelah sekian lama? Dan kalau boleh, lepas ni nak buat yang veri der grand, sebagai bukti yang SMAPK memang dah berjaya melahirkan Anadi yang benar-benar berkualiti!