Friday, November 20, 2009

Setinggi-tinggi bangau terbang....



Adushhhhh......awat kena tampaq pulak ni? Oh tuhan, why is the? Awat kena tampaq di khalayak ramai ni? Huuuuuuuuuu.....murid-murid sekelian, ni aksi kandid yang diambil sewaktu Fendiosman khusyuk bergosip dengan cikgu Fendiosman waktu sekolah menengah dulu. Tak sangka pulak kandid nampak macam kena tampaq! Seingat Fendiosman, sekali saja Fendiosman biasa kena tampaq, tu pun waktu darjah 5 pasal tak hafal sifir 8. Malu tau kena tampaq, tapi sebab malu tu la Fendiosman jadi apa yang Fendiosman jadi sekarang.


Satu masa dulu Fendiosman pernah mendiami kawasan ni. 5 tahun. Bukan sekejap ya murid-murid! Teringat waktu hari pertama dicampak. Jauh datang dari utara, tiba-tiba terputus hubungan dengan Mama dan Arwah Baba. Ditinggal dengan suasana dan rakan-rakan baru. 'Sakit Rumah' tu memang la perkara biasa. Kena buli dengan senior tu perkara biasa la, tapi semua tu mendewasakan Fendiosman. Bumi Kajang ni memang banyak mendewasakan Fendiosman. Dari Disember 1992 hinggalah sekarang, rasanya tempoh Fendiosman bermastautin di Kajang lebih lama dari masa yang Fendiosman habiskan di negeri tanah tumpah darah Fendiosman.


Tak sangka pulak, Fendiosman dijemput untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah, untuk yang tak tau, Fendiosman ni dulu belajar di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Zaman Fendiosman dulu memang orang kata tiptop la sekolah ni. Tempat menghimpunkan excellent students creme de la creme katanya. Setanding dengan sekolah-sekolah elit lain. Ranking dalam negara, biasanya dalam top-10. Kali ni Fendiosman melibatkan diri menjadi Fasilitator untuk adik-adik tingkatan 5 yang nak ambik SPM. Budak-budak ni lahir tahun 1992, sama tahun dengan Fendiosman jejak kaki ke SMAPK. Tudiaaaahhh.....apakah ertinya? Fendiosman sudah kertu? Atau........


Program ni part of program Sirih Pulang Ke Gagang yang memanggil pulang alumni dari SPM1990 hinggalah yang terkini, SPM2008. ANADI SMAPK katanya, ANAk DIdik SMAPK. Terus terang, Fendiosman berbangga jadi sebahagian daripada ANADI ittewww, dan Fendiosman tak malu untuk berkata yang Fendiosman pernah menuntut di situ. Walaupun jaman sekolah dulu Fendiosman agak skema, dan nerd kata teman-teman sebatch. Tapi.......di sinilah tempat Fendiosman menuntut, menghabiskan sebahagian dari usia remaja Fendiosman. Buruk busuk manis masin tu semuanya mengajar Fendisman erti kehidupan.


Bab mengelola LDK untuk adik-adik SPM ni, terus terang adik-adik tu kagum dengan senior diorang. Ya la, sekolah Fendiosman takde la tua macam ada OBA OBA PUTERA PUTERA maupun AL AL, tapi dengan pencapaian sedia ada, Fendiosman pun rasa berbangga. Kembang kejap idung ni! Mula la menceritakan kisah-kisah lama kepada adik-adik, di samping memberi semangat dan harapan untuk adik-adik ni menduduki peperiksaan yang menjadi tiket untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading. Sekarang ni SMAPKAJANG tergolong dalam sekolah cluster, yang menjadi tumpuan dalam bidang Memanah, Debat, Nasyid dan Kepimpinan. Ehmmm...no wonder ramai ex-SMAPKAJANG jadi PTD! Motif? Hahahahahaha


Ada satu acara tu, heh.....memperkenalkan alumni kepada adik-adik yang ada. Kau berani kelek anak pastu bercakap macam abang ni? Nama saya Yada Yada Yada, kerja Engineer.....Anak sudah 3! Hmmm...memang berjaya sangat! Fendiosman? Takat anak tekak je la kan!


Antara alumni yang ada termasuklah kumpulan SAUJANA. Errr..korang abaikanlah apa yang korang terperasan dalam OIAM ittewwwww. Pada hemat Fendiosman, masa beredar, orang memang akan berubah. Termasuklah Fendiosman yang menjadi kabaret pada masa menuntut di Menara Gading. Masing-masing dengan hala tuju tersendiri. Ada yang jadi dokter (haaa...yang ni memang jadi tumpuan la, baik cikgu baik adik-adik superduper junior), ada yang jadi engineer, ada yang jadi PTD (PTD tu apa? Pitemmmmm bila ditanya soalan macam tu setelah memperkenalkan diri kat adik-adik), ada jugak yang jadi artis (Termasuklah Saujana dan Vokalis kumpulan Sonar), macam-macam adaaaa.


Tapi dalam menjadi apa yang Fendiosman dan Anadi yang lain jadi sekarang, sudah pasti ada yang bertungkus lumus memastikan kami berjaya. Kena herdik kena hempuk (mind me, budak-budak sekarang tak boleh lagi buat macam tu...nanti parents serang guru!), dan rasa Fendiosman, para pendidik ni lah yang paling berbangga bila melihat Anadi mereka berjaya. Memang Fendiosman sangat berterima kasih kepada mereka.


Hmmm..harap tahun depan ada la lagi event macam ni. Di samping memeriahkan suasana, berjumpa dengan sahabat yang ada, dapat jugak menambah lagi jaringan persahabatan. Mana tau, kalau dulu kawan-kawan tak suka, tetibe dapat diterima setelah sekian lama? Dan kalau boleh, lepas ni nak buat yang veri der grand, sebagai bukti yang SMAPK memang dah berjaya melahirkan Anadi yang benar-benar berkualiti!

3 comments:

amiechomel said...

Wahh bestnyer... Akak pun bangga jadik ANADI SMAPK... Anadi... Satu vocab baru!

azanov said...

SMAPK? Huiyyooooo... (konon2 macam tak tahu) =)

Anonymous said...

wahh bestnya baca blog ptd ni.dapat banyak sumber inspirasi.

sy dapat pre-PAC 12/12 ni di IKWAS. Doakan k..!!