Tudiaaaaahhh....tajuk propa noh! Bila masa pulak ada sanggul ni? Rambut panjangkah? Adapun satu masa dulu memang la sanggul tu macam satu itenerary wajib kalau menjadi kabaret, tapi sejak tahun 2006, Fendiosman dah gantung sanggul tanda persaraan dari dunia kabaret ittewww. Cukuplah katanya. Makin hari makin tua. Umur dah masuk peringkat duduk atas stage tapi dah tak lawa. Kalau satu masa dulu memang la Seri Ponggong. Sekarang.....tidak lagi. Nak kata dah londeh tu.....tidak la. Tapi kureng sesuei lagi untuk menampilkan diri.
Tapi, minggu lepas dapat satu lamaran untuk buat cameo dalam satu produksi. Cameo saja.......takde lebih2. Kalau dalam cerita Cina kata, BERLAKON DEMI PERSAHABATAN. Ada la satu Bangsawan ni. Kisahnya melibatkan semua anggota Jabatan tempat Fendiosman mencari rejeki. Mula-mula ingat memang la dah tak terlibat. Sekali dimintak tolong. Kesian pulak produksi tak cukup watak untuk extraturn.
Extraturn tu menatang apa? Kalau dalam Bangsawan, waktu nak tukar props antara scene, akan ada persembahan untuk menghiburkan penonton. Dalam persembahan ni akan ada nyanyian dan tarian untuk para penonton. Haaaaa....start hari Isnin lepas, gigihlah Fendiosman mulakan kembali latihan setelah sekian laaaaaaaaaama tak menggoyangkan ponggong. Gambar kat atas ni jaman Fendiosman gigih mempertaruhkan masa depan. Dialog teater mana tatau?
Haaa...rasakan, bila dah lama tak gerak, rasa sangat kekerasan ittewwww. Tambah pulak, Fendiosman ni majoring untuk Tarian Asli, makanya bila kena buat versi rambu ramba ni agak slow, dan agak tidak chantekk jika dibandingkan dengan kategori Irama Malaysia. Tapi sebab persahabatan dan jugak sebab-sebab yang tak dapat dihuraikan, Fendiosman cuba jugak. Mujurlah ada lagi sentuhan beat tu walaupun posture dah out. Kira cepat la jugak pikap. Heh....
Semalam, hari ni, esok, lusa dan seterusnya sampailah hari show, memang hari-hari kena prektis. Walaupun tak sehebat dulu, demi sebuah Bangsawan, memang Fendiosman cari balik sanggul yang dah lama Fendiosman gantungkan! Mana ya? Harapnya tak hilang la sanggul Fendiosman ittewwwwwwwww. Jadi kaum M di kalangan kaum B ni....kena la ikut cara kaum B. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau...laaaaariiik! Baru la orang respek! Tak gitu?





3 comments:
oho. sangat envy dengan encik pendi. jika ada produksi yang perlu wanita genit menari ke jadi pokok ke, rumah ke. saya angkat tangan ye. hahaha
tariq...bila kah hari kejadian? nak tgk blh?? :D
ronggeng, jgn tak ronggeng! hehe
Post a Comment