Malam tadi pukul 12.30 malam baru la aku menjejakkan kaki ke rumah selepas 5 hari aku tinggalkan untuk ke KK. Macam kata si Muzindayanti (hehehe....pitching tinggi ooooo), misi ini adalah misi kamikaze, dan terbukti ianya benar.
Settle registration, malam acara dinner dengan TKSU berdua, dan semua ahli mesyuarat. Ada pulak acara karaoke, dan malam pertama aku terselamat dari menjadi mangsa menyanyi sebab aku sneak out, alasan yang kukuh, settlekan keje kat bilik urusetia. Makanya ada la 2 orang manusia menjadi Krisdayanti menyanyikan lagu menghitung hari versi high pitch, siap ada bunyi echo lagi tu! Tabik tabik....harapan aku malam berikutnya takde la aku jadi mangsa seterusnya.
Konon aku ingat dah settle la keje fotostat guna mesin zaman dom mat dom tu, sudahnye dok tengah malam, telefon kat bilik bunyi, ada la Hamba Allah ni kertas kerja yang dia hantar konon tak complete. Kisahnya dia hantar tebal sangat, boss aku dah caras separuh. Ye la kan, nak bentang 10 minit, tebal dekat 50 pages. Dengan tawaduknye, lepas kene sembur dengan Hamba Allah tu, aku turun g bilik urusetia dengan 2 orang Krisdayanti pitch tinggi tu mengadap kertas untuk difotostat. Memang takde rehat! Selesai kat situ, masuk pulak bilik tempat meeting rearrange tempat, letak tagging, susun kerusi bagai. Meeting ni, nak perfect persiapannya. Pada aku, every single bahagian yang dapat tanggungjawab ni akan berlumba-lumba memberikan yang terbaik. Sometimes aku pun heran, even gelas minum air tu ada tanda jari sikit pun nak jadi isu. Bilik tak mengadap laut pun isu jugak. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Meeting estimated to start at 8, but early in the morning dah kena masuk bilik meeting to make sure things are well coordinated! Seating arrangement, PA system, tagging, meeting materials, LCD, laptop and the list goes on. Once dah start, mula la keje aku sebagai pemain powerpoint presentation. Tu je keje aku, tapi sebab boring la sangat, makanya muka bosan pun timbul la.
Kejung seharian dalam meeting room, malam kedua, dinner kat Sutera Harbor, dan aku berdoa aku tak jadi mangsa nyanyian untuk malam ni. Huk...lepas makan, rappertoire balik buat keje, urusetia lagi dua dah tak nampak batang hidung. Out of sudden, Tok Mat Bit panggil urusetia, since aku je yang tinggal, makanya kena la patuh dengan arahan. Oh tuhan....kene nyanyi jugak. Perut yang penuh, takut insiden kat Nilai terjadi lagi. Selak punya selak katalog, ada la lagu yang ok untuk aku sumbangkan. Dan misi berjaya.....
Selepas lunyai depa aku kerjakan dengan Poco-poco, aku rush back to my room. Malam ni macam rileks sikit. Tapi sebab mengantuk semalam tak ilang lagi. Aku terus la tersadai kat katil. The very next day, meeting sambung. Dan aku macam biasa menahan bosan menunggu dan mendengar. Yang jadi ahli mesyuarat, sana mau cakap sini mau cakap. Aiyooo...tensennye aku!
The last day, baru la ada masa untuk menjengah bandar KK, bawak 2 orang Krisdayanti tu gi Pasar Filipina tu, adat membawak perempuan, kene sabar. Budak2 ni, banyak la hai memborong. Sekecik2 butang baju sampai la brooch makcik gomen sebesar tapak tangan tu. Tengok, siap garu2 kepala pilih barang! Lebih kurang 2 jam setengah kat pasar yang sekangkang kera. Hmm..biasa la kan, perempuan dengan jewellery. Dah tu, tengahari temankan Tok Mat Bit pulak. Huhuhu...bila dengan orang2 beso ni, aku gabra sehhh. Kene jaga tingkah laku, kena jaga tutur kata. Takut nanti, ada komplen yang tak sedap sampai kat telinga aku.
Settle semua, time to go home. Sweet and bitter memories boleh la aku jadikan pengalaman dan pengajaran. Bila dah tua sok, kalau rezeki aku pegang jawatan tinggi, takmo la aku meloghatkan diri nak itu ini...bukan apa, takmo la jadi bahan umpatan dan cacian orang. Pada aku manusia ni semua sama. Masuk kubur sok takde de nak ditanya jawatan semua! Kan?
We left for KK on Thursday morning. The five of us as the urusetia for Mesyuarat TKSU bersama SUB dan TPP Negeri, Hospital dan Institusi KKM started our journey with lots of heavy boxes together, and of course our luggages. Siap kene bayar extra luggage sampai dekat 900 hengget (ni Cik Mi yang bayar, takpe...leh claim).
Sampai di KK, bermula la urusan persediaan untuk meeting. Gi Promenade untuk bincang perkara2 terakhir sebelum delegates sampai on the next day. 1st day, nothing much. Just relax untuk 3 hari yang penuh penyeksaan.
The very next day, we started to load our things to the hotel, prepare some ground work, set up the counter for registration and ready to welcome the delegates. Biasa la kan, bila pegawai2 beso yang datang, macam2 la persediaan kena buat. Pegawai yang tak berapa beso pun kene layan kerenah masing2. Nak bilik sama floor la, nak itu nak ini, yang tersampai awal pulak dok tanya pasal nak masuk bilik cepat. Macam2 ada...sampai pening aku nak melayan. Nasib baik la kawan2 yang datang ni semua boleh masuk kepala, takde la rasa bosan.
Siap menyusun pukul 3.30 pagi, mata dah berat, tapi nak perfect punya pasal, tak kisah la kan. Kalau tak elok, yang nak kena big boss dulu. Pastu, kalau dia tak puas hati, rasa la notis tukar 24 jam! Takmo aku menaruhkan masa depan yang malap kat KKM ni.
Jangan, tinggal daku....
Oh dewi oh juita.....
Fuh, takde la malu sangat. Syukur jugak kawan2 urusetia dah takde, kalo tak musti aku akan jadi mangsa macam 2 orang Krisdayanti tu. Konon ingat lepas lalak tu aku terus la balik ke hotel. Sampai je bilik urusetia, sedang elok aku dok lepak2, Tok Mat Bit call Cik Mi, mintak aku balik semula ke Sutera, ada special request dari Miss J katanya. Bergegas aku pegi balik, berlari2. Takut Tok Mat Bit murka. Sampai je, ropenye kene bukak kelas Poco-poco. Hadoi laaaa.....aku ingat nyanyi je, ada pulak kabaret floor kat situ.
Five six seven eight (gaya2 macam aku ngajar sapa2 pun la kan).....one two three four, five six seven eight, one two three four, five sisx seven eight, and kick and one...tudiaaa...gumbira sungguh miss J dancing dancing (note : ni salah satu cara nak bagi pegawai2 tinggi kenal kita, so networking kena baik).
Settle meeting, dengan penuh perasaan letih, aku balik bilik, layan lepak dengan si Samasudin Lidut (kebetulan dia pun datang jadi pemerhati), aku ingat dia nak sembang, sudah dia layan tido lak. Hadoi laaa...malamnye, aku pulak tido, dah takde aktiviti kan...tido laaaaaa.
Untuk kawan2 yang pegi sama2, it has been a pleasure to be with you guys. Misi kamikaze ni pada aku berjaya la jugak walaupun ada sikit2 kekurangan. Biasa la kan, manusia, takde yang perfect. Agaknya, ada lagi ke trip ke Sabah lagi pasni eh?
4 comments:
hamboiiii...
ingat kitorang tak tahu hang melalak macam mana? ada orang bagi deskripsi tauuuu!!!
dush.
zyrin...
orang tu salah bagi deskripsi tuuu! muahahahhaha
Seronoknya berjalan2 di KK, tapi bila kena combine dengan tugasan2 yang kena jaga status quo ni memang mencabar kewibawaan, good job Encik Fendi...
mad redo1
mekasih singgah....azab sebenarnya. ni waktu post reply ni ekceli baru je sampai dari shah alam. meeting half day kat sana. Huhu...penat penat!
Post a Comment