Dengan kerja2 tu nak diselesaikan segera, kerja2 yang memang rutin pun ada. Maklumbalas tu maklumbalas ni, meeting tu meeting ni. Aku rasa macam tak cukup masa dengan semua tu. Syukur aku dapat sorang KPSU sementara yang bantu aku selesaikan masalah-masalah yang ada ni. Tapi tu la, kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya KPSU aku tu untuk 2 minggu saje. Pasni masuk ke unit lain yang perlukan KPSU yang nak cuti tanpa gaji mengikut suami posting ke Filipina (haaa....ni kes kawin dengan diplomat la ni....).
Belum lagi penat untuk meeting TKSU ni bermula, dah datang amaran penat untuk bulan Mac nanti pulak. Otstesen ke Ipoh plak. Jeng jeng jeng..leh la gi balik Boston melawat mak angkat waktu DPA dulu. Since Ipoh is reachable by road in such a short time, takde la terbang. Lagipun mana ada air-service between KL ngan Ipoh. Kalau ikut TSUB, kursus yang dijangkakan untuk M48-52 ni akan dibuat dalam 3 siri. Dan kontrak urusetia tu akan diberikan kat aku. Makanya 3 kali penat la kot. Kali ni Ipoh, siri 2 ngan 3 nak wat kat mana ek? Tu diaaa...dok berangan nak jalan. Hahaha....
Minggu depan berkampung kat Hospital Serdang 2 hari untuk bengkel penggubalan dasar kesihatan kebangsaan. Dari senarai jemputan peserta yang aku tengok, ada dalam 100 peserta kot. But most of them are doctors. Level JUSA, level pengarah, level 48 dan ke atas. Tapi aku pun tersenarai sebagai wakil dari BSM. Bukan nak riak, tapi aku jadi cuak. Pasalnye dengan pengalaman setahun jagung ni, boleh ke aku nak menyumbang idea untuk dasar kesihatan? Apa pun aku bersyukur la jugak pasal dapat menyumbang sikit, kalau tak banyak. Koman2 nanti bila dah termaktub dasar tu, at least I have contributed my sekupang towards building the nation.
"encik..abang zul dah takde, baru kejap!"
Al Fatihah untuk Allahyarham Zulkipli Yusof a.k.a abang Zul, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Untuk keluarga abang Zul, harap bersabar menerima ujian Allah ini. Syukur, dia pergi pada hari Jumaat, moga dijauhkan dari siksa kubur. Dan aku nampak wajah abang Zul tenang menghadap Ilahi.Kalau ikut kata depa yang ada kat situ, hati abang Zul rosak teruk. Doktor tak dapat nak perform surgery untuk buangkan batu dalam hempedu dia. Takpa la, dah sampai masa dia. Allah Taala dah janjikan, setiap kita ni bila sampai waktu untuk dipanggil, tidak akan lewat atau cepat walau sesaat. Satu renungan buat semua.
Cukup untuk hari ni, nanti ada masa aku post la lagi.
5 comments:
alfatihah dari akk jugak...
Al-Fatihah buat roh arwah.
tuan, minggu depan mesy BSM, ingat! jgn jd mcm mesy lepas, sorang pun dari unit ko takdak.
ko poyo, ke, weih?? aku ghase, aku lg poyo... wakakakaka... take a chill pill, dude.
eh, ada kpsu sementara baru, ke? awat aku tatau? yg aku tau kpsu utk tatatertib adalah. ada yg lain, ek? woooo... pandai PokCik aku berahsia dengan aku, ekk... kalau idak aku dah tahu dah hal2 mende camni...
-peace out-
kak red..
kullu nafsin zaa iqatul maut....
zyrin
kpsu aku tu kejap je, pasni dia ke unit PA, ganti puan WN. Dia dari tatatertib dulu, sambung master, pastu balik BSM smula. Meeting SUB sok insya allah ada kot! meraikan SUB nak ke kursus JUSA 26 haribulan ni...
owhhh... adakah beliau seorang wanita??? kerana, setahu diriku ini, yg dari TT yg pi sambung master dahulu psu perempuan...
yg lelaki dok ke hulu n ke hilir dgn AbgNaz itu dahulu kalanya psu di Unit J, bukan di Unit TT, kalau dialah yang anda maksudkan.
-saya yang dok bersin dan bersin lg-
ya zyrin
beliau wanita jua hendaknya...
kalau yang lelaki tu....sudahlah kukenali sebelum ini!
Post a Comment