Monday, November 19, 2007

Saya Bukan Peserta!!!

Hmmm...untuk sesi PAC kali ni, hanya 2 sesi yang aku berkesempatan untuk hadir sebagai fasilitator. Kali pertama kat INTENGAH dan hujung minggu lepas kat IKWAS, Kluang. Kalau kat INTENGAH tu tak perlu la aku cerita sebab aku rasa takde benda yang menarik melainkan minum malam yang dihidangkan untuk fasilitator dan penilai. Kali pertama dapat tawaran ke IKWAS, I just grab the chance. Selama ni ke utara atau ke timur saja. Why not cuba untuk ke selatan? Kan? Makanya on Friday aku dengan pengguna baju dalam, Incik Use-a-bra bercar-pool ke Kluang untuk menjalankan amanah yang diberikan oleh Agensi Pusat.

Aktiviti-aktiviti di PAC tu adalah aktiviti-aktiviti biasa untuk memilih calon-calon PTD. Tak perlu la diceritakan kat sini. Sebab kalau nak diceritakan, dah termaktub, benda tu adalah SULIT. Sapa yang pergi, dapat la merasa. Tapi ada jugak la manusia-manusia yang pergi dan kemudian siap buat pengkisahan ala-ala pengalaman, siap tulis satu satu apa yang dibuat. Sexited sangat la tu. Kompem dapat ke dikkk? Hes hes hes...

Dalam banyak-banyak aktiviti tu, haaa...hari sabtu pagi ada la aktiviti padang. Macam biasa, kena jaga checkpoint. Silap pulak kali ni aku bawak t-shirt putih yang menyamai warna tshirt yang dibawa oleh calon-calon PTD. Hmm...semua orang berkumpul melainkan fasi yang dah nak mula bergerak ke checkpoint yang ditetapkan. Sedang dengan tenang aku mengaturkan langkah menuju ke checkpoint, ada satu suara kat belakang....

"Peserta...berkumpul...pesertaaaaaa...pesertaaaa berkumpul kat astaka"

Aku pusing..sebab aku rasa benda tu ditujukan kat aku. Mana ada orang lain yang berjalan melainkan aku. (tak perasan pulak ada sorang peserta yang berjalan ke tempat yang sama dengan tujuan aku)

"Saya bukan pesertaaaaaaa"

Kalau ikut kawan-kawan yang jadi fasi, gaya pusingan aku tu ala-ala menggelabah, berdiri tegak dan reaksi muka yang kelat-kelat masam sebab kena marah.

"Maaf encik..bukan encik tapi peserta kat depan tuuuu"

Merasa la malu sekali. Tapi kena gelak dengan kawan-kawan fasi lagi la aku malu! Huhuhu. Kan Anep kan?

Err...macam biasa la kat PAC ni ada peserta yang poyo, ada peserta yang mesra, macam-macam ragam boleh ditengok. Maklumlah, masing-masing datang dengan harapan nak jadi PTD. Ada yang datang sekali, ada yang dah datang berkali-kali. Harapannya satu, nak jadi PTD.

Hmm..lupakan pasal aktiviti PAC. Dah alang-alang sampai Kluang, destinasi tujuan mestilah Stesen Keretapi Kluang untuk menikmati kopi yang sedap dan terkenal itu. Kalau kat INTIM, ada Sata, kat sini..haaaaa...rasa roti bakar kaya dan kopi ni memang takde tandingan. Sampai sarat meja mengadap makanan.

Meh kita jengah apa yang ada kat Kluang Railway Station...

Senarai menu, ada nasik lemak, ada karipap...dan paling penting, semestinya roti bakar yang terkenal tu. Harganya tak mahal. Memang berpatutan. Tapi bersedia la untuk beratur panjang sebelum dapat duduk menikmati secawan kopi yang lazat. Apa pun, hari sabtu tu, takde pulak beratur panjang. Just nice la....

Roti bakar yang enak...meleleh kaya dia....yummy

Kue pau sambal yang gebu lagi lazat!

Nasik lemak kiut...abaikan 3 orang yang menikmati sebungkus nasik, kisahnya masing-masing lapar, tah brape bungkus la dibedal tu!

Raja makan untuk sesi PAC. Aku tak tau nak letak caption apa, tapi budak ni nak sangat muka dia appear dalam blog aku. Isk...desperately need to shine kah? Tak cukup ke anugerah penyapu kat SUKS tu Hazhar oiiii?

Selesai cerita Stesen Keretapi, malam ada pulak tempat makan yang best! Mee Goreng Selak Kerang kat Kedai Kak Esah. Haaa..ni memang payah cari kat tempat lain. Kak Esah oii...raya dah abis, bawak-bawak la turunkan banner hari raya tuuuu!

Mee goreng yang lazat! Nampak sempoi tapi kaya dengan kerang. Sapa-sapa yang ada masalah dengan kolestrol, dinasihatkan tak makan benda ni!

Memang khusyuk makan...kena pulak dengan Cikong Panas (aku ingatkan menatang apa..rupanya Len Chee Kang...)

Selesai makan, melantak actually! Apa lagi time to tido! Menenangkan fikiran sebelum berjumpa dengan peserta-peserta keesokan harinya! Alahai...

13 comments:

syita114 said...

huh????

seperti biasa aku tak penah nak mintak ikhws..since intim ada sata, nasik dagang n ada kopi haipeng...takpela mebi kalo ada rezeki lain tahun aku mintak ikhwas nak merasa kesedapan kopi kluang berkenaan...btw dalam byk gambar2 yang menyelerakan n melaparkan perut aku tp tang gambr last tu terus buat aku tak berselera....uhuhuhuhu..horrorsss...

Adi Osman said...

hahahhahaa

syitot, walaupun kau tak lalu...tapi aku terpaksa letak jugak! sebab aku kan model! lalalalala

Rush Murad said...

sedap2 makanan kat johor ek? mana nak dapat sedap2 macam tu kat tempat lain? Sgn Petani??? eermmmm laksa cayaq tu jer lah...... *lariikkkkk.........

arsaili said...

siapa yg malu...ahaks....lain kali kena pakai name tag sebesar alam...FACILITATOR..ahaks

Adi Osman said...

bang shidi..

heippp...kat sg petani tu ada gak makanan sesedap! kene pandai cari...contohnye nasik kandaq senduk patah kat kedai Shariff....haaa...skali kena terduduk!


arsaili..

kalau dah pakai cap and key segala tu sah sah la facilitator! huhuhu...tapi tetap gak orang anggap aku peserta!

Rush Murad said...

email me at rushmurad@hotmail.com together wif ur hp number ek

Adi Osman said...

baiklah bang shidi..kite email satlagi

Anonymous said...

wahhhh.. aku jadi star laa dalam post kali nih... like a dream come true. hehehe. tak sangka plak bila gelakkan org sambil tutup muka sebelah, boleh nampak lagi hensem plak.. tp mee kerang tu mmg sedap giler laa.. nasilemak 2sudu tu 60sen? pergghh.. "akan ku frame gambarku dlm blog mu ini di sebelah Anugrah Penyapu" =>

Anonymous said...

Welcome to Miri...ahlan wasahlan wa marhaban fil Miri...huhuhuhuhu...

Dayat

Adi Osman said...

anon a.k.a hazhar...

hensem ke? hmmm..aku dah takde gambo lain, makanya aku letak la gambo ko dalam blog aku ni. asal aku klik muka kau je yang kluar...terpaksa laaa


anon a.k.a dayat...

salah tu...bukan fi miri, tapi ila miri! fi tu maksudnye di...ila tu ke...

n Z r A said...

waaaaaa...best gler makanan melesiaaaa
rindduuuuuuu

hehe sori mengganggu.
tq

Adi Osman said...

n z r a

tak ganggu lah....slalu la menjengah kat sini! mekaseh bertenggek kat blog gue ini

mutiarazura said...

hmm..tergamam jap nengok gambar-gambar suamiku itu.. :-)