Tuesday, November 13, 2007

Soalan Cepumas Makcik Berdedai



Apa perasaan korang bila ditanya soalan cepumas oleh orang-orang yang korang tak sangka-sangka nak tanya soalan tu kat korang? Huhu....kalau aku la kan, memang aku pitam!

Dan benda ni terjadi kat diri aku semalam. Tatkala keadaan pejabat sunyi sepi di petang hari, aku sibuk dok siapkan keje sebab seharian masuk kursus audit. Mari kita saksikan apa yang berlaku.

Situasi : Di sebuah petang yang hening, tatkala manusia mula beransur pulang dari pejabat. Kelihatan seorang pegawai sedang khusyuk membuat kerja, sambil merenung-renung ke arah jam tangan, oleh kerana teman serumah beliau akan menjemput untuk pulang ke rumah. (korang ada ke hosmet jemput macam aku?)

Sedang elok pegawai berkenaan buat kerja, tiba-tiba telefon pejabat beliau berdering;

tenenenenet...tenenenenet...

"BSM, selamat petang, boleh saya bantu encik?"

"tariq, masuk bilik saya sekejap"

Dengan kelam kabut, pegawai berkenaan mencapai pen dan buku nota (haaa...kalau jadi PTD tu, bawak la pen dan buku nota, untuk catatan. tapi jangan pulak kau bawak buku nota waktu solat, kau nak catat imam punya tajwid kah?)

"assalamualaikum puan....ada apa puan?"

"duduk"

Dengan perasaan gelabah, pegawai berkenaan terlalu ingin tahu apakah tugasan yang nak diberi di petang hari. Dan tiba-tiba soalan yang terpacul dari mulut wanita itu sungguh memeranjatkan..

"siapa makwe kamu sekarang?"

Muka pegawai tu dah kelat-kelat masam....terkejut!

"mana ada puan...."

"ehh bukan makwe kamu budak bsm jugak ke? kamu ingat saya tak tau kamu dok main-main mata waktu mesyuarat. ingat saya tak perasan?"

"isk puan ni...mana adaaaaaaaa. saya mana ada main-main mata!"

Muka pegawai tu dah merah pasal kena terjah. telinga dia macam kena panggang, panas. dan pada masa yang sama bosnya ketawa ala-ala mengusik. Cepat-cepat pegawai tu tukar topik;

"puan, ISO kita ni duitnya macamana saya nak habiskan? 50 ribu ringgit, bagi hujung tahun, 2 bulan nak habiskan, masak saya kena query dengan audit nanti!"

"macam ni, kamu listkan senarai perbelanjaan yang diperlukan. esok saya nak!"

"puan, saya cadang nak buat bengkel pemurnian dokumen kat luar...boleh ke?"

"haaa...bagus. tapi taknak la tempat yang sama macam hari tu! pegi fraser's hill ke, genting ke..haa..sebut pasal tanah tinggi ni, saya teringin nak bawak anak-anak saya jalan waktu cuti kat cameron"

"puan tak cuba strawberry hill park ke? tapi kalau puan nak murah lagi, cuba tanya xxx, rasanya dia ada saudara kat sana..."

"xxx?"

bos pegawai itu sebut nama dengan penuh teruja, sambil senyum ala-ala bagi hint menyebut nama...

"kamu ni....dengan dia ek?"

"isk puan..mana ada! saya suggestkan je. lagipun dia dah ada boipren la puan"

"saya tau..saya penah jumpa ari tu waktu kenduri kawin"

"dah tu puan, kenapa saya lagi?"

"saya tau kamu suka kat dia...kan?"

"puan......."

"hmm..tu lah, xxx ni macam takde orang lain dia nak....orang kat sini nak kat dia..dia pulak taknak..."

Merah muka pegawai tu menahan malu sebab kena sakat. terus dia mintak diri untuk keluar dari bilik.

"puan, saya mintak izin nak balik, housemate saya nak sampai dah ni. dia jemput saya ari ni"

"hah...nak lari la tu...jangan lupa, esok bagi kat saya senarai belanjawan ISO"

Selesai bab tu. Ingatkan dah sudah. Rupanya hari ni ada lagi...

"Tariq, hari ni saya terperasan, kamu dengan xxx sehati sejiwa la. Baju sama warna..."

Pegawai tu pitam lagi ari ni...lalalalalala

Pegawai tu kena gosip dengan sapa ek? Stakat amek gambo dekat-dekat, takkan la dah kira bercinta kot? Untuk tuan empunya badan yang terbaca benda ni, hampunnnn...bukan sengaja aku feeling-feeling bercinta dengan hang, tapi soalan tu makcik berdedai yang bertanya. Aku jawab je la.....

24 comments:

Anonymous said...

kelakar la posting kali ni...hihih

Anonymous said...

Kuang.... kuang.... sabo jer lar. Nk buat camne mulut-mulut berdedai dah berkuase.... tahan jer lar.... Kata artis kan, so... gosip-gosip cam nie.... kann dah lumrah artissssss. My hat's of to you fendiosman n orang yg digosipkan. Kim salam kat syahir n abang boy.

Adi Osman said...

miss...

kelakarkah? huhuhuhu


t.mizi

salam telah disampaikan. heh..memang artis pun..lalalala

xtopak said...

spoil betull..penat aku komen tp xleh appear pulak..

anyway.. aku mmg tergelak giler bacer post blog ko kali nih..

i wish i was there to see ur face!

...andai kata XXX bacer post ini.. mmmmmmmm..... tak terharu ke? ;)

Adi Osman said...

xtopak

sesungguhnya xxx tak mempunyai sebarang rasa terhadap diriku ini. begitulah sebaliknya.

err...kau memang patut ada kat sini tengok muka aku. kelat kelat manis masin payau semua ada

Anonymous said...

"sesungguhnya xxx tak mempunyai sebarang rasa terhadap diriku ini. begitulah sebaliknya."

Begitulah sebaliknya??

Begitu kah?

Hanya tuan punya diri yang ada jawapan yang sebenarnya...

Jeng jeng jeng...

Adi Osman said...

amboi anon...

speku kah?

zyrin said...

hahahahahahahahahahahaha

hahahahahahahahahahahaha

hahahahahahahahahahahaha

nasib baik kuar nama 'xxxx' tuh... nama aku dah berjaya 'dimurnikan' balik di mata mak cik berdedai!!!

muahahahahahahha!!

sakit perut aku gelak.

Adi Osman said...

suke le tu zyrin!

Rush Murad said...

hahahahhaa... macam skrip Panggung RTM dolu2.... i tau u ada hati kat sapa...... kan???? kan??? kan??? nice posting lerrr

Anonymous said...

mau senier rase nak tergolek je kot
mendengar statement2 panas mak cik berdedai itteww...
hebat...sungguh observant la makcik itu...
kepada xxx pulok
things happen for a reason
mebe boleh xxx cube2 fikirkan...
muhasabah?manela tau
hehehehehehehhe

Adi Osman said...

bang shidi...

heh....sapa ek?


anon a.k.a arab...

perasaan orang ni kita takleh paksa2. nanti dari elok2 orang nak kawan ngan kita, orang jadi benci! uhuhuhu

zyrin said...

mr. fendi,

memang saya suka! kalau tak, orang lain dapat nama, orang lain dapat 'faedah' nyer. huh. tak aci btul!

ni bior org yg dpt 'faedah' tu dapat nama sekali. lalalalalala...

Adi Osman said...

berfaedah kah?
aku rase takde pekdahnye cik muzindayanti retno dumillah oiiii

zyrin said...

x faedah ke?

awat aku rasa macam ADA JERRR... muahahahahahahahahaha...

oit. SKT x de kara-oke ke?

X-weatherman said...

Hahaha Tariq,

Kesian kat hang..tapi biasa laa Seniman Seri Ponggong kena gossip panazzz nih..

Sepatutnya makcik berdedai(berdedai nih menatang hape) tu kena tahu story abih-abih dulu baru menyakat..

Kepada xxx, jika terbaca warkah bernada pilu ini..ianya sekadar bahan bacaan semata-mata.

Kepada Tariq, hang carik laa sorang. Baru semua mulut-mulut murai kat sana terdiam..

Adi Osman said...

wadi...

ginila aku menghadapi kehidupan seorang artis. banyak betul gossip. in-fact ari ni aku kena lagi! huhuhu.....berdedai tu..kau bukak la kamus dewan!

Anonymous said...

Kena lagi ka? Kalau tak de angin, masakan pokok bergoyang, kan...

Buatla posting Soalan Cepumas Yang Pitam part II pulak...Update plis...hihi...

Adi Osman said...

anon....

tak payah la letak part 2....
nanti orang kata aku perasan lak! idung tak mancung pipi kereta sorong! huhuhuhu

Anonymous said...

radar makcik tu rosak ke uols??

Adi Osman said...

rosak?

zyrin said...

aku smpi arinie tersengih2 teringat part 2 yg hang citer kat aku... tp aku tak puas hati... aku nk dengar dari saksi2 yg berada di tempat kejadian gak!!! hahahahahahaahahaha...

arsaili said...

berdedai tu maksud apa? relevan ker soalan nih? uhuhu

Anonymous said...

hahhahahahahahahahaha...
tak dapat hem bayang muka pegawai ittew yang blushing kaler maroon bila digossipkan dengan xxx..
(*matila XXXS bukan XXXL sebab asik berlariiii sahajork)

hem harap dan berdoa semoga entry dengan episod berlagu pilu ini akan membuka jodoh uols tak kisah la dgn xxx ke atau dgn iii ke or kkk ke or yyy ke..opss

hem tak sabar nak menari2 untuk kenduri kawin uols..