Arakian tersebutlah sebuah riwayat mengenai keramaian anak pegawai tinggi yang telah digembar-gemburkan dalam beberapa rawi sebelum ini. Adapun majlis yang gilang-gemilang tersebut telah berlangsung malam tadi di sebuah dewan yang begemerlapan kilaunya dengan warna keemasan (termasuklah baju aku) dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tuanku Sultan berkenan untuk berangkat sama memeriahkan majlis tersebut. Turut serta, Pegawai Teramat Tinggi, mantan-mantan Pegawai Teramat Tinggi, Pegawai-pegawai Tinggi, mantan-mantan Pegawai Tinggi, Pegawai-pegawai Tak Berapa Tinggi, Kenamaan-kenamaan, Dif-dif kehormat serta rakyat jelata yang terpilih.
Riang-ria majlis tersebut bermula pada hari Ahad sebelah petang tatkala para Pegawai Rendah berbaju emas menerima SMS daripada Ketua Pegawai Rendah yang berbunyi;
"Pegawai Tinggi minta semua petugas untuk berada di Dewan Kapal pada jam 8.30 pagi esok"
Pegawai Rendah yang tersenyum manis kelat gara-gara insiden baju emas beberapa minggu lalu mula mengeluh dan merungut;
"Mula-mula paksa buat baju, lepas tu paksa ambik cuti rehat, ni paksa datang awal pulak?"
Entahlah, sudah nasib Pegawai Rendah. Rasa marah dipendamkan sahaja untuk menjaga hati tuan rumah. Masing-masing berniat untuk membantu. Lillahi Taala. Namun, dalam doa selepas solat Pegawai Rendah berbaju emas, ada yang memohon supaya Yang Maha Kuasa menunjukkan jalan dan membela nasib Pegawai Rendah yang bagaikan melukut di tepi gantang ini.
"Aku dah cakap tadi macam ni, taknak dengar....haaa...now u want to use my idea"
Monolog seorang Pegawai Rendah sambil mencuit rakannya.
Hujan lebat menggila turun di luar. Pegawai Tinggi dan keluarga, serta Pegawai Tak Berapa Tinggi mula khuatir. Mungkin jemputan yang akan tiba tidak seramai mana.
Datang pula Pegawai Tak Berapa Tinggi yang menggelabah memeriksa keadaan. Sepatutnya, dia mengetahui selok belok acara yang kononnya dia menjadi ketua. Tapi, soalan yang bukan-bukan ditanyakan kepada Pegawai Rendah. Mujur Pegawai Rendah bijak bermain dengan suasana. Dan dengan tenang, Pegawai Rendah mengukir senyuman dan menerangkan keadaan kepada insan gelabah itu;
Mula acara, keberangkatan tiba Paduka Sultan ke Dewan Kapal, diikuti oleh tetamu jemputan. Masing-masing mengambil tempat. Dalam kesibukan itu, Pegawai Rendah turut diberikan tugas untuk mengiring Pegawai Teramat Tinggi ke tempat di Pentas Bersantap. Alhamdulillah berjaya.
Pegawai Rendah diberi juga tugas untuk membawa saki-baki Pegawai Tertinggi yang terlibat dengan acara merenjis. Dengan tenang Pegawai Rendah melaksanakan tugas tanpa sebarang perasaan gelabah seperti Pegawai Tak Berapa Tinggi itu.
Selesai tugas yang diberikan, Pegawai Rendah mengambil tempat di sudut Dewan Kapal bersama Pegawai-pegawai Rendah yang lain. Tiba-tiba, ada satu permintaan daripada sanak saudara Pegawai Tinggi yang sepatutnya menjaga pemberian hadiah supaya Pegawai-pegawai Rendah untuk mengangkat hadiah ke tingkat atas berdekatan dengan pintu masuk Dewan Kapal.
Arahan diterima, namun sedih apabila diherdik oleh sanak saudara Pegawai Tinggi, yang mengibaratkan kami ni bagaikan penyangak yang cuba untuk mencuri barang-barang yang dipersembahkan oleh tetamu undangan. Pegawai-pegawai Rendah berkecil hati. Terasa bagaikan Sang Anjing Kurap bila diherdik sebegitu rupa.
Dalam hati para Pegawai Rendah,
"Dah tolong percuma ni kira rahmat! Lagi nak layan macam anjing hina....aku tak hadap pun hadiah-hadiah ni....."
Sampuk seorang handai Pegawai Tinggi
"Barang-barang ni tak boleh letak kat sini....nanti orang ambik"
"Takpe puan....majlis ni yang datang semua orang besar-besar, takkan la ada orang nak ambik"
Wajah handai Pegawai Tinggi itu bagaikan mencemik apabila menerima jawapan tersebut daripada Pegawai Rendah. Seraya beliau berkata;
"Ok...I trust your words..."
Lantas, Pegawai Rendah menunjukkan protes, meninggalkan persembahan hadiah daripada tetamu di hadapan pintu utama dan masuk ke dalam Dewan Kapal. Pegawai Rendah terus mengangkat beg, menuju ke kenderaannya bersama rakan Pegawai Rendah yang lain, dan pulang ke rumah.
Begitulah cerita Pegawai Rendah di majlis keramaian Malam Kilauan Emas. Kalau Pegawai Rendah boleh dihina sebegitu rupa, apa salahnya Pegawai Rendah mengangkat kaki menyelamatkan diri daripada terus dikata. Sesungguhnya Pegawai Rendah juga manusia, mempunyai harga diri dan air muka. Andai intan dibalas kaca, eloklah kaca-kaca itu dicampak kembali kepada mereka.
Nampaknya, majlis keramaian itu, tidaklah seramai mana tetamu-tetamu yang dijangkakan hadir itu menunjukkan muka. Mungkin berkat doa daripada Pegawai Rendah yang terasa dianiaya. Wallahua'alam
19 comments:
Ya Allah,
Banyaknya dugaan hangpa...
Aku tumpang terharu Dol
-pokcik-
TAYO
aku masih x puas hati. post-mortem x menyeluruh!! kena buat postcab nih, dengan dihadiri ahli2 wajib!!
- saya yang datang habiskan makanan-
akhirnya pegawai tinggi dan kaum keluarganya menunjukkan kebiadapannya...ingat pegawai rendah hadap sangat ka majlis depa...ingat depa anak sultan ka?? ingat tema kuning bemakna peragai ko boleh sombong dan biaadap ka???
Inilah realiti kehidupan..
MAMAKBENDAHARA
perot boroi nampak disitu ..
tapi senyuman masih manis ...
;)
affendi, ko tak libaskan rambut ko kat pegawai tinggi tu ke? Baru padan muka dia orang...
anyway, songkok tinggi nampak?
biadap gila ayat sanak sedara diorg tu...ingat org bawah mcm kita ni hadap sgt ker ngan hadiah2 tu? please...ni jenis keturunan berkira kut? aku penah gak terlibat ngan event Pegawai Yang Lebih Tinggi daripada Pegawai Tinggi hang tu, langsung xde kerek pun..KSN dtg pun quite selamba jer..
anyway fendi, bergaya sakan nampak hang noooo! kaler menghelit (betoi ka aku eja nih?) tak hengat...hehehe..
aku baru perasan..event ni kat Dewan Jubli? malam tadi? alahai...berapa jengkal je ngan ofis aku! Yang diraikan tu pun bukannya org lain, tp jemputan tetap x sampai, saje xnak contact ler tu. Oh well, xpelah..kalo x dijemput, jatuh free hukum haram kalo makan kan? Allah Maha Mengetahui..
POKCIK ANON
takpa la pokcik...nak wat lagu mana. bak kata makcik kamariah,
"sabar je laaaa....kalau tak dapat sabar, redha je laaaa"
ZYRIN
Tak perlu post-cab. Kalau ada pun buat sakit ati je lagi haaa!
ANON MAMAK BENDAHARA
tema gold laaa! bukan kuning. pegawai tinggi tak biadap, cuma handai taulan yang perasan tu yang sikit kureng asam
LILYlulu
bukan boroi aaa...tu ikatan samping ngan seluar jerut nye tali yang kena ikat!
matila takmo ngaku kan!
ORANG RAWA
rambut skang ala-ala boys don't cry. so memang tak leh libas...huhuhu...takpe! aku tanduk pakai songkok 6 hinci tu je...
6 hinci? Apa yang 6 hinci tatau? Teeeetttt
SHAZALI
orang ramai dijemput hari sebelumnya kat rumah. ni memang majlis untuk orang-orang besar! orang-orang kecik macam kau tak layak occay! heheheheh
bergaya...emmmmm alang alang mandi biar basah...
...bersyukurnya aku tak terlibat dgn sanak saudara sebegitu.
lps balik rumah dr majlis tu, mak aku dah bagik ulasan byk lebar psl wedding tu. ulasan sbg seorang tetamu ler..
...sempat gak tny soalan cepu emas kat aku psl pengantin. kisah horror masa lalu.. kui..kui..kui... >:-)
Salam bang...jalinan cerita yang panjang tetapi tidak bosan bila dibaca walaupun perlukan 10 minit untuk habis...biasalah 'lembab' cikit....happy2 selalu yo....cheersss
suka tengok layout baru ni, sesuwaiiiiiiii............
ANAK TOK BIBAH
kisah horror ekkk? aku tau kisah tu! hosmet aku ada cerita kat aku. sebab pengantin lelaki pernah mintak pendapat pasal seorang wanita yang hendak dijadikan calon isteri.
sapa taktau? lalalala
DAYAT
10 minit? Hmm..kena masuk kelas speed reading tu. Try tengok....memang best!
BANG SHIDI
Sesuwaiii? Sesuwaaiii apa ek?
Hmmmm...masih ingin mengekalkan darjat dan kasta nampaknya...lama dah budaya kita tak der mende2 tu tapi sekarang hidup balik.... sapa lah yg menghidupkan tu... kat majlis kahwin ker tu?? jangan kena sumpah tujuh keturunan sudah..."Aku sumpah ko turun ke kasta paria" hambik ko!!! hehehehheeee
nanti kalau pegawai rendah dah jadi pegawai tak berapa tinggi mahu pun jadi pegawai tinggi,ingat ingatlah kepada pegawai rendah...
aku malas nak enter frame, tapi nak luahkan jua. alahai aku staf di tmpat dewan kapal itu jua. tak jua djemput scara rasmi atau ketahuan majlis ni, wlau kwn bjiran. jd cerita, mlm tu lepak d ofis smpi 10pm, balik tmpt parking FULL kereta,mungkin kereta aku je yg xdiundang. mungkin, baju biru slangor ku xbererti dsini.. oppss
kesian ko TORIQ... besar sungguh pahala kesaboranmu. ANAK TOK BIBAH? klakar2.... Macam2 la ko ni XTOPAKHOTSTUFF!!!!
siannye ko tariq...
BERTUAH AKU TAK JADI PEGAWAI RENDAH DISITU..
nasib baik aku tak gi..
kalau tak menambah dosa diriku aje kerana akan menjunjung kesah malam tersebut ke sane sini.. heheheheh
takpe.. satu hari nanti PEGAWAI RENDAH tuh akan jadik PEGAWAI TERTINGGI..
waktu tuh sultan brunei pon datang majlis ko.. hehehehe
and time tuh.. i will be there
BERUANG MADU
dah selesai pun mejelis tu..siap ada majlis keraian lepas mejelis, jemput kitorang neh..tapi unluckily tak dapat join!
isk kasta tu jangan sebut, sentimen!
Bang DBI
Pengajaran untuk semua bila dah menjadi pegawai tinggi kelak!
Nov
takpe lah....mejelis tu untuk pegawai-pegawai tertinggi, dan pegawai-pegawai tinggi je. Machai cam kita ni tak layak....mahal woooo mejelis tu! baju aku je dah 200
Phachat
Yaaa...memang kesian..
Heh..memang aku panggey dia anak tok bibah...
Aiza ADO GEMILANG
Aku kalau wat mejelis nak wat simple je, keripap ngan kopi lepas isya dah la kot. Boleh?
hai...KKM
Post a Comment