Monday, March 31, 2008

Shopping Spree, Jalan-jalan Hujung Minggu

Kembali bersiaran pada hari terakhir di bulan Mac ini. Sebagaimana yang aku telah nyatakan di perenggan terakhir pada posting sebelum ini, tertera perkataan cuti-cuti Malaysia. Nah...sampai jugak hajatku untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang buat kesekian kalinya . Kebetulan pada masa yang sama, ada Festival Senitari MAKUM di UNIMAS (zaman dulu-dulu aku pernah jugak bertanding, kali ni pergi bagi moral support untuk adik-adik dari UKM). Kira serampang bermata-mata la lawatan aku ni.

This time, aku pergi berdua dengan Ayen, sahabat dari zaman matrikulasi di Kuala Pilah, kabaret di UKM, sehinggalah sekarang. Dan di Kuching sana, ada penampilan istimewa tuan empunya blog Tepak Sireh yang kebetulan menghadiri kuliah untuk program pasca-siswazahnya. Makanya kami bertiga sepakat untuk berkongsi tempat penginapan walaupun masing-masing mempunyai agenda yang berbeza. Heh..cukup la mengarut untuk preamble ni. Kita tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Kuching itu....


HARI 1 (KUL-KCH)

Adapun perjalanan pergi ke Kuching ini menggunakan khidmat penerbangan AirAsia dari terminal tambang murah. Pada awalnya penerbangan dijangka berlepas jam 1145 pagi, tapi sehari sebelumnya kami menerima SMS dari AirAsia yang menyatakan penerbangan dibatalkan dan dibawa ke jam 1410 petang. Hmmm...konsep AirAsia, kalau load tak full, 2 penerbangan akan digabungkan. Kesannya, full load. Jimat kos....haaaaa gitu konsepnya.

Tapi sebelum kita bertolak, kita cuci mata dulu dengan pemandangan indah di waktu tengahari. Hiks....tengok kat wanita berskirt merah berdua itu. Tenung dalam-dalam pada silangan kaki mereka. Teeeeeetttt....Perjalanan ke KCH lancar, walaupun kapal terbangnya Masya Allah buruk. Bukan Airbus, tapi Boeing737 yang lama.

Ada satu insiden sebelum kami berlepas, seperti biasa, pram yang ada akan membilang jumlah penumpang yang terbang. Kira punya kira, terlebih satu. Kira lagi, terlebih satu, sepatutnya 141, tapi yang dikira ada 142. Haru dibuatnya. Lastly, ada laaaa ground crew bawak satu boarding pass, dan dekat situ tertulis KUL-PEN. Heh...salah kapal terbang rupanya orang itu. Tak pun, beli tiket PEN tapi nak terbang ke KCH. Satu kapal terbang tengok dia. Rasakan!

Kurang lebih jam 1600 petang, selamat kami menjejakkan kaki ke KCH, berjumpa dengan Tepak Sireh di Lapangan Terbang, dan terus menuju ke hotel. Rate gomen amat menarik untuk menjadikan Crowne Plaza sebagai tempat penginapan sepanjang berada di sana. Tapi ada jugak orang bertanya...

"Tinggal mana?"

"Crowne...."

"Huish...tempat orang kaya tu....ye la kan, dah jadi orang besar ni mesti la memilih tempat"

Ish ish ish....tempat aku tinggal pun nak jadi issue. Suka ati aku la nak duduk mana pun. Aku mampu nak bayar! Jadi, sila tutup molot anda.....

Aktiviti pertama, meninjau pemandangan dari bilik penginapan. Cantik, dan cukup menenangkan dengan panorama Sungai Sarawak yang mengalir tenang, sambil bercerita cerita semasa bersama Bang Tepak Sireh dan Ayen. Sempat juga aku ke Tun Jugah Mall untuk acara shopping tingkap. Asalnya memang shopping tingkap, tapi lastly terbeli juga barang. Isk.....

Malam, tiba acara ke UNIMAS. Jam 7 kami bertolak ke destinasi untuk menyaksikan Festival Tari MAKUM. Sahabat di Kuching, MakAyam Chen dan Isterinya datang menjemput kami berdua (Bang Tepak ada agenda lain...). Di UNIMAS, aku merasakan bagai berada di dunia 'agar-agar' yang memang dipenuhi oleh 'agar-agar' seluruh pelusuk Malaysia. Bukan mengeji bukan menghina, tapi zaman dulu aku rasa tak bermasalah untuk bercampur mesra dengan 'agar-agar', tapi semenjak usia aku menginjak ke lewat 20-an ini, perasaan selesa tu bertukar menjadi rimas. Tak tahu kenapa, tapi...itulah perasaan yang aku rasakan. Kalau 'agar-agar' berupa lelaki tak menjadi masalah, tapi ni lain pulak. Tebal solekannya....aduh!

Apa pun persembahan malam pertama boleh dikatakan menarik. Tapi, tetap jugak aku nak komen mengenai penari lelaki yang patah pinggang sehinggakan aku mempersoalkan yang sedang menari tu penari lelaki atau penari wanita. Lenggoknya, kepitnya, lentiknya, alahai....sedih!

Gambar menarik! Lelaki ni konfiuskah? Atau mempunyai cita-citakah? Hehh....hanya Johari yang mengenal Maniam. Selesai acara, berangkat pulang ke hotel. Tapi sebelum tu, isi tangki dengan makanan dulu.


HARI 2

Sesudah terang, aktiviti pertama pada hari kedua adalah mencuba mee jawa di kawasan Satok. Sedap sehingga menjilat jari. Tapi Bang Tepak kempunan pasal kononnya nak makan pada hari Ahad. Kedai tutup.....kecewa!

Jeng jeng jeng...time for shopping! Memandangkan pakcik dan makcik gomen sekarang diseru untuk memakai batik pada hari Khamis, aku bercadang untuk mencari batik bermotifkan Borneo untuk digunakan. Jadi, Indian Mosque Lane di Kuching menjadi destinasi tujuan bersama-sama Chen dan Ayen. Bang Tepak Sireh mempunyai agenda tersendiri.

Heh..kepala terdongak-dongak ke atas, mata menjadi rambang. Ayoooo.....satu untuk mak, untuk diri sendiri lagi...

Gila kejap...korek sana korek sini, cari kain yang bersesuaian untuk dibuat baju. Satu kedai..beli, singgah lagi satu kedai, beli. Yela kan, kat Semenanjung takde corak-corak macam ni. Ambik peluang la. Apa lagi kan? Koman-koman corak baju aku takde la sama typical dengan orang-orang kat Semenanjung! Matila kekwat!

Berjalan sepanjang Indian Street ni, hati-hati dengan pandangan mata anda. Silap haribulan memang kena singgah setiap kedai. Nasib laaa si Ayen berjaya mengalihkan perhatian aku ke tempat lain. Kalau tak, sah haru!

Macam biasa, dah jalan-jalan ni kan, perut mesti lapar! So...makan time. Mee kolo dan sayur midin menjadi pilihan kali ni. Rugi kalau datang sini tak merasa.

Dah kenyang perut, sambung jalan ke Waterfront. Naik sampan seberang sungai ke Kampung Boyan. Kalau ikutkan MakAyam Chen, tak nak dia naik sampan ni. Tapi aku suka....sebab jimat masa. Lagipun, dapat berjalan membakar lemak sikit sebanyak.

Tujuan? Semestinya untuk membeli singnature-cake kat Sarawak ni. Kek Lapis. Kalau kat kedai Dayang Salhah ni, boleh tengok cara kek dibuat, dengan kek yang beraneka jenis dan rasa. Boleh jugak rasa keknya sebelum membeli. Rasa macam hari raya pulak. Pergi rumah orang, macam-macam kueh ada atas meja.

Kat sini, terkorban lagi wang yang dibawa dengan belian kek yang pelbagai. Huhu..nanges!

Warna kek yang pelbagai ni menarik hati pembeli, sampaikan ada yang termenung di hadapan rak kek gara-gara keliru untuk membuat pilihan.

Tapi, jangan pulak jadi macam makcik ramai-ramai ni, hadoila....kau bukak rasa semua kek yang ada. Nyum sana nyam sini, sudah beli masing-masing sorang seketul je! Bengkrap oiiii!


Selesai memborong dan mengangkut, balik ke bilik untuk bersiap ke UNIMAS . Sarawak River Cruise ni, sesuai untuk pelancong-pelancong yang sukakan pemandangan. Uniknya Sungai Sarawak ni, sebelah sini, bandar yang sibuk, sebelah sana....kampung yang aman damai! Ada dua dunia yang berbeza kat situ. Yang tak uniknya, hujung minggu, budak-budak sekolah remaja ni pakat dok tunggang langgang mabuk. Pastu muntah lahak kat pedestrian walk sepanjang Riverside tu. Allah...geli aku tengok. Kalau nak minum pun, jangan la sampai muntah camtu sekali. Merosakkan pemandangan je...

Heh...malam, sekali lagi ke UNIMAS, malam ni giliran adik-adik UKM bertanding. Malam ni juga, ada rombongan TNC UKM dan ahli-ahlinya. Terkejut badak depa tengok kami ni pun ada.

"Kau buat apa sini?"

"Saje je dato', datang bagi sokongan moral kat adik-adik ni, biar semangat sikit diorang"

Dato' TNC tersenyum bangga. Ada jugak laaa alumni yang turun tengok. I bet lepas ni kegigihan kitorang datang akan jadi topik perbualan dan input ucapan dia di majlis-majlis di UKM nanti. Matila perasan kan?

Abis acara di UNIMAS, kembali semula ke tempat penginapan. Titon time....krooooooooooohhhhh! Sori Bang Tepak, terdengkur lak! Hehehh...

HARI 3

Bak kata Ayen, apa guna bayar ratus-ratus kalau tak guna, makanya masing-masing bantai tido sampai nak tengahari. Dah tu, mandi dan terus check-out jam 1200. MakAyam Chen bawak ke kedai pasu kat Batu 4. Lagi sekali, rambang mata tengok.

Ada satu statement tu, lebih kurang macam ni bunyinya...

"I dah taknak beli pasu-pasu ni...dah melambak kat rumah....lagipun takut pecah la, orang kargo kat Miri tu kasar-kasar, main campak je"

Tapi apa jadi? Haaa tudiaaaa....

Sekotak pasu yang besar dia bawak balik ke rumah. Hehe...taknak beli konon...kan Bang Tepak kannnn?

Selesai 2 jam di kedai pasu, terus ke The Spring, kompleks terbesar kat Kuching. Baru bukak, cantik. Tapi bila aku melangkah masuk....

"Alamandaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Design lebih kurang laa. Cuma dia takde utara selatan je. Tapi 2 jam la jugak kat situ. Selesai kat Spring, off to Kampung Boyan again. Bawak Bang Tepak ke Dayang Salhah. Dia gi rasa kek macam makcik-makcik kat atas tu tadi je. Katanya kat Miri lagi sedap kek lapis tu! Abis merasa kek, terus hantar dia ke Lapangan Terbang untuk berangkat pulang ke Miri.

Aku dan MakAyam Chen ke Riverside. Nampak pulak batik motif Sarawak. Ni yang MakAyam Chen dok cari kat Kampung Boyan tadi. Hah....4 lai sekali dia hangkut. Aku pun tak terkecuali laa, tapi takat selai je. Tak mampu dikkkk...

Selesai kat Riverside, we went to the airport again. This time, it was our time to go home. Kali ni on MAS la pulak. Salam-salam, peluk-peluk....tataaaaaa....ada rejeki datang lagi nanti! Tapi kat airport, sempat lagi aku menyopping. Perfume pulak...siap dapat Crew discount lagi! Crew? Crew mana ek? MAS? AirAsia? Mrasa laa orang ingat aku ni Cabin Crew! Keh keh keh...

Untuk Ayen...mekaseh ye jalan-jalan sesama. Untuk MakAyam Chen, mekaseh jugak bawak kitorang pusing-pusing. Untuk Bang Shidi Tepak Sireh, kawan-kawan berdua di atas tu semua suka keluar dengan awak...sebab mulut awak hazab macam mulut diorang jugak. Jadi....lain kali diorang nak keluar dengan awak lagi! Boley?

Hari ni masuk pejabat, menghitung sisa-sisa wangku di kantung! Huk.............

17 comments:

Rush Murad said...

best lah pi jenjalan dgn uol, ek? cuma tak 'kesempatan' nak pi tengok org beronggeng segala... segala yg berbungkus tu tak bukak lagik, hopefully my pasu besau tu tak pecah or retak.... korang lah yg influence aku, last2 berangkut bawak balik pasu segala...

cacah said...

huuu bestnya dapat cuti-cuti malaysia... :)

ShalinzZ85 said...

salam..saya dah passed exam yang PTD ari tue, i just want to ask you, bila surat utk PAC akan sampai?dan kalo saya dr KEDAH, selalunya PAC tue kat SP ka?

Hambali ® said...

woooo
woooooooooooooooooooooooooooooooo !
skirt merah
tertengok kali pertama takpa kan
tak dosa kan
ustaz tariq ex-hamidiah kajang

Adi Osman said...

BANG SHIDI

kitorang la yang influence ek? hmmm....takde maknenye. kalo iman tu kuat, takkan terpengaruh nye!

080808...sila ke kuching ye!3


AISHAH

sekali sekala apa salahnya.


SHALINN85

exam tu takde pass takde fail....tu kiranya nama u ada dalam top ranking laa..top berapa tu tak tau la, top 100? top 1000? top 10000? konsep exam ptd ni memang takde yang lulus takde yang fail!

PAC, depends jugak...tapi slalu kat SP la kalau dari utara.


SME

aku bukan dari hamidiah laaa
SMAPKajang

orangrawa said...

fendi....ko tak borong ikan terubuk ke? Fofuler gak tu kat Satok...

phachat said...

FENDI, bila CHEN kawen???

MOLY said...

makan hati laa .. fendi dah sampai ke sarawak .. ditemani pulak oleh bang tepak ...

huwaa .. nak gi sarawak jugak macam nih

kena cari time bila bang tepak free ..

p/s: x makan hati sebenonya ,,, nak makan hati ayam ajo ... main2 je ok ..

;)

Adi Osman said...

ORANG RAWA

dah tak kose nak berterubuk bagai. cari mende lain lak...tapi kek lapis tu memang wajib bila ke sarawak!


PHACHAT

dah setahun lebih dia kawin....comey bininye! macam dia jugak!


LILYLULU

bang tepak tu kebetulan je dia memang ada keje kat kuching. so memang tumpang skali la pasal hotel lain penuh..

kene pandai ngorat bang tepak ni, memang kalau kena gaya dapat keluar ngan dia.

tapi kannnnn...kang kalau keluar ngan bang tepak, takde ke kawan baik lilylulu tu marah?

Ziana said...

fendi..
thanks coz share info..
ziana akan ke kuching kamis nih!!
dah siap cut n paste tmp2 yg u pi..hehehehe
tq bro!
:)

X-weatherman said...

Hahaha..teringat pulak trip aku ke Kuching akhir tahun lepas..ko tak layan movie ke kat panggung sebelah hotel tuh??

Gambir takde beli?? Bersepah orang jual tepi sungai tuh..hehehe..

Nway, pendapat aku Kuching nie tempat yang "mesti pegi" laa untuk rakyat Malaysia, cuma yang aku x gemornya..teh tarik RM3.50, nasik goreng RM7.00..memang mahal makanan kat sana..

Anonymous said...

SLURRRPPPPPP !!!!

Kek Lapis Dayang Salhah memang sodap! Believe it!
Fendi, next time hang pi Kuching, aku nak kirim kek lapis kat situ kalo hang singgah no! t.k.

hang pi tak wedding Azral this weekend? dia jemput hang ke tak?

Wanpetunjuk said...

Salam bro...tu laksa sarawak kat Pasar Satok ek???, tak sempat nak tanya Tepak apa yang berlaku kat Kuching...sedaaaapppnye lama tak makan kat situ.....apasal tak heret si Tepak join tengok senitari tuh...???

080808 - Olympic Beijing kan???, jom pi Beijing....The wall of China!!!

Adi Osman said...

ZIANA

slamat terbang p KCH.
pusing2 la kat kedai2 tu yeeee.....
hope u'll enjoy ur trip


X-WEATHERMAN

yaa...aku pun rasa KCH is a must visit destination. menarik, bersih, unik. kalau ada posting ke sana musti best! heheheheh


SHAZALI

kalo takde pepe halangan aku pegi ke kenduri tu. tengok kepada trafik. aku alek kampung aaaa...tengok mak aku!

kawan boleh cari ramai, mak ada satu je! tak leh cari ganti!


DAYAT

olympic...mahal! kat PEK skang harga barang dah naik. rugi pegi time olympic! baik g tengok osmet kawen

Anonymous said...

kawan boleh cari ramai, mak ada satu je! tak leh cari ganti!
*******************************

I COULDN'T AGREE MORE, bro..
c u there, kalau ada rezeki.

LeannY said...

ooo hang pegi Kuching, tak habaq mai kat mamu pun.....tak baikkkk....so apa cheq belikan kat mamu kat sana?

Adi Osman said...

SHAZALI

i talk based on what i feel, and what everyone should do!


LANNY

bukan cek dah habaq kat mamu ka?
lupa kot....hehehe
cek tak beli apa punnnn...