Sejak masuk ke tempat baru ni bulan 2 lepas, Fendiosman banyaklah mengemukakan borang tuntutan perjalanan yang puratanya memang mencecah separuh dari gaji Fendiosman. Dan....duit tu rata-ratanya Fendiosman dulukan duit gaji Fendiosman. Walaupun tidur di hotel, tetap Fendiosman tak guna kad hutang tu sebab dah takmau dibebani dengan hutang-hutang yang menjejaskan kehidupan. Jadinya, bila masuk hotel, kena bawak banyak duit sebab nak bayar deposit untuk bilik. Bayangkan kalau di KK, hotel harga 200 semalam, duduknya 5 hari, jadinya berkepuklah duit kena tabur kat kaunter check in.
Jadinya, kalau dah tiap-tiap minggu keluar outstation setiap bulan, maka duit pusingan modal perlulah ada untuk membolehkan Fendiosman buat bayaran itu. Macam orang meniaga la jugak, kena ada duit pusingan. Yang menjadikan Fendiosman meroyan tak tentu arah ni sebab urusan berkaitan tuntutan ni saaaaaangatlah 'terurus' dan boleh meninggalkan kesan yang abadi di sanubari.
Dulu Fendiosman di Kementerian Kesihatan, bajetnya memang banyak, berbilion-bilion duitnya. Tapi urusan tuntutan perjalanan ni sangatlah sekejap. Kalau hantar hari Isnin, hari Khamis dah siap masuk duit dalam akaun. Cepat dan teratur. Ya la kan, duit orang! Mestilah kita kena bayar cepat-cepat. Kalau tak dia nak makan apa? Tak gitu? Sense of urgency namanya.....
Tapi.....sejak Fendiosman duduk kat tempat ni, termasuklah tempat yang menjadi persinggahan Fendiosman untuk tempoh tak sampai setahun dulu, urusannya Masya Allah.....................................
Bulan sudah Fendiosman meroyan sebab sampai berpuluh-puluh hari baru masuk dalam akaun Fendiosman. Bila Fendiosman bertanya, kononnya Fendiosman biadab sebab mengarahkan orang membuat kerja. Katanya pegawai-pegawai muda ni ada masalah. Dah jadi glamer nama Fendiosman sebab menimbulkan isu!
Prosedurnya, bila terima borang, terus cop terima, dan 14 hari dari tarikh cop terima tu kena diproses. Tapi amalannya, bila terima tak cop. Bila borang tu diambil untuk proses baru dicop terima. Tak kisahlah berapa hari pun selepas borang tu dihantar. Kemudian.....salahkan kami ni kata peram borang lama-lama. Pasal tu lambat. Modus operandi tu memang dah berjaya dikesan. Fendiosman sendiri yang kantoikan depan mata. Kaaaaaaaaaaaaaaaaannnnn?
Prosedurnya, bila terima borang, terus cop terima, dan 14 hari dari tarikh cop terima tu kena diproses. Tapi amalannya, bila terima tak cop. Bila borang tu diambil untuk proses baru dicop terima. Tak kisahlah berapa hari pun selepas borang tu dihantar. Kemudian.....salahkan kami ni kata peram borang lama-lama. Pasal tu lambat. Modus operandi tu memang dah berjaya dikesan. Fendiosman sendiri yang kantoikan depan mata. Kaaaaaaaaaaaaaaaaannnnn?
Bulan ni Fendiosman hantar seperti biasa, dengan dokumen yang cukup. Termasuklah buku bank seperti yang diminta sebelum ni. Touch and Go seperti jugak yang diarahkan. Dan macam-macam lagi borang yang ada. Borang bertugas luar kawasan, surat panggilan dan sebagainya.............................memang tebal tu boleh dikira la kan.
Soalan Fendiosman; we are moving towards PAPERLESS GOVERNMENT, aren't we? Tapi kenapa lampiran kena selambak-lambak? Borang punya la banyak kena isi. Mula-mula borang bertugas luar kawasan, lepas tu kalau naik kereta sendiri, ada pulak borang permohonan guna kenderaan sendiri. Pastu kalau bekerja lebih 8 jam, kena pulak isi borang pelik tu. Dan macam-macam lagi. Tu belum kira surat original yang dihantar, tetap jugak kena cop SALINAN DIAKUI SAH! Ehhhhh? Bukan surat tu dah original ke? Kenapa kena taruk cop SALINAN pulak?
Hmmm...kali ni, Fendiosman meroyan pasal boarding pass. Ada satu hari ni Fendiosman ke KOTA KINABALU untuk bertugas luar. Jadinya dalam borang tu ada dilampirkan resit hotel dan surat arahan bertugas serta kebenaran bertugas luar kawasan. Tup-tup dikuiri minta boarding pass bukti Fendiosman pergi KOTA KINABALU. Errrrrrrrrrrrr...bukan ke dah ada resit hotel yang terang-terang tulis KOTA KINABALU? Takkan la Fendiosman nak berenang pergi sana kot? Kalau ye pun nak kuiri, biarlah berpada. Benda-benda macam ni la yang melambatkan proses sesuatu kerja. Ya, rasional adalah untuk mengelakkan pegawai melencong ke tempat lain. Tapi, dah 2 3 bukti dilampirkan, takkan la nak menebalkan lagi borang tuntutan kot? PAPERLESS kannnnn......................
Dan...teknologi masa sekarang membolehkan kita check-in dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan kemudian boarding pass akan diberikan dalam telefon bimbit itu juga. Hanya perlu scan telefon itu di balai perlepasan dan naiklah anda ke dalam pesawat tersebut.
Jadi...............kalau dah ada kaedah yang memudahkan macam ni, kena lampirkan boarding pass jugak ke?
"Boarding pass saya guna MHMobile, jadi macam mana saya nak lampirkan?"
"Kena lampirkan jugak encik!!"
"Dah tu saya nak fotostat henset saya ke? Boarding pass saya dalam tu, awak cari la ye...nanti saya fotostatkan telefon saya"
Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.......kan dah kena sedas lagi! Teknologi yang ada, tetap jugak kena tinggal ke belakang sebab ada prosedur yang sangat menyusahkan. Tapi bila Fendiosman check, takde pulak pekeliling kata kena letak boarding pass! Kenapa pulak dimintak ye?
Entahlah.....bila dikata benda macam ni, Fendiosman dikata biadab kerana mempersoalkan tugas orang. Tapi, inilah hakikat yang Fendiosman hadapi. It is not the procedure, but is is the people doing the procedure yang kadang-kadang memeningkan kepala. Renung-renungkan..................



6 comments:
saya adalah meroyan jugak dengan peeteekiyou kat my opis. kena letak no henpon la bagai. selalu nye kelim masuk di notify kan melalui sms, kali ni tiada. dan peram pulak tu. sebulan baru haku nak dapat duit. bila tanya, relax aaa. buduh!
saya tak berapa gemar pasal duit ni. nanti orang kata melapu! tapi dah guna tenaga dan duit kita. kita ada hak kan?
uish mcm tu ke kem. kita? kata bagus sangat Kew ittew! hahahhahaha
btw, bilalah nak panggil aku masuk psm nieh en fendi oi!
haih .... baca kes hang pun aku dah jadi semak kepala ....
purbanya tempat ko kerja...kesian..
Kalau aku pon meroyan..lebih dari meroyan lagi rasanya..
I think kemukakan Boarding Pass tu nak jadi alibi sahaja, walaupun tiket beli secara WPUA. Prosedur standard sedia ada xde pula sampai nk kene submit benda tu.
Walaupun audit beri teguran, tapi dia kena la sebut based on peraturan mana. Otherwise...aku rasa sume ni arahan pentadbiran sahaja. I do hv experience similar like this masa jaga Kewangan dahulu dalam kes TnGo, whereby aku just accept/alu2kan secara pentadbiran sahaja utk sapa2 submit TnGo secara "e-statement" sedangkan prosedur sedia ada dah dimudahkan under AP 99(c).
So, mungkin Kew di sana takut kene tegur dgn Audit kut, sebab tu keluar peraturan yg agak messy mcm ni. They should relax. As long as apa yg auditor cakap tu masih berpegang kepada peraturan sedia ada yg mereka langgar, xde sebab utk rasa risau.
Just my opinion..(lama dah tak post sini..hehe)
Aku ingat nak buat cadangan la..borang keluar kawasan/pakai keter sendiri dan memana borang yang berkaitan otstesen tu kita satukan je. Takde la meroyan nak mengisi.
Sebulan KPI lawatan projek aku 6. bayangkan berapa kali aku nak kena isi semua benda tu? piteemmm
Post a Comment