Monday, June 07, 2010

Jamuan Teh DiRaja

Ampun Tuanku Duli Baginda
Doa Rakyat pada yang Esa
Panjang umur sihat bahagia
Tiap waktu tiap ketika
 
Tetibe feeling2 cerita purbakala menyanyi lagu depan sultan

Hoiiii...ala payung lah payung ketipang payung......payung sutera nak raja mudaaaaaaaaaaaa
(kalau payung buat dari sutera, tak basah ke bila ujan eh?)

Adapun, Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jadi......... bermacam-macamlah aktiviti dibuat oleh pemerintah untuk meraikan majlis sambutan gilang gemilang ini seperti Majlis Tahlil di Masjid Negara, Perarakan Panji-panji di Dataran Merdeka, Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat di Istana Negara, dan lain-lain acara yang lain yang diatur khusus.

Daaannn....Fendiosman turut berpeluang untuk memeriahkan acara sambutan apabila turut diundang ke Jamuan Teh DiRaja. Walaupun kad berjalur biru saja, yakni undangan rakyat kebanyakan, namun Fendiosman tetap gigih hadir. Tak semua dapat masuk. Jadi, kat sini Fendiosman ambil kesempatan untuk berperi berhikayat mengenai majlis tersebut.
 
Sebagaimana majlis-majlis rasmi yang lain, nak datang ke majlis ni ada adab dan peraturannya. Yang paling utama adalah adab berpakaian. Dalam kad undangan disertakan sekali peraturan berpakaian kepada semua yang dijemput. Katanya BERPAKAIAN KEBANGSAAN. Untuk makluman, Pakaian Kebangsaan lengkap adalah BAJU MELAYU CEKAK MUSANG BERBUTANG LIMA, BERSONGKOK, BERSAMPING SONGKET, KASUT HITAM BERTALI,  dan BERSTOKIN HITAM. ( Ni sahabat Fendiosman yang pernah kerja kat Istiadat JPM yang bagi tau ye................)

Bila dah diundang.............bersiaplah seadanya supaya nampak elok di pandangan mata orang. Grooming kena jaga. Janggut bercukur, misai bertrim, kening berpantis....(ehhhh salah lak....), dan muka tu buat la sedikit treatment! Seperti di bawah ni....

Haaaaa....bermasker kat rumah katanya! Errr....tak perlulah over macam ni, cukuplah sekadar membersihkan muka, dan membuat kemasan tertentu supaya nampak segak. Tapi, jangan sehari ni je buat, hari2 waktu kerja pun boleh jugak buat!

Bila dah siap berpakaian, camni lah jadinya ya! Lengkap seperti yang diarahkan dalam kad jemputan. Pose gedik tu sengaja dibuat untuk wujudkan mode ceria walaupun di basement carpark BSAS.

Haaaaaaaaaaaaaa.....mode penari plak....

Tudiahhh....jamban tak muat untuk masuk sekali dalam gambar sebab terlebih keluar! Heh....dulu waktu berkabaret pun jamban yang jadi aset untuk ditayangkan kepada khalayak. Jadinya, sampai sekarang, bila bend down sikit je.....dah terkeluar jamban, sampai tak muat untuk masuk dalam gambar.

Walaupun majlis bermula jam 4, tetapi tetamu undangan dah mula masuk jam 2 petang. Beratur panjang depan Istana Negara tu. Almaklumlah, parking pun agak sukar jadi better be early to get the best parking spot. Berduyun-duyun tetamu undangan datang (yang dijemput je la.......................). Pakaian berwarna warni, bermacam-macam fesyen. Tapi murid-murid...........................mari kita belajar sikit adab-adab masuk majlis ye! Nak nak majlis yang Grand macam Majlis Jamuan Teh Diraja ni.

Pakaian Kebangsaan adalah BAJU CEKAK MUSANG ye! Walaupun anda dari negeri di sebelah SELATAN, tapi bukan BAJU TELUK BELANGA sebagai Pakaian Kebangsaan. Diulang, BAJU CEKAK MUSANG. Kena attention to detail sikit ye murid-murid. SHADES? Not cool anyway......sakit mata kah? Atau mata lebam bagaikan panda sebab tak cukup tidur? Dan, tak perlulah bawak beg tangan sampai boleh muatkan baby. Tapi sangkaan baik Fendiosman, dalam beg tu ada telekung, untuk bersolat selepas majlis.

Kalau ye pun takde songket, boleh pinjam la kat sedara mara di kampung maupun jiran tetangga. Fendiosman pun takde songket yang vavoom, sekadar kain tenun berbenang emas serta songket India yang murah saja. Tapi demi masuk majlis, sanggup mencari sampai ke Istana kat Jalan Tun Razak tu ha.............

Daaaaannnn.....kalau pakai samping tu, toksahlah lipat dua kain pelikat tu ye murid-murid. Ataupun, kalau nak lipat, biar elok-elok. Biar nampak cantik! Alahai.......................PAKAIAN KEBANGSAAN adalah BERSAMPING SONGKET, bukan BERSAMPING KAIN PELIKAT LIPAT DUA ye..............

Haaaa....kalaupun kaki sakit cagu, carilah sandal bertali, daripada pakai selipar sebegini ya murid-murid. At least biarlah nampak classynya. Fendiosman tahu, tak semua orang mampu, tapi...................ikut macam Mami Tanjung, kalau takdak barangnya, sanggup pinjam. As long as nampak cantik di mata orang yang melihat. Barulah terasa kemeriahan tu. Ni main sarung saja tanpa menyedari keadaan sekeliling. Nasib la tumit licin, buatnya tumit pecah2? Tapi, untuk majlis-majlis Rasmi macam ni, sangat tak sesuai kalau berpakaian ala kadar!

Sangkaan baik Fendiosman lagi sekali, mungkin dia dah selalu masuk Istana, jadi dia anggap macam masuk rumah di kampung saja.

Satu lagi, ya Fendiosman tau anda ada barang kemas yang banyak, tapi tak perlulah pakai mutiara bertingkat-tingkat sebegitu. Ditambah pula dengan tudung bermanik serta brooch sebesar tapak tangan. Oh....sangat over-do. Sampai tak tau nak tengok yang mana satu. Sangkaan baik Fendiosman, Rantai Mutiara dia labuh sangat, nak potong bagi pendek, nanti rugi!

Murid-murid, untuk masuk ke majlis macam ni, cukuplah dengan sedikit saja barang kemas. Tak perlu gelang separas siku maupun rantai sebesar sauh kapal. Simple, yet elegant. Seutas rantai mutiara, cincin sebentuk, gelang seutas, dan subang pearl ataupun diamond studded. Sebab ni bukan malam gala, hanyalah minum teh di petang hari di taman Istana Negara. Kena sesuaikan dengan tema ye murid-murid. Takut nanti nampak macam pokok krismas bergerak.

Well, niat Fendiosman bukanlah untuk mencerca pakaian, tapi this is part of grooming yang semua orang kena dan patut tau. Supaya biarlah kita berpakaian yang bersesuaian dengan tema. Kalau tak, memang nanti kena pandang serong.

Hiasan sangat cantik dari hotel-hotel yang terlibat. Ada gubahan buah-buahan....

Ada kek aising pondan....(FONDANT ICING katanya...)

Ada buah-buahan yang jadi arca.....

Ada bunga mawar warna biru...................dan macam-macam lagi hiasan yang menarik.

Makanannya pula....................huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Ada nasi dagang....makanannya memang bercirikan Terengganu, memandangkan Tuanku adalah dari negeri tersebut.

Ada juga keropok lekor....

Haaa..ni pinggan Fendiosman. Ni je yang Fendiosman berjaya habiskan. Makanan dia saaaaaaaaaaaaaangat banyak. Lagipun, majlis-majlis macam ni tak elok kalau kita nak jadi Dewan Bandaraya. Nak sodok semua yang ada. This is the time to socialize.......sebab tu nama dia JAMUAN TEH, bukannya KENDURI. Tak gitu? Jadi....behavelah seadanya bila berada di tempat sebegini ya murid-murid!

Well...the majlis started with NEGARAKU upon arrival of His and Her Majesty. Untuk Majlis Rasmi macam ni, hanya Pancaragam Tentera dan Polis sahaja yang boleh mainkan NEGARAKU. Ni protokolnya. Bukan boleh kugiran sebarangan ye! Kali ni, Pancaragam dari TUDM yang mainkan.........

And followed with bacaan doa serta jamuan minum teh...here are the guests.....

Ada dari rakyat jelata macam Fendiosman...

Ada juga dari Kedutaan Asing dengan pakaian tradisional masing-masing...

Korea......

Yang ni Fendiosman tak tau negara mana....tapi sangat cantik! Rasanya dari negara Tan Tan Tan tu kot, sebab based on their look, muka macam Chinese Look sikit! Haruslah menjadi kegemaran Sang Hansuari kan? Opssssssssssssssssssss...mujur Fendiosman Indian Look saja! Hiksssss! As you can see from the picture, this is the time to socialize, and to mingle around. Bukan untuk sodok makanan ye murid-murid!

Khemah dibahagikan berdasarkan jemputan. Ada kaler merah, ada ungu, ada biru, dan ada kuning. Jadi...untuk golongan rakyat jelata macam Fendiosman ni.....kaler biru la khemahnya. Tapi, untuk mingle around, boleh la beramah mesra dengan hadirin yang hadir.

Oh ya...tak lupa juga, ada golongan artis yang dijemput! Yang penting...........................

Ada auntie Kismah Johar dengan wig kejungnya......

Dan tetamu seperti Fendiosman, yang amat berbesar hati apabila diundang sama.

Setelah acara minum-minum teh....masa untuk Baginda Tuanku berdua berangkat meninggalkan majlis. Tapi sebelum tu......Baginda Tuanku berdua berkenan untuk beramah mesra dengan rakyat jelata yang hadir. Dan dapatlah Fendiosman close-upkan Baginda Tuanku berdua yang ramah dan sangat berjiwa rakyat.

Walaupun panas, bukanlah penghalang untuk Baginda Tuanku berdua untuk turun dari pentas DiRaja dan sama-sama bersalaman dengan rakyat. Dan........

Rakyat pula gigih beratur untuk bersalaman dengan Tuanku. Bukan senang kan............jadi ni lah peluang yang ada.

Perut kenyang, hati girang. Dah selesai majlis, kira sempat la jugak snappy2 sebagai alibi berada di majlis tersebut. Apa pun Fendiosman rasa sangat berterima kasih kerana diundang ke majlis tersebut. Satu pengalaman yang tak dapat dikutip di tempat lain.

Semoga dengan kehadiran patik-patik sekelian ke Majlis Jamuan Teh DiRaja tersebut dapat menggembirakan Tuanku Berdua, dan atas kesudian Tuanku mengundang patik, amatlah patik hargai dan menjadi kenangan terindah buat diri patik. Dirgahayu Tuanku!

6 comments:

nishashburn said...

owh beshnyer pengalaman sedemikian... hatta kad jemputan berjalur biru tua sekalipun... bilakah pula giliran patik... huhu!

and oso, bab2 pakaian tu, sesungguhnya patik pun tidak berkenaan dengan rakyat2 jelata sekalian yang sering tidak detail/ambil tahu ttg proper dressing protokol. contoh plg dekat bile nak masuk IB. terang2 kata takleh pakai jeans, ramai gak pakai. org2 IB plak lepas jer... penguatkuasaan takde nih...

Angah said...

Gelak besau aku nengok ke gambau2 tu.. Fashion Police katanya. Tapi memang betul la.. boleh kira dengan jari insan2 yang hadir ke majlis2 ni ikut aturan berpakaian yang betul kan..

Wanpetunjuk said...

Suke!!!!

Unknown said...

best baca =D
macam citer dolu-dolu plus nasihat dan motipbvasi berguna hihi

swit@kon said...

i was at an event hari ni yang ada tuanku permaisuri. terdengar2 juga cerita baju melayu teluk belanga itu. tak salah kalau nak ke majlis rasmi kerajaan tapi rakyat malaysia sebenarnya perlu lebih peka. contohnya kalau ada event separa formal dan sebagainya, jeans adalah tidak elok nak dipakai, jangan pakai. kalau kena pakai songkok, pakai songkok. dan tak perlu lebih ott dari tuanku la. :D

anyways. i dgr cerita yemcee jugak.alkisah ka-or. hahaha

Aida Manap said...

alahai tariq...terubat rindu aku nak bertugas semasa birthday rasmi tuanku dengan melihat gambar2 ko tu..
ini ko baru tgk jamuan teh. kalau bertugas masa bagi pingat kebesaran lagila. org dah kata pakai baju melayu hitam, cekak musang, kain sampin berbenang emas segala, sebab nak masuk balairong seri. tapi ada jugak MINISTER yang pakai baju melayu blue black and sampin bunga perak.
agaknya tak paham bahasa kuttt....