Saturday, May 29, 2010

Double Strike Pada Pagi Sabtu....

Dah seminggu Fendiosman di Kota Kinabalu. Minggu sebelumnya Fendiosman berada di bandar yang sama untuk ceramah induksi, kali ni untuk PPK TK1 & 2 bagi tempat Fendiosman bekerja. Macam-macam la yang dijumpai. Termasuklah dengan selamba calon memberitahu bahawa FAIL WARNA UNGU adalah antara pengkelasan fail dalam Kerajaan, serta BEG AKADEMI FANTASIA untuk membawa dokumen rahsia jabatan. Pitemmmmmmmmmmmmmmmmmm! Tapi, hakikat yang kena terima, tak semua yang tau. Jadinya, dengar dan tahan sajalah rasa hendak ketawa di hadapan calon. Dugaan penilai katanya!

Tapi takmau la cerita pasal PPK tu. Boring dah! Kali ni Fendiosman duduk di Hyatt Regency Kinabalu. Sebab, dekat dengan pasar basah. Senang nak membeli hasil tangkapan laut untuk dibawa pulang ke Malaya.

Biliknya baru je di'renovate'. Harga kira ok la...........................tapi sebab nak jugak dekat dengan pasar basah tu, hantam sajalah.

Dengan pancuran rainforest yang sesuai untuk aksi Sofea Jane........

Serta bathrobe yang ala2 iklan Laurier.........kira duduk di situ turut membantu Fendiosman membelai diri sendiri setelah seharian suntuk membuat penilaian terhadap calon-calon PPK yang ramai ittewwww. Memang sesuai sangat nak buat silap mata. Plinkkkkkkkk...sekali jadi Pustakawan. Plinkkkkkkkkk....sekali pulak jadi juruteknik. Plinkkkkkkkkkkkk lagi sekali.....jadi Kurator. Heh....memang kena serba serbi bersedia supaya tidak mengecewakan harapan menggunung calon-calon sekelian.

Just forget about the PPK. Haaaaaa...hari ni kira hari bertuah la kot. Awal-awal pagi, dah masuk dalam henset message dari Kak Jam Stokehill pasal muka Fendiosman yang mencelah bedah dalam NST hari ini. Huhu...chiwi la sat! Walaupun di KK takde lagi NST sebab suratkhabar dari Malaya belum lagi sampai, tapi tetap jugak sabar menanti sehingga tiba di KLIA untuk mendapatkan senaskah suratkhabar ittewwwwww.

Beberapa minggu lepas ada la satu event kat Istana Budaya yang Fendiosman hadiri .......dannnn....

Baru hari ni keluarnya....tak kisah la kan. Dalam 27 juta rakyat Malaysia tu, sempat jugak la meyempit dalam suratkhabar. Hahahahahaha......

Okeh...selesai satu cerita ONG untuk hari ini. Masuk pulak cerita ONG kedua. Seperti biasa, untuk menaiki kapal terbang, Fendiosman akan check-in sehari sebelum terbang menggunakan online check-in. Tah kenapa seat sakti 5A tu tak jugak Fendiosman dapat. Tapi, dapat la seat 6F. Sebab memang mode ting-tong gara-gara bangun awal untuk ke pasar, makanya tetap jugak Fendiosman nak seat tepi tingkap untuk memudahkan acara melelapkan mata walaupun risiko kena pandang semacam bila nak ke jamban sebab kena suruh orang lain keluar dulu untuk membolehkan Fendiosman keluar dari tempat duduk.

Sebelum Fendiosman naik pesawat, macam biasa la kan! Menggunakan kemudahan sedia ada seperti yang dicita-citakan oleh Bonda Phachat selama ini. Kata orang di kaunter membaling beg tadi, flight adalah super-full sebab musim cuti panjang. Jadinya bersedialah untuk melihat crew membuat aksi balingan Snack Box. Fendiosman tak kisah sangat, as long as Fendiosman dapat tido dengan nyenyak tanpa mengira seat mana pun Fendiosman berada.

Boarding time, Fendiosman pun masuklah dengan muka mengantuk. Bzzrekkk sangat muka. Memang bila settle down tu kira nak tido seadanya la kan. Cover balik bangun jam 4.30 pagi sebab nak ke pasar. Sampai di seat yang sepatutnya Fendiosman duduk, ada la plak satu couple dah duduk. Pastu ada sorang Mat Saleh ni, tunjuk boarding pass dia.....dan nombor seatnya sama dengan Fendiosman.



Mula-mula tu memang dah hangin la kan. Walaupun memegang KAD IDAMAN Bonda Phachat, tidaklah Fendiosman meroyan bagaikan orang gila yang nak maki hamun walaupun mood ketika ittewwww kurang memuaskan.



Ataupun nak menggelupur kesedihan bagaikan kehilangan kucing kesayangan...........

Dengan muka sedeyyyy, Fendiosman panggil seorang crew bertanyakan masalah yang dihadapi. Bukan apa, Fendiosman takut Fendiosman kena tukar flight. Kang abis busuk ikan udang yang dibeli ittewwwww. Dan pada masa yang sama terlupa pula bahawa Fendiosman adalah Pemegang KAD IDAMAN Bonda Phachat yang mempunyai banyak keistimewaan.....

"Seat saya ada double occupant ni, ada seat kosong lain tak yang boleh saya duduk?"

"Errrr...sekejap ye encik. Boleh saya dapatkan boarding pass?"

Berlarianlah sang krew kabin ittewwww ke depan berjumpa Leading 2 Balak untuk bertanyakan hal Fendiosman tu. Dalam mode ting-tong ittewwwww memang Fendiosman terlupa keistimewaan yang ada. Memang agak cuak sebab memikirkan flight yang Super-Full. Ohhhhhhhhhhhh........

Krew kabin ittewwww tetibe melambai ke arah Fendiosman dan menyuruh Fendiosman datang ke bahagian depan.

"Encik....seat encik bukan 6F, tapi seat 1C. Overbooked, kita upgrade encik........."

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa....ONG kali kedua katanya. Nasib dapat 1C. Kalau la dapat 2C? Ohhhhhhhhhhhhhh.....takut berjangkit pulak nanti! Tapi tetap jugak hantar sms kat Bonda Phachat supaya beliau sentap dengan Fendiosman. Hahahahahaha........kira worth it la untuk 2 jam stengah punya flight. KAD IDAMAN Bonda Phachat tu membawa Fendiosman ke bahagian hadapan pesawat untuk penerbangan pulang dari Kota Kinabalu.

Double strike hari ini................perut kenyang, hati pun girang. Burpppppppppppppppp.....

Apa pun, terima kasihlah kepada Malaysia Airlines kerana meng'upgrade' Fendiosman pada waktu Fendiosman ting-tong. Untuk Bonda Phachat, semoga anda gigih dengan SKT anda supaya KAD IDAMAN ittewww berada dalam genggaman anda. Hiksssssss

3 comments:

phachat said...

Huwargh!!

*sambil hentak2 kaki meja bagai seperti klip video ke-2 tuh

swit@kon said...

waaaaaaaaaaaaaaa. sungguh ONG ye!
nak jugak!

*no wonder u takde on sesi Friday. takpe, i dah kaverkan lagu u :D*

swit@kon said...

oh. i lopa. nak puji gambar penuh steam air panas tu.hahahaha