Penat meneroka seharian (walaupun ada jugak masa yang tersadai dekat atas kerusi empuk), malam pun menjelma. Fendiosman meroyan nak makan pulut mangga, tapi kali ni ke MBK Mall semata-mata nak lepaskan gian pulut. Errr....keputusannya, rasa pulut mangga di Jatuchak lagi sedap walaupun orang lain kata kat sini lagi sedap. Tah la, masing2 ada selera tersendiri kan!
Aummmmmmmmmmmmmmm...sedap ohhhh! Kalau ke Thailand, silalah makan pulut mangga ya!
Tapi tak semua makanan di Bangkok tu sedap. Contohnya macam kat bawah ni;
Roti naan selipar Jepun namanya! Sungguh liat. Untuk yang ada pakai dentures, sila pastikan anda memakai menggunakan Polident supaya gigi anda tidak tertanggal. Konon naan, ingatkan masak dalam tempayan, skali dia hantam letak dalam microwave daaaa. Kira hebat lagi naan kat Nihon la.........
Perut kenyang, hati senang, tapi kakinya sakit. Lenguh-lenguh sebab seharian berjalan-jalan. Datang ke Bangkok, rugi tak rasa oil massage dan Thai massage yang glamer tu!
Jadinya Fendiosman ke spa untuk meredakan ketegangan. Heippppppppppppppp...bukan spa notti notti tu tau! Jangan salah anggap. Ni spa betul2! Kawan Fendiosman yang memberikan tempat berteduh tu yang bawakkan. Woooooooooooooo.....
Dengan harga kurang lebih 2000 baht, anda akan dapat treatment 3 jam termasuk scrubbing dan oil massage yang sangat melegakan. Urutannya sangatlah best! Tak sendu macam urutan di JJMall hari sebelumnya.
Tapi sebelum urut, kena pilih minyak dulu...ada macam-macam bau dan bergantung kepada jenis rawatan macam mana yang kita nak.
Sungguh stim dengan bau minyak yang ada. Sampai terkeliru mana satu yang nak dipilih. Fendiosman akhirnya menjadikan Bergamot Oil sebagai pilihan. Minyak kelapa sawit maupun minyak kelapa dara takde ye murid-murid. Nak minyak goreng lauk pun takde......................
3 jam dikerjakan, scrubbingnya, urutnya, dengan alunan muzik yang sangat mendamaikan. Masa yang berlalu tak sangka sungguh cepat. Macam mimpi pun ada. Kalau nak berdengkur pun boleh jugak. Hanya anda dan tukang urut sahaja yang berada di situ, dia pun tak peduli kalau nak berdengkur sampai bergegar bilik urut tu! Yang penting kerja dia siap.....
Dah habis merawat badan, ingatkan nak balik berehat! Tapi, terlupa satu tempat lagi yang Fendiosman tak jejakkan kaki. Sekadar nak tengok, lalu je kat depan kedai ittewwwwwwwwwwww. Ke mana ya?
Ke destinasi paling panas di Bangkok, yakni Patpong. Ada macam-macam kedai. Ada untuk lelaki normal, ada untuk perempuan normal, ada untuk lelaki dan perempuan separa normal, ada yang jenis jantina ketiga. Macam-macam ada....
Sekadar melihat apa sebenarnya yang berlaku kat situ. Demi sesuap nasi katanya. Depa ni orang susah, mai dari segenap pelusuk Thailand.
Tapi sebab Baju Merah tengah berleluasa, lorong-lorong di Patpong tak semeriah selalunya. Itulah kata orang tempatan yang berada di situ. Fendiosman meringankan mulut untuk bertanya..........pasal tu tahu! Hiks....
Komen Fendiosman, Fendiosman tak rasa terhibur maupun seronok dengan apa yang ditontonkan, tapi Fendiosman rasa kesian. Susah macam mana pun, takkan la tergamak nak menari kat tiang kan? Tapi, tulah realiti kehidupan. Duit adalah segalanya sekarang ni. Tak lagi macam dulu.
Selesai sesi di Patpong, teruslah pulang ke rumah untuk berehat. Paginya ada penerbangan pulang ke Malaya untuk dikejar.
Pagi-pagi, kami bergegas ke Suvarnabhumi Airport untuk pulang. Tengok, cerianya dia setelah membuat kerosakan beribu-ribu baht termasuklah pembelian suit sebanyak 5 pasang. Opsssssssssssssssssssss......
Check in was so swift and easy. Untuk elakkan kesesakan, sila online check in dan kemudian terus baling beg anda di kaunter, seperti Fendiosman dan teman lakukan.
Bukti menjejakkan kaki ke Suvarnabhumi. Landmark di airport selepas imigresen........
Sebab ada privilege, gunakan kemudahan yang ada. Rehat dulu di lounge. Sebab kat Suvarnabhumi takde Golden Lounge, jadinya Malaysia Airlines menggunakan Royal Silk Lounge untuk kemudahan para penumpang.
Makanan halal tak susah dicari dalam lounge ini. Ada je opsyen untuk Muslim. Jadi......sebat je la kan! Free.......hiks!
Nyummmmmmmmmmmmmmmmmm....aummmmmm.....
And here's my ride home. Narrowbody je. Biar kecik tapi banyak frekuensi daripada besar, kosong sampai boleh berlari-lari dari hujung ke hujung.
Sebelum pulang, tapau duli snek lazat untuk Bonda Phachat yang masih gigih mengumpul point untuk masuk ke lounge. Sedap kan snek ni Bonda?
Tamatlah sudah pengkisahan Fendiosman merayau di Bangkok di hujung minggu. Sebab tiket 4 1000, ada lagi satu destinasi tujuan yang Fendiosman akan jejakkan kaki sikit masa lagi. Heh....................tapi ke mana ya? Sudah pasti tempat yang ada penginapan percuma di ASEAN ini! Hiks...







4 comments:
Apa lagi..indon sudah..siam sudah..vietnam laa pulak!!!
merasa la gambar meletup itu.
saya masih belum berjaya tukar point treat itu ke enrich. huhu
sapa la yang bedal suit sampai 5 pasang tu.. heheh. tapi dah check betul2 ke kualitinya. ada member cite, kekadang diorang lekat kain pakai gam je pasal nak cepat (xjahit).. huhuhu
cis, kalau ko x mention kegegehan aku boleh tak???
Post a Comment