Sunday, May 09, 2010

Slumdog Millionaire : Kasih Seorang Mama

Malam tadi waktu Fendiosman tengok cerita Slumdog Millionaire tatkala nak merehatkan diri lepas pulang ke rumah, ada satu adegan yang amat menarik hati Fendiosman, dan untuk makluman pembaca budiman, Fendiosman sendiri pernah mengalami keadaan yang hampir sama, kira-kira 18 tahun yang lalu. Cerita Fendiosman ni bukanlah nak cerita pasal pengalaman Slumdog tu, tapi lebih kepada kasih Ibu kepada anaknya tidak kira di mana saja berada. (Tema Hari Ibu kan.................). Walaupun orang pakat dok celebrate Hari Ibu ni bulan Mei, Fendiosman rasakan, tiap-tiap hari tu adalah Hari Ibu. Kalau nak bagi hadiah, tak payah tunggu bulan Mei. Bagi je bila-bila masa yang kita inginkan.................


18 tahun dulu, Fendiosman ada seorang adik yang berusia 6 tahun, yang penakutnya tuhan saja yang tau. Dia ni sangat fobia kepada labah-labah (well...................the truth is, sampai sekarang dia takut labah-labah). Pada satu hari yang sangat budiman, adik Fendiosman tu nak menabung di bank. Daaaaaaaaaaaaaan, kejadian tu di rumah Mak Ndak di kampung. Mama Fendiosman waktu tu tengah tidurkan adik bongsu Fendiosman, sekarang ni budak tu dah jadi Sang Jerung. Jadi, sebab adik Fendiosman yang penakut labah-labah ni nak menabung, Fendiosman sebagai abang ni kena la temankan sebab dia penakut!


Jamban di rumah Mak Ndak Fendiosman tu jamban kampung. Kat luar rumah! Biasa la kan...kalau rumah kampung dulu-dulu memang jambannya di luar. Ni patutnya boleh diamalkan sampai sekarang, sebab benda buangan kita, buat apa dimasukkan sekali dalam rumah dak? Jadinya, dengan hati yang berat dan tak suka kenalah Fendiosman temankan adik yang penakut tu! Nak menabung pun kena temanakan! Ceh..............


Pintu kena bukak luas-luas. Lepas tu...kena pulak menahan bau yang sangat menikam sukma. Dalam hati ni, merintih kesedihan kenapa la dapat adik yang penakut macam tu! Marah, bengang, geram, macam-macam ada. Kalau nak tau, jamban kat kampung ni ada tangki septik yang tersendiri di sebelah belakangnya. Biasanya, tangki ni dibuat macam telaga yang macam konkrit tu dan ditutup dengan penutup konkrit! Kedalaman, lebih kurang 4 atau 5 konkrit bentuk bulat tu, dalam 7 atau 8 kaki tingginya! Fendiosman ketika tu masih kanak-kanak, tinggi tak sampai 5 kaki pun lagi! Heh.......bantut kata orang.

Kat sebelah belakang jamban tu ada sangkar burung merpati. Kata Mak Ndak, burung merpati tu tengah bertelur. Jadinya, nak hilangkan rasa marah dan geram kena jadi tandei jaga adik penakut menabung di jamban, Fendiosman pun mengambil keputusan untuk melihat burung merpati bertelur.

Sangkar burung merpati tu tinggi............maka kenalah Fendiosman panjat tangki septik tu untuk tengok. Dalam masa yang sama, Fendiosman ada jugak perasaan nak takut-takutkan adik Fendiosman yang tengah menabung tu. Mana la kita tau benda alah tu reput! Naik, dan tiba-tiba Fendiosman sedar Fendiosman berada dalam tangki septik ittewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.....



Humang aiii....dalamnya! Walaupun waktu tu Fendiosman tak masuk kelas berenang di INTAN, dan masih belum lagi belajar teknik apungan dalam air, Fendiosman gagahkan jugak diri ini untuk mengapung. Memang dalam ye murid-murid! Tangki tu sangat dalam, dan Fendiosman dilitupi oleh sisa-sisa buangan berbentuk urea. Wooooooooooooooooooooooooooooooo.......

Tapi, waktu tu manalah nak terpikir bau-bauan yang dahsyat sebegitu. Yang penting, kena usaha panjat keluar dari tangki septik tu dan selamatkan diri. Nak menjerit, adik Fendiosman tu manalah reti bahasa. Yang dia tau, takut labah-labah! Jamban pulak jauh dari pendengaran manusia. Dan, rumah Mak Ndak waktu tu sunyi sepi sebab masing-masing keluar ke Madrasah untuk mengaji kitab. Mama Fendiosman, tengah mengeram adik bongsu Fendiosman. Jangan-jangan Mama pun terlelap!

Gigih memanjat ni.........dalam masa 5 minit kot, Fendiosman berjaya mengeluarkan diri dari lubang dalam tu! Syukur! Dan keadaan Fendiosman........................



Samalah seperti budak yang memegang gambar Amitabh Bhachan ittewwwwww, dipenuhi dengan sisa kumbahan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Bezanya, budak tu nak kejar artis pujaan beliau! Fendiosman pulak baru menyelamatkan diri dari tenggelam dalam tangki.

"Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....Angah jatuh jamban......."

Dengan badan berlumuran dan bau yang menyengat!

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....pasai pa anak Mama ni.....?"

Mama Fendiosman dah menggelabah...

"Mai mama cuci.........."

Tengok Mama dah bercucuran.....dan Fendiosman pun bercucuran la jugak....

"Awat jadi lagu ni ni.....anak Mama buat apa? Pasai apa ni?"

Mama tetap cucikan Fendiosman walaupun bau yang busuk menenggelamkan bau-bau lain yang ada.

Fendiosman tengok, tangan Fendiosman luka, terbelah, dan berdarah. Mungkin kena simen yang jatuh tenggelam tu!

Siap satu round Mama cuci....habis syampu dan sabun Mama kerjakan....

"Ish....ada bau lagi ni.....kita basuh lagi sekali!"

Sekali lagi Mama mandikan Fendiosman, sambil bercucuran air mata.

Petang tu, Mama bawak Fendiosman ke klinik. Kata pembantu klinik tu, ada ONG kalau jatuh dalam TAHI. ONGkah kalau menyengat bau TAHI?


Selepas 18 tahun, kalau Fendiosman renung parut kat tangan, Fendiosman akan terkenang peristiwa jatuh dalam tangki ittewwwwwwwwwwwwwwwwwww. Dan...kalau ke rumah Mak Ndak berkumpul beramai-ramai bersama keluarga, Fendiosman akan jadi bahan gurauan sampai ke hari ini! Kisah jatuh tangki septik tu memang dikenang sampai bila-bila!


(Mama Fendiosman ni susah sikit nak cari gambar dia yang posing biasa, semua gambar dia posing sambil pejam mata.............dan susah sangat nak senyum. Jadi, Fendiosman paparkan la mana-mana gambar yang ada.....)

Walau apa pun terjadi....ibu kita tetap akan lakukan yang terbaik untuk anaknya. Mama, dalam keadaan Fendiosman yang busuk, Mama tetap tahankan bau busuk tu untuk bersihkan Fendiosman dari sisa kumbahan yang memenuhi tubuh Fendiosman. Dan walau macam mana keadaan sekalipun, ibu.....tetap akan menjadi ibu sampai bila-bila. Untuk Mama yang Fendiosman amat-amat sayangi, SELAMAT HARI IBU Fendiosman ucapkan. Mama, Angah sayang Mama sangat-sangat!

Tu baru satu kisah pasal Mama. Belum kira bila balik rumah kat Sungai Petani dia tanya nak makan apa lagi tu..........................kan kan kan?

1 comment:

phachat said...

YA TUHAN, AKU BERKAWAN DGN MANUSIA TAHI!!!

Jap, adik yg tgh menabung tu camne nasibnya???