Tajuk orang kaya-kaya katanya...meh kita tengok apa pulak Fendiosman nak buat kali ni!
Sebab sirinya panjang jadi Fendiosman terpaksalah memulakannya dengan lebih awal. Kalau tak nanti sebulan pun tak habis mengarang. Paspot, tiket dan kad enrich (sebab nak masuk golden lounge katanya), juga sebagai bukti Fendiosman meredeem enrich Fendiosman untuk trip kali ini, jadinya kenalah tayang ketiga-tiga item yang terlibat untuk perjalanan kali ini.
Dan item yang keempat.....beg yang perlu didaftar masuk serta kiriman rakan-rakan yang jauh di perantauan. Konsep deliveryman kehormat katanya!
Setelah urusan di kaunter selesai, maka Fendiosman bersiaplah untuk perjalanan yang melangkaui beberapa destinasi sepanjang misi kembara Fendiosman pada kali ini.
Lounge? Ya Fendiosman masuk lounge....tapi tak perlulah bercerita panjang sebab cerita dalam lounge itu sama saja, dan kebetulan jangka hayat enrich gold Fendiosman dah nak tamat (walaupun ada la berharap agar MAS merenew semula keemasan ittewww supaya dapat setaraf dengan Bonda Phachat)
Nampak gayanya malam ni penumpang agak ramai.....mengikut kata staff kat check in counter itteewwww, load di EY hampir 90% jadinya tak dapatlah berhati busuk memblock kerusi di sebelah Fendiosman agar dapat tidur menelentang untuk perjalanan jauh ini!
Haaaa.....ni belum destinasi akhir lagi. Ni kira transitting point Fendiosman. Heh......
Murid-murid sekelian, sekiranya anda gagal terbang kelas bisnes dalam penerbangan jauh seperti yang Fendiosman tempuhi ini, silalah cari seat berdekatan emergency exit. Sekiranya anda kiasu seperti Bonda Phachat, bolehlah pilih seat paling depan, tapi risiko untuk anda mendengar tangisan bayi yang akan mengganggu tidur anda amatlah tinggi. Jadi, silalah pilih yang dekat dengan emergency exit. Kat depan tu ada pram yang duduk, bolehlah cuba nasib untuk menapau kacang. Dan.......paling menarik bila ada orang kat depan tu bertanya...
"Dah lama ke berenti jadi crew?" *pitammmmmmmm
Penerbangan malam ittewwww membawa Fendiosman merentasi perjalanan hampir 11 jam. Kalau boleh tidur, silalah tidur dengan nyenyak.....
Tapi kalau gagal, silalah layan tv yang ada di depan. Tapi Fendiosman mengambil langkah bijak untuk pergi menjoyah di galley belakang bersama-sama mereka yang bertugas. Dan keluarlah lagi ayat sebegini....
"U look sooooo familiar, kita dulu pernah terbang sama kan.......ala waktu buat sector xxx xxx dulu?" *Fendiosman pitam lagi.......
Ataupun boleh juga menelan ubat selsema demi membantu proses peniduran. Tapi kalau gagal juga, nasiblah ye.....
Dan setelah hampir 11 jam terbang...tibalah ke destinasi transit sebelum ke perjalanan berikutnya. Disambut pula oleh sahabat yang menunggu isteri beliau yang sama penerbangan dengan Fendiosman. Jadi, coplah paspot untuk keluar selama 2 jam, demi meminum kopi segar serta memenuhkan paspot.
Kemudian, sebab tak boleh masuk lounge, makanya kenalah pandai berkelana mencari tempat untuk berlabuh.
Ramai juga yang berlabuh sampailah dihalau oleh cleaner surau ittewwwwww.
Dah kena halau, terpaksalah mencari makanan.......
Lapangan Terbang Ataturk Istanbul adalah yang termahal di dunia. 15 euro untuk satu set kebab dan air serta salad. Menangis bila mengenangkan harga makanan ittewwww.
Makan pun sudah, masa masih panjang. Jadi cucilah mata di kedai Duty Free yang terdapat di situ.
Boleh juga melihat iklan yang mengerikan ini........
Ataupun kalau dah bosan, boleh juga membaca buku seperti yang dikatakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia itu!
Kalau dah takde jugak kerja, pandai-pandailah cari port berposing macam Fendiosman!
to be continued.....
2 comments:
hongga hongga !! seksi habis penari gelek tu.
aiyoo....buku yg tuan baca sama seperti yg saya punya...hahahaha... is it a coincidence or mmg our world revolve around those people listed in the book???hahahaha
Post a Comment