Eheh....sejak dua menjak ni Fendiosman sangat bizirina.
Tahun 2011 dah pun masuk pertengahan bulan Januari, dan inilah kali pertama Fendiosman berkesempatan untuk mengarang sedikit sebanyak untuk memulakan tahun yang penuh mencabar ini.
Untuk tahun ini, tirai dibuka dengan menjadi Ketua Liaison bagi Persidangan Menteri-menteri Telekomunikasi ASEAN. Seminggu berkampung di hotel dan kesan semertanya adalah.......
"Encik Tariq, kenapa macam belon?"
Tu kata-kata dari CC Fendiosman, tapi Fendiosman pulak lain rasanya, sebab Fendiosman bukan rasa macam belon lagi dah, tapi................
Teletubbies yawlssssss..
Ulang suara....
TELETUBBIES
Bila direnung cermin, sah Fendiosman dah mendapat bentuk badan seperti epal yang langsung menyebabkan Fendiosman ditegur oleh CC Fendiosman sendiri.
Kenapa ya?
Kerana selama seminggu, inilah diet Fendiosman sewaktu sarapan pagi!
Fendiosman pantang tengok whipped cream. Makanya, jadilah igauan ngeri apabila ditegur oleh CC sendirik! Padanlah muka...
Langkah drastik?
Ya...sebab seluar meluar semua dah mula mengetat, Fendiosman kena mula mengambil langkah drastik. Waktu Fendiosman didera secara mental sewaktu di istana 34 tingkat dulu, memang menten langsing. Heh....apa nak jadi ni wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh? Toloooooooongggggg
Masalah yang Fendiosman hadapi adalah...
Fendiosman ada penyakit gastrik yang sangat serius, sampai terbakar rasa esofagus......
Jadual makan tak tentu hala, kadang-kadang sempat sarapan. Kadang-kadang langsung tak makan. Kadang-kadang terlebih makan. Kadang-kadang double barrel! Wooooooooooooooo
Senaman yang kurang.....
Sebab bila nak senaman di petang hari, hujan mesti turun dengan lebatnya! Bukan alasan maupun cobaan! Tapi sememangnya benar.....
Jadi, apakah yang Fendiosman nak buat?
Pakai korsetkah?
Senaman sit up kah?
Atau apakah?
Tolonglah Fendiosman...........................................
Fendiosman nak pakai kebaya macam dulu kembali.............................















4 comments:
pakai korset ...
ambik gamba....
tayang kat sini .....
sebelum dan selepas ....
hahahahahaha
mmg sgt² terkesan apabila kena duty seminggu kat hotelkan...
HUHUU so sweet en tariq..saya pn begitu juga skarang.nak di kawal pemakanan dah hobi makan...nak tak nak semuanya diamik dalam kuantiti yg sedikit. adalah turun 1kg gitew...dan masih mencoba..aduh....
kayuh basikal mcm saya
Post a Comment