Hari ni dah pun hari terakhir 2010. Kebetulan diisytiharkan cuti umum oleh YAB Perdana Menteri kerana kejayaan pasukan Harimau Muda menjuarai Piala Suzuki dengan menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir. SYABAS dan TAHNIAH Fendiosman ucapkan kepada Harimau Muda dan Terima Kasih kerana memberikan penutup tirai yang baik buat Malaysia pada tahun ini.
Fendiosman pun meniti pengalaman 2010 dengan penuh kenangan. Pahit ada manis ada, bercampur baur. Permulaan 2010 menyaksikan Fendiosman dihanjengkan oleh hanjeng-hanjeng yang suka menjilat. Memang terkesima Fendiosman dengan tindakan hanjeng-hanjeng sekelian apabila tulisan Fendiosman dalam blog ini menjadi perhatian hanjeng-hanjeng serta tuan hanjeng ittewwww. Fendiosman hanya berkata benar, dan tulisan Fendiosman di laman ini hanyalah meluahkan isi hati Fendiosman yang sebenar-benarnya terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling Fendiosman.
Kesan semerta daripada kejadian tersebut, Fendiosman diarahkan berpindah dari Istana 34 Tingkat di tengah-tengah bandaraya oleh pengurusan tempat Istana yang Fendiosman tumpangi untuk mencari rejeki. Makanya, tamatlah riwayat Fendiosman menentang Ratu Sheeba dan Syaitan-syaitan Hitam yang sentiasa menghantui Fendiosman saban hari.
Di kesempatan berkhidmat di Istana 34 Tingkat tersebut, ada jugak Fendiosman berkenalan Hamba Abdi Hitam yang memang suka mengipas menggunakan kipas kuasa tertinggi. Bukan main bijak Hamba Abdi Hitam memainkan peranan. Fendiosman yang bodoh-bodoh alang ni pun jadi mangsa pijakan beliau demi kesenangan hidup beliau. Apa pun, semuanya Fendiosman jadikan kenangan yang terindah buat Fendiosman, dan Fendiosman anggap ia sebagai pengalaman Fendiosman untuk lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan pekerjaan yang Fendiosman lakukan.
Bermula di tempat baru seawal bulan Februari, Fendiosman diletakkan di meja Peperiksaan dan Latihan sebagai pemegang amanah dan Alhamdulillah sehingga hari ini, hampir setahun Fendiosman berkhidmat, Fendiosman tak berjumpa lagi dengan hanjeng-hanjeng serta Hamba Abdi Hitam yang banyak menyusahkan hidup Fendiosman. Fendiosman juga menyenangi keadaan yang Fendiosman alami sekarang. Semuanya mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Syukur Ya Allah, doa Fendiosman panjatkan selama ini didengari. Terlepas juga Fendiosman dari cengkaman orang yang zalim.
Walaubagaimanapun, tugas di tempat baru bukanlah sekadar menjadi pemegang amanah Peperiksaan dan Latihan saja. Fendiosman turut mendapat kerja tambahan dengan menjadi ketua dalam setiap acara yang memerlukan petugas protokol. Ala-ala Ketua dalam syarikat penerbangan, yang bertanggungjawab dalam memastikan keselesaan setiap tetamu yang datang dan tugas ini akan berterusan sehinggalah tahun hadapan. Demikian menurut kata bos Fendiosman sekarang.
Kerja? Tahun ini tugas Fendiosman membawa Fendiosman ke tempat-tempat berikut di mana Fendiosman menjadi penilai Peperiksaan yang kini sudah dimansuhkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu pembentangan bajet yang lalu. Macam-macam ragam yang Fendiosman jumpa dan paling tidak dapat Fendiosman lupakan adalah bertemu dengan calon yang melatah tanpa henti sewaktu dinilai hinggakan Fendiosman tidak mampu lagi menahan rasa lucu yang disimpan. Heh....sesungguhnya Fendiosman mengerti perasaan orang yang melatah! Penat tau! Menjadi penilai memberikan pengalaman baru buat Fendiosman di mana Fendiosman belajar bagaimana untuk meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya. Pada masa yang sama, Fendiosman refleksikan diri sendiri, baikkah Fendiosman dalam melaksanakan tugasan seharian? Tepuk dada tanya selera.
Tahun ini juga adalah tahun yang mengecewakan Fendiosman bila hajat Fendiosman untuk menyunting seseorang menjadi suri di hati berkecai. Konon nak memberi kejutan, rupanya Fendiosman yang dikejutkan dengan berita pertunangan gadis idaman. Katanya Fendiosman lambat! Tapi Fendiosman redha, bukan jodoh Fendiosman. Untuk HASNISA BINTI HASHIM, Fendiosman ucapkan selamat berbahagia bersama suami tersayang. Ya, Fendiosman terluka tapi hidup mesti diteruskan. Mungkin satu hari nanti Fendiosman akan bertemu dengan yang lebih baik dari Fendiosman rancangkan. Namun, soalan-soalan cepumas itu eloklah dihentikan buat masa ini ya. Fendiosman tak bersedia untuk menjawab pertanyaan anda semua.
Dengan duit yang ada itu, Fendiosman ubati kekecewaan dengan mengembara berseorangan dalam siri lawatan Fendiosman ke negara-negara Asean. Bermula dengan Jakarta, dan seterusnya Bangkok, Manila, Hanoi, Denpasar dan diakhiri dengan Singapura beberapa hari yang lalu.
Pengalaman berkelana di negara orang seorang diri memberikan pengalaman baru kepada Fendiosman dan menjadikan Fendiosman lebih berani serta berkeyakinan dalam urusan seharian tidak kira di tempat kerja ataupun dalam melaksanakan urusan peribadi. (Mahaplah ye kalau gambar recycle yang Fendiosman gunakan. Demi Alat Bantuan Mengajar, kenalah hasilkan karya yang menarik untuk tatapan murid-murid sekelian).
Operasi mengembara dan berkelana Fendiosman akan teruskan pada tahun baru ini. Insya Allah.
Kejayaan terbesar buat Fendiosman sepanjang tahun 2010 ini adalah dengan berhenti menjadi hamba kepada rokok setelah mula terjebak pada tahun 2000. Dengan bantuan daripada Pakar Psikiatri Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Fendiosman dapatkan beberapa dos ubatan untuk membantu Fendiosman berhenti daripada aktiviti ini. Syukur ke hadrat Ilahi, bermula akhir Januari yang lalu, Fendiosman berjaya hentikan tabiat ini.
Semoga ia akan berterusan dan menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin turut serta dalam menjayakan hasrat murni ini. Jom katakan Tak Nak! Petuanya, kalau dah hajat itu ada, teruskan. Pedulikan apa yang orang nak kata. Yang nak berhenti tu kita, bukannya depa. Jadi, teruskan tanpa perlu menoleh ke belakang. Mrasaaa.....
Tahun 2011 yang bakal menjelma beberapa ketika lagi, belum Fendiosman ketahui bagaimanakah bentuk cabarannya! Walaubagaimanapun, Fendiosman akan terus bersedia dengan sebarang dugaan yang mendatang dengan tangan yang terbuka. Untuk pembaca budiman, Selamat Tahun Baru Fendiosman ucapkan. Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.










2 comments:
owh saya kasihan dengan keadaan anda ya fendiosman berkenan sunting menyunting tersebut...mungkin boleh consider email from fariz last year berkenaan gadis johor yg dimaksudkan beliau. Mana tahu? *ceh matilah aku kepochi ha...
xper laaaa
jodoh itu ada
tggl lambat dgn cepat jer..
~wahhh
Post a Comment