Satu keseronokan bila jadi PTD macam Fendiosman ni bila diundang untuk ke Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik. Walaupun berbayar, tapi benda ni sekali setahun. Seharusnya peluang ini diambil untuk bersosial bersama rakan-rakan yang sama perkhidmatan.
Tapi kali ni bukanlah Fendiosman nak cerita pasal benda alah dinner ni! Tapi, mari kita belajar sedikit sebanyak berkenaan grooming yang ada untuk masuk ke sesuatu majlis, terutamanya yang telah ditetapkan tema pakaian. Dalam majlis kali ni, dah ditetapkan untuk lelaki perlu memakai pakaian Black Tie dan berpakaian yang sesuai untuk wanita.
Sesetengah orang mungkin pandang remeh mengenai peraturan pakaian ni. Dek kerana terlalu pandang remeh, memang isu ni kadang kadang akan menjadikan majlis itu cacat, ataupun tuan punya badan yang nampak canggung dalam khalayak. Ataupun lebih memalukan apabila yang membuat salah remeh itu sendiri rasa malu dengan diri sendiri.
Well, first and foremost! Bila dah diundang ke majlis seumpama ini. Groomkan diri sendiri dulu. Susuk yang ada di muka, sila tarah supaya tak kelihatan selekeh sangat penampilannya. Kalau malas nak tarah, trim saja bagi kemas. Jangan ada yang sampai masuk ke dalam mulut! Event once a year, mestilah pasang badan. Biarlah kat office tu nampak selekeh. For the sake of the majlis makan malam......tak salah kan nak kelihatan kemas?
Hidung yang berjuntaian bulunya ittewwww, pun wajib ditebas. Haaaa, begitu juga dengan lain-lain bulu di muka dan di kepala. Kalau rambut dah panjang, biarlah dipotong sedikit, melainkan kalau berangan jadi Rapunzel, bolehlah biarkan rambut ittewwww sebagaimana semulajadinya.
Misai sudah, idung pun sudah. Ni bukanlah acara memantis kening ya murid-murid. Fendiosman memang dikurniakan dengan sepasang kening yang kelihatan seperti dibentuk tanpa perlu dilukis menggunakan eyeliner yang tebal. Ehhhhh! Apa yang Fendiosman nak katakan di sini adalah, pastikan juga mata anda takde eyebag, maupun tompok hitam bagaikan panda tanda tak cukup tidur. Nak buat macam mana tu, terpulang lah........
Selesai bab muka! Meh kita tengok kelengkapan berpakaian.
Dulu tahun 2007 Fendiosman pernah buat posting pasal benda alah ni. Tapi sekadar refresher, dan juga masuk dengan lebih mendalam serba sedikit, mari kita lihat apa yang perlu untuk menghadiri majlis black tie seperti ini.
Agak serabut dan menyerabutkan!
Alang-alang dah nak datang dinner ni, eloklah cari kasut baru kalau dah lusuh sangat macam kasut Fendiosman. Harus diingat, kasut itu bertali ya! BERTALI. Bukanlah kasut sarung ataupun zap-on!
Kebetulan ada sale sempena Krismas. Apa lagi, silalah angkat kasut kalau harganya berpatutan! Kalau rasa duit tak cukup, anggaplah anda tidak sengaja terbeli kasut baru!
Anda juga perlukan suit yang sebegini. Ada lapel sutera hitam yang berbeza dengan warna suit yang anda buat. Harga tak mahal, dalam RM1000 boleh dapat sepasang. Boleh claim laaaaaa. So kalau melayang pun 1000 tu, nanti dapat balik! Janganlah dirisaukan.
Perlukah memakai suit warna kelabu tatkala temanya adalah BLACK TIE? Sangkaan baik Fendiosman, mungkin bajunya dah tak muat! Jadi terpaksa pakai mana-mana suit yang ada. Errr...kalau Fendiosman, sah lah Fendiosman takkan datang. Malu katanya!
Selain itu, anda juga perlukan cummerbund dan bow-tie hitam. Walaupun namanya BLACK-TIE, tapi bukanlah anda perlu memakai TALI LEHER HITAM! Ada jugak yang terpakai sebegitu. Tak cukup belajar grooming kah? Tapi yang paling malang yang jenis langsung tak pakai bow, ataupun tie, dan dengan selambe kering pergi duduk makan bersama orang yang hadir.
Cummerbund ittewww adalah bengkung untuk melilit pinggang supaya kelihatan ramping senantiasa. Tapi kalau perut dah besar, susah la sikit! Kena tahan napas la ye.
Kelengkapan terakhir adalah kemeja yang beropol-ropol sebegini. Biasanya baju macam ni mahal. Tapi takpelah kan, boleh claim! Nak mintak sponsor ala2 artis, kita ni bukanlah artis! Jadi, belilah sendirik!
Dan harus diingat, kolarnya bukanlah kolar biasa! Ada yang nak ambik jalan mudah, pakai suit itam berserta dengan kemeja putih pergi kerja. Oh sedihhhhhhhhhh bila orang taktau nak bezakan apakah itu Lounge Suit dan juga Black Tie. Juga dalam bab berpakaian Black Tie ni, takde istilah VEST yang accompany pakaian anda. Kalau anda pakai VEST, makanya anda salah masuk majlis ye murid-murid.
Kalau pakai baju ada kancing lengan, pastikan lengan itteww berkancing ya murid-murid.
Tidak dilupa stokin hitam. Toksah dok buat haru pakai stokin kelabu ka, ijau ka, belang-belang ka......seharusnya ia mestilah berwarna HITAM.
Dah semua selesai, elemen pemanis penaik seri! Semestinya perfume. Tak guna jugak kalau pakai smart, tapi badan bau tungkik. Untuk sebelah malam, eloklah guna perfume yang tak terlalu menusuk hidung supaya tak terganggu makhluk sekeliling.
Siap semuanya! Apa? Name tag? Ohhhhh...dalam mejelis seperti ini, name tag tak perlu ya! Cukuplah dengan adegan pasang badan, tak perlu lagi nak pasang nama pula!
Haaaa, meh kita pakai! Pastikan kesemuanya dipasang dengan betul kedudukannya!
Bila dah siap.....
PLINKKKKKKKK......
Ginilah rupanya.....
Tapi walau macam mana cantik pun pakai, nak ke anda jaga kaunter macam Fendiosman! Kau ada? Ehehehe......
Oh ya, sedikit petua! Sebelum datang majlis dinner besar-besar ni, elakkan dari minum kopi supaya anda tak terbuang angin sewaktu berada di tempat duduk. Minuman kopi ni berangin kata orang tua. Jadi.........bagi menjamin keselesaan sarwajagat! Silalah elakkan sebelum masuk ke dewan santapan.
Haaaaaaaaaaa.....paham tak kelas grooming Fendiosman? Kalau tak faham, silalah search di mana-mana search engine. Tapi, paling penting! Kalau majlis tu dah tetapkan tema, pastikan anda tidak terpesong dari tema yang ditetapkan. Ingat ya murid murid!

6 comments:
wah rindunya post encik pendi!
i tak pegi semalam. tak sempat grooming katanya! not! malas la.
huhu. pompuan pakaian perlu meletup. handbag godang kena tinggalkan. rambut tersisir rapi. no gerbang2. kuku biar manis. gigi gosok. kasut biarlah selesa dan sesuai.
erm. apa lagi eh.. :)
akon
nanti ai ceritakan part wanita pula ye!
Aku mulanya nk pegi..tapi disebabkan bahu tersangatlah sakit dan rasa malas nak groom diri..so, las-last tak pegi jugak..
Kiranya duit yang dibayar tu, anggap sedekah aje laa..
patutlah aku tak nampak dirimu...
sekadar nampak hallie saberry saja!
rugi tak dengar lagu seri dewi malam....
piteemmm! en fendi bg kelas grooming... hehe! patutnya kite amik gambar together2 mlm tu kan, bolehla u pakai gambar ai sebagai model wanita utk posting grooming ttg wanita pula... haha! layakkah aku??? =)
harus ai ambik je semua yang ada...
ada sorang tu macam nak pi berkelah kat pantai, pakai pareo! sungguh tak sesuai!
subang besar gypsy....oooo no no no
Post a Comment