AMARAN : AKSI-AKSI YANG DIRAKAMKAN MUNGKIN MEMUALKAN ANDA. SEKIRANYA ANDA BERASA SEDEMIKIAN, SILA PASTIKAN BEG MABUK UDARA DI HADAPAN ANDA DIGUNAKAN SEPENUHNYA. SILA TINGGALKAN LAMAN INI SEANDAINYA RASA MUAL MASIH LAGI TIDAK HILANG.
Minggu lepas, Fendiosman ditugaskan untuk otstesen ke nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun di sana, yakni Kota Kinabalu. Kata orang, asyik Fendiosman je ke sana. Kenapa orang lain tak pergi? Macam ni lah, Fendiosman ke sana untuk urusan PTK di peringkat Kementerian. Demi menyahut seruan untuk berjimat cermat, Fendiosman pergi atas kapasiti gred tinggi ni akan terlibat sebagai ketua pusat, penyelaras, ketua penilai, ketua urusetia dan segala ketua ketua lagi lah. Kalau pergi atas kapasiti gred bawah, kena bawak assistant seramai dua tiga orang. Jadi, demi berjimat cermat, Fendiosman bawaklah beg berat segala tu ke sana seorang diri.
Tapi semenjak musim hujan melanda seluruh Malaysia ni, cuaca di Kota Kinabalu pun turut tidak ketinggalan. Memang hujan. Paginya paaaaaaaaaaaaaaaaaanas terik. Masuk pukul 3 petang, awan gelap dah menyelubungi kawasan. Makanya, terpaksalah Fendisman berkurung dalam bilik hotel sahaja setelah selesai semua kerja disiapkan.
Memandangkan hotel tempat penginapan Fendiosman ittewww ada bath tub, setiap petang Fendiosman berendam di tub setelah memanaskan diri di steam room di health centre. Bila dah berendam dalam tub, perasaan main buih sabun tu memang membuak-buak. Jadi, Fendiosman rakamkan aksi-aksi main buih sabun untuk kepuasan diri sendiri. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn....
Haaa...seronok kalau dapat berendam macam ni! Tapi rumah Fendiosman hanyalah ada shower sahajork......
Saat-saat gumbira melayan buih seorang diri!
Bila dah nampak buih, mula la rasa nak menggayakan macam budak-budak...................memandangkan lampu di atas kepala dah menyala. Macam-macam hasil dapat dituai dari kaedah main buih tatkala hari hujan.
Konsep model Lux katanya......
Waktu kecik-kecik dulu ada cerita Dynasty yang ada watak Blake Carrington tu. Haaaaaaaaaaaa.....ni namanya aksi si Alexis the Beeyatch.
Ni pulak tema cerita the Simpsons. Rambut tinggi, cumanya takde kaler biru je nak letak.
The X-men..................
Memang banyaklah aksinya. Sampai taktau nak ungkapkan apakah nama aksi yang cuba dilakukan.
Lagi.....
Dan lagi..........
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaannn lagi
Kalau ikutkan, memang banyak lagi aksi yang dirakamkan sebab 4 hari berturut-turut Fendiosman rendamkan diri dalam bath tub. Tapi, lagi banyak Fendiosman tunjuk takut rasa nak muntah pulak dengan self obsession Fendiosman.
Apa pun, cerita main buih sabun ni sebenarnya memang seronok. Di samping dapat menenangkan fikiran, anda juga akan dapat mengisi masa lapang tatkala hari hujan bila tv pun dah takde cerita menarik hendak ditayangkan, dan anda rasa bosan sebab tak boleh keluar dari bilik. Jadinya, mainlah buih sabun. Heh.........













5 comments:
jelesnyer i... nak main buih gak! tapi apakan daya, diriku hanya mendapat tempat di hotel imperial international sahaja. oleh yg demikian, ada shower2 jeww... huhu! ingatkan ada bathtub, i dah bawak bath fizz bagai tau...
hehehhe
anda kan 48
layak untuk meng'hyatt'kan diri
alaa...sebnarnya bole kalu nk kuar..ko sajer nk main buih...kaaannnnnnn
ish salwa
mana boleh keluar
ujan lebat, nanti demam!
lagipun aku takmau scene cerita AZURA berjalan dalam hujan berlaku.
kang kena halau dengan mak long!
aku suka la entry ni Tariq..i want more heheheh
Post a Comment